May 31, 2010

from my heart...

Sahabat.

Hadirmu bagai pelangi nan indah. Walau hanya seketika tapi sudah cukup membuat aku tersenyum ceria. Semua orang pernah merasai manisnya sebuah persahabatan. Dan pastinya pernah menelan pahitnya sebuah persahabatan andai ia terputus. Persengketaan, salah faham, membawa hala tuju masing2 dan bermacam2 lagi sebab untuk sebuah persahabatan yang sekian lama terjalin, terlerai akhirnya.

Aku juga punya sahabat. Sejak dari zaman kanak2 sehingga saat ini, aku sentiasa dikelilingi sahabat2 yang cukup membahagiakn. Kepada mereka lah aku berkongsi segalanya. Berkongsi suka duka, hatta berkongsi makanan pun bukan sesuatu yang janggal untuk aku dan sahabat2ku.

Saat aku berduka, mereka lah tempat aku meluah rasa keperitan. Di bahu mereka lah aku menangis. Dan tangan mereka itu lah yang tak pernah lokek menghulur pertolongan saat aku kesempitan. Belajar bersama, jalan bersama, makan bersama dan tidur bersama juga pernah. Melalui saat2 remaja yang terindah bersama mereka tak mungkin aku padam dalam lipatan memori.

Aku pernah merasai sakitnya hati dan jiwaku saat kehilangan seorang sahabat yang bagiku begitu baik. Hanya kerana hal sekecil kuman, aku dibenci. Malah fitnah disebarkan. Aku malu. Maruah dan harga diriku tercalar. Pedih hatiku bagai ditusuk belati tajam. Ternyata dia tak menerima kuntuman maaf dariku. Jatuhkah maruahmu jika memberi maaf padaku? Hina sangatkah diriku sehingga kau terasa jijik memandang mukaku? Wajarkah kesilapanku dibalas sedemikian rupa? Demi TUHAN yang mencipta langit dan bumi, aku menyayangimu sebagai seorang sahabat. Walau sehebat mana pun kebencianmu terhadapku, aku tak pernah lupa melayangkan doa buatmu selesai solat. Bagiku, sekali aku telah menjadi sahabatmu, kau tetap sahabatku sampai akhirnya.

Jika diberi pilihan antara selautan permata dan sahabat, pasti aku akan memilih sahabat. Bagiku sahabat tidak boleh dibeli di mana2. Ia adalah anugerah ALLAH yang tak ternilai. Hilangnya boleh di cari ganti tapi tak mungkin sama. Setiap sahabatku mempunyai perwatakan yang berbeza. Perbezaan itulah membuat kami unik dan menerima apa adanya tanpa rasa terpaksa.

Sahabat…mereka mewarnai duniaku. Sentiasa menjadi penyokong dan berdiri teguh di belakangku saat aku terjatuh. Menemani di sisiku saat aku memerlukan teman bicara. Menegur khilafku saat aku tersasar arah dan tersilap langkah. Menghapus air mata dukaku dengan nasihat yang tak pernah padam.

Sahabat…maafkan aku. Aku tahu banyak kata2 dan tingkah lakuku yang mengguris hati dan perasaan. Mulutku yang seperti “tak ada insurans” nie mudah sahaja menuturkan kata2 yang boleh menyakitimu. Percayalah, aku tak berniat melukakan sahabat2ku. Walau kadang kala aku tak menghulur kata maaf, itu bukan bererti aku tak menyedari dan menyesali salahku. Salahku hanya aku tebus dengan sepotong doa yang aku layangkan di hadapan ILAHI saban hari. Aku menghargai sahabat2ku cuma aku tak tahu cara menghargainya.

Aku bersyukur pada YANG MAHA AGUNG kerana dikurniakan sahabat2 yang teristimewa. Sahabat2 yang memandu aku ke jalan ILAHI, sahabat2 yang mententeramkan jiwa dan sahabat2 yang membuat kanvas hidupku penuh warna warni.

Harapanku, aku mahukan tali persahabatan ini terus terikat kukuh dan tak akan terlerai sampai syurga. Biarlah kita seiring memegang erat antara satu sama lain di dunia bahkan di akhirat sana. Biar badai apa pun yang melanda, tetaplah kita berdiri teguh umpama karang di lautan.

May 29, 2010

mendaki tangga usia...


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Assalamualaikum & salam hormat pembuka bicara.

Hari ini 29 mei 2010 genap umurku 22 tahun. Kalau ikut calendar Islam, tak cukup lagi 22 tahun. Ha3 tak nak mengaku tua la tu. 22 tahun yang lalu juga ummi bersabung nyawa melahirkan aku ke dunia. Tak dapat aku bayangkan keadaan ummi ketika itu. Tentu sakitnya hanya YANG MAHA AGUNG je mengetahui. Dan tentunya ayah tak lupa tangggungjawabnya mengazankan dan mengiqamatkan ke telingaku. Dari situ lah segalanya bermula. Aku belajar dari kosong sehingga tahu mengenai keadaan sekeliling. Aku belajar baik dan buruk, halal haram, dosa pahala serta syurga dan neraka.

Malam tadi Nazuan belanja makan nasi ayam penyet. Wah, best. Favourite tu. dapat naik keta Nissan Latina lagi. Lain kali belanja lagi ye Wan. Bila dah jadi jutawan nanti bole la belanja makan kat hotel pulak. Ha3. Seronok makan ramai2. Thanks a lot ye Wan. Semoga ALLAH melimpahkan rezeki yang banyak kat Wan pasnie..amin~~ semoga ukhwah yang terjalin akan sentiasa mekar dan tak kan layu ditelan waktu.

Hari nie pulak keluar ngan kawan2. Kak ma, sue, ila, ain ngan Yin. Sebenarnya keluar nak g beli barang2 je. Tak sangka diorg sambut birthday skali. Aku, kak ma ngan sue. Kira celebrate 3 org skaligus. Terharu sangat. Terima kasih sahabat2ku atas kek vanilla yang lazat berkrim tu. Siap ada lilin lagi. Tak pernah sambut birthday tiup lilin sebenarnya. Tu yang rasa lain je tadi. Hu3. Tak ada perkataan yang boleh diungkap untuk menyatakan rasa terharu dan sebak di dada ku tadi.

Dalam suka ada duka. Hari nie tak sihat lagi. Rasa macam nak kembali demam pon ade. Padahal kena hujan sket je. Macam biasa yang aku selalu kata, sakit tu penghapus dosa. Tu maksud hadith. So, redha je la. Tak pernah ku pandang remeh atas ujian-MU.

Aku tak tahu apa kebaikan dan sumbangan aku selama hidup 22 tahun nie. Mungkin banyak khilaf dan dosa yang belum terampun. Maafkan anakmu, wahai ummi & ayah. Maafkan akak, wahai abg dan adik2ku tersayang. Maafkan anis, wahai my future husband. Maafkan aku wahai sahabat2ku andai sepanjang hidupku ini banyak hati2 kalian telah terluka. Aku hanyalah insan biasa yang masih mencari erti hidup. Kadang kala tanpa sedar aku tergelincir. Syukur TUHAN masih sudi menghulurkan tangan-NYA memaut aku dari terjatuh.

YA RAHMAN, semoga KAU merahmati usiaku. Terima kasih atas nikamt-MU yang tak pernah padam selama aku bergelar khalifah dan hamba di atas bumi yang fana ini. Semoga aku tak tersasar dari landasan-MU. Nikmat-MU tak kan terhitung dan tak akan terbanding dengan selautan emas permata.


May 27, 2010

musim itu tiba lagi...

Assalamualaikum semua….salam sejahtera.

Apa khabar hari nie? Sihat ke? Dengar2 sekarang nie musim demam.

Saya pon demam gak nie. Ujian ALLAH kan. Semalam lagi teruk. Sakit kepala yang teramat. Mungkin migraine. Tak pon kerana cuaca yang teramat panas. Dulu pernah g jumpa doktor tp doktor tu cakap saya bebas dari migraine. Tu pon lebih kurang setahun yang lalu!!!

Demam, selsema & sekarang hampir batuk. Tekak terasa perit. Syukur sebab kelas Cuma dua kali je dalam seminggu. Bukan apa, tak sanggup nak lalu construction site tu. Berhabuk!!!

So, kepada siapa2 yang rasa nak tak sihat, memang tak sihat & yang buat2 tak sihat, sila la jaga kesihatan tu. G klinik, makan ubat, dan banyakkan baca selawat syifa’ bagi yang Muslim. One more thing, makan makanan yang berkhasiat dan seimbang tu penting. Kalau tak, jadi la macam saya nie, mudah diserang penyakit. Maklum lah kan, jadi student kt perantauan nie kena banyak berjimat. Wah, time nie la baru terasa nikmatnye berada di kampung halaman!!! Serba serbi cukup walaupon bukan orang kaya.

Emm…tak larat dah nak tulis lagi. Seram sejuk dah badan nie.

Sakit tu penghapus dosa. Maka, janganlah kita mengeluh.

Semoga jumpa lagi.

Semoga kita semua sihat. Amin~~


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


May 26, 2010

Tunjuk ajarku sifu!!!


Assalamualaikum dan salam ukhwah buat semua pelawat2 Sejernih Salju.

Tengok tajuk tu jangan salah faham pulak. Nie bukan nak citer pasal program realiti yang famous kat stesen tv swasta tu.

Sampai ari nie masih blur lagi camne nak edit blog tercinta nie. Pasal nak tambah gadget tu dah okey dah. Cuma tak tahu camne nk buang template yang asal tu. Bila template dah ditukar, yang lama tu still ade lagi. So, dia jadi bertindih lak. Tak kacak la blog nie jadinye. Aduyai~~

Dah klik sana klik sini, tak membantu gak. Nak kena tanya pada yang pakar nie. So, kepada blogger2 sekalian, pas nie aku nak serang korang. Yezzaa!!!

Bila fikir2 balik, seronok gak ada blog ni. Macam2 benda boleh dikongsi. Sharing is caring la bak kata mat saleh kan. Cuma kesempatan nak update tiap2 hari je la yang tak berapa nak ade. Kalau dah asyik tak update, orang pun dah malas nak lawat lagi dah blog tercinta nie. Huwaaaaaaaa!!!!!! Bayangkn, tak ada satu post pon pada bulan April. Busy tahap perdana menteri la tu. Ha3 konon2 je la kan.

Eh, tadi citer pasal benda lain. Nie dah melalut pulak. Ha3. Tak pe. Tak de orang nak marah pon. Erk, korang marah ke? Tak kan? Sayang korang semua.

Maka di kesempatan yang ada nie, I would like to say thank you to GOD and all of u. Eh, tersalah bahasa lak. Nie la penangan bila dah hari2 dengar lecture dalam English. Hu3

Terima kasih la kat semua yg rajin komen. Semua tu diterima dengan hati terbuka. Betul, serius nie. Smoga berkat doa dan sokongan semua, blog nie akan jadi lebih mantap. Amin~~

May 25, 2010

Result oh result...


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..

Semalam result final exam keluar. Menggigil ada, seram sejuk pun ada. Seperti result2 sebelumnya, keputusan tak jauh beza. Nampaknya ALLAH belum makbulkan doaku. Ataupun usahaku masih kurang? Aku tak sunggguh2 study? Buat assignment tak score? Carry mark rendah? Aku sakitkan hati kawan? Mak ayah? Adik2? Arghhhhhhh!!!!!! Begitu banyak persoaln menerjah ruang mindaku.

Walaupun ada perubahan berbanding result2 yang lepas, itu belum cukup membuat aku puas hati. Kalau dulu pernah fail, banyak dpt C, sekarang dah berjaya kurangkan gred C tu. Alhamdulillah.. Apa lagi bila ingat soalan ayah dulu “berapa pointer? 3.5 ke?”

Wah, terkejut tahap dewa dah. Tak pernah ayah tanya keputusan exam aku. Hal2 pembelajaran aku pun dia x pernah nak ambik tahu. Tiba2 tanya pasal pointer pulak. Kalau ada sakit jantung, mungkin dah lama aku pengsan. Tak pun pergi menyambut seruan ILAHI. Memang sentiasa berusaha setiap sem untuk naikkan pointer dan mengejar Dean List!!!

Ayah, anakmu ini akan berusaha!!! Smoga ALLAH kabulkan impianku untuk membahagiakan ayah dengan result cemerlang. Amin~~

Tak tahu nak digambarkan perasaan yang bertamu di sudut hati masa tengok result tu. Sedih sebab tak dapat seperti yang dihajati. Gembira sebab pointer meningkat. Kecewa sebab belum dapat tunaikan hasrat ayah. Maklumlah, aku la satu2nya anak dia yang berjaya jejak kaki ke menara gading. Aku lah yang mengubah pandangan sinis sedara mara yang tak abis2 menyindir. Macam la keluarga aku nie hina sangat. Apa kalau tak dapat masuk universiti tu, taraf kita lebih hina dari sampah ke? Belajar tinggi2 tapi jauh dari TUHAN, tak guna jugak. Itu la bila manusia berfikir tanpa berlandaskan ISLAM.

Apa pun, harap sebelum grad nanti aku dapat gak Dean List tu. Aku rasa ayah tak la terkilan sangat kalau aku tak dapat Dean List tu. Dia pun tahu aku bukan la pandai sangat. Dulu kat sekolah pun ambik aliran sastera je. Tup2 dapat tawaran universiti nie, blaja pasal sains pulak. Mahunye tak terkeluar otak nie nak fikir istilah2 yang pelik2 tu.

Apa pun, hidup mesti diteruskan. Fighting!!!