March 27, 2011

Student selalu buat camnie kan?

Assalamualaikum dan salam ukhwah. Dek kerana suka memerhati gelagat dan tingkahlaku orang (dah macam researcher lak…hu3), kat bawah nie aku senaraikan perkara2 yang student selalu buat.

1) Sanggup tengok citer Korea berjam2 sampai abis 26 episod tapi solat yang 5 minit tu selalu tak buat. Kalau solat pon selalu hujung2 waktu. Macam tahu je lagi 5 saat ALLAH masih izinkan kita hidup lagi.

2) Sanggup top-up berpuluh2 ringgit semata2 nak call/SMS kekasih hati tapi jarang2 nak call mak ngan ayah.

3) Layan game tapi assignment yang berlambak tak gak siap. Sehari sebelum due date nak hantar baru la kelam kabut nak buat. Malam tak tido, pagi tak datang kelas sebab terlajak bangun or tak boleh nak bangun. Last2 solat subuh pon tak buat. Banyak betul dosa kita buat.

4) Abiskan duit PTPTN beli henpon baru, kasut baru, baju baru, tukar sport rim keta baru..semua nak baru tapi bila lecturer suruh beli buku, kita sanggup photostate je..jimat bajet la konon2nye..Belum sampai hujung sem duit dah abis, mintak pulak kat mak ayah. Kesian mak ayah dapat anak macam kita yang tak tahu bersyukur.

5) Kumpul baju kotor tiap2 hari and cuci time hujung minggu. Pulak tu sidai tak guna hanger. Menyusahkan housemate yang lain tak de tempat nak sidai baju. Kan menyusahkan orang namanye tu. Buat dosa lagi! Tapi pandai pulak nak cuci muka tiap2 hari ek?

6) Bukak lagu rock kuat2 macam nak pecah satu blok bangunan. Padahal orang lain tak nak dengar pon. Bila azan berkumandang buat selamba je. And then berkaraoke pulak dalam bilik tanpa mempedulikan si roommate nak study esok ade exam!!!

7) Layan Facebook tapi malas nak ulangkaji pelajaran. Ade yang sanggup tido pukul 4 pagi gara2 layan Facebook. Nie memang spesies pelik sikit. Dah addicted sangat kot.

8) Lepak2 kat kedai mamak sambil tengok bola. Bukan tak boleh tengok bola, tapi time tu la rokok tak lekang, isap shisha lagi.. kalau ade perlawanan bola time 4 pagi, sanggup bangun, siap set alarm lagi tuh. Kan bagus kalau buat Qiamullail..dapat gak pahala..time ade mid-term/quiz sanggup tak bukak buku semata2 nak tengok bola..

9) Masing2 nak tunjuk hebat. Siapa ade awek paling hot, pakwe paling hensem macam Rain tapi tak pulak berlumba2 nak dapatkan Dean List.

10) Rajin participate ngan aktiviti hiburan..pertandingan modern dance la, pertandingan karaoke la..tengok konsert 6ixth Sense la..tapi bila surau/ masjid universiti buat aktiviti ceramah agama, tak pernah nak datang. Datang pon time solat hari raye je. Tu pon kalau tak balik raya kat kampung sebab tiket bas/kapal terbang dah sold out.

As a conclusion, (ceh, dah macam buat assignment la pulak) student memang banyak membazir masa + wang..

Renung2kan..juga peringatan buat diri sendiri..

wassalam..

2 comments:

mila said...

hahaha nice entry.mujur ai bukan student kalo x,mmg ai sentap la nyahhh ahaks

anis seri said...

tu la yg slalu berlaku..tp ade byk lg sbnrnye..