June 26, 2010

Clubbing: Part 1


“Apa pendapat kau, bila orang pergi clubbing tapi dia tak minum? Cuma have fun je.”

Satu petang yang indah seorang sahabat bertanyakan soalan cepu emas tu kat aku. Sebenarnya tu dah kali kedua dia tanya soalan yang sama. Dan buat kali kedua gak aku teragak2 nak jawab. Bukan apa, aku cuba mencari jawapan yang terbaik. So, kat sini aku muntahkan pendapat aku yang tak seberapa ni.

Pertama, perlukah menjejakkan kaki ke tempat2 maksiat seperti itu? Menjejakkan kaki ke situ je dah dicatat dosa oleh malaikat. Apa pandangan orang bukan ISLAM jika kamu menjejakkan kaki ke tempat maksiat tu? Secara tidak sedar kamu telah meletakkan ISLAM itu di bawah tapak kaki kamu. Kamu menghina agama ISLAM yang luhur. Kamu membuang agama kamu ketika menjejakkan kaki ke kelab malam. Contohnya mudah je. Tak kan kamu memulakan langkah kaki kamu dengan ucapan bismillah ketika masuk ke kelab malam tu? Kamu menutup auratkah? Takkan pergi clubbing pakai tudung? Kamu mengingati ALLAH ke time bersuka ria tu?

Kedua, clubbing itu tempat percampuran antara lelaki dan perempuan. Tentunya pergaulan antara kedua2 jantina tidak terbatas. Bertepuk tampar, bergelak ketawa sampai lupa TUHAN. Persentuhan antara yang bukan mahram juga satu dosa. Jika kamu nampak syaitan2 di sekeliling kamu, aku yakin 100% kamu akan berlari pulang untuk bertaubat.

Ketiga, apa tujuan dan niat kamu ke sana? Have fun je? Untuk ape? Stress blaja? Putus cinta? Family problem? Gaduh ngan member? Dunia ini begitu luas. Tempat maksiat itu gak yang kamu pilih. Bukankah dengan mengingati ALLAH itu hati akan menjadi tenang. Kamu dapat ketenangan ke bila clubbing tu? Ketenangan yang sementara je kan? Selepas tu, stress datang menerjah balik. Masalah yang ada tak selesai. Bila ada masalah, kamu tak mencari ALLAH, tapi kamu mencari tempat syaitan berkumpul. Sedangkan syaitan itu musuh kamu yang nyata.

Keempat, don’t judge a book by its cover? Mungkin akan ada sesetengah orang akan berpendapat macam ni. Tak semestinya orang yang pergi tempat2 macam tu, dia jahat. Bukan semua orang yang pergi masjid tu baik. Okey, let me explain. Apa yang kita buat sebenarnya melambangkan hati kita. Hati adalah raja dalam kerajaan diri. Hati yang bersih akan mendorong kita melakukan kebaikan. Hati yang hitam dan kotor akan mendorong kita ke arah kejahatan dan kemaksiatan. So, bila kamu menjejakkan kaki ke tempat2 maksiat, hati kamu termasuk dalam kategori yang mana? Jawapannya ada pada kamu.

Kesimpulannya, ALLAH bukan hanya memandang hati kamu, tapi DIA juga memandang luaran kamu. Buktinya, ALLAH tengok apa yang kamu pakai kan? Kalau ALLAH tak pandang luaran, kenapa ALLAH suruh kita tutup aurat kan? Kalau tak tutup aurat, dikira berdosa kan? Sebab tu aku tak setuju jika ada yang kata camnie “ala, TUHAN tak pandang luaran la. TUHAN tengok hati kita je. Aku tak pakai tudung pon tapi solat tak pernah miss tau!!!”

Okey, aku menunggu feedback dari semua pembaca dan sahabat aku yang bertanya tu. Siapa2 yang ada pendapat dan pandangan sendiri, boleh kongsi ye.

June 25, 2010

dia yang sering dilupakan~~

Kadang- kala kita diuji. Kadang-kadang kita terasa betul2 teruji. Rasa lemah seluruh badan, rasa dunia seolah2 tak berguna lagi. Rasa benci meluap-luap. Wajah masam mencuka. Tak ada lagi segaris senyuman menghias wajah. Yang ada cuma wajah duka.

Kenapa begitu? Kenapa bila ada masalah, kita rasa semuanya kelam?

Yang kita nampak hanyalah lorong yang gelap. Kita tak nampak jalan penyelesaian. Tapi kita hanya nampak jalan mati di hadapan. Sedangkan kita tak sedar harapan pasti ada di selekoh.

Kadang2 kita pernah lihat ada orang yang masih mampu tersenyum bila dilanda masalah. Masih mampu bergelak ketawa. Hipokritkah mereka? Tentunya tidak.

Mesej yang aku nak sampaikan di sini ringkas je.

Setiap masalah adalah ujian dari ALLAH. Jadi, apa perlunya menangis sampai bengkak2 mata? Apa perlunya meraung bagai orang gila? Apa rasionalnya bunuh diri terjun tasik? Apa faedahnya memencil diri di sudut bilik keseorangan?

Setiap masalah datang dari ALLAH. Maka, kepada DIA lah sebaik2 tempat untuk mengadu dan meminta.

Ya, pastinya perlu usaha untuk selesaikan masalah itu. Menangis sampai kering air mata tak akan mampu mengubah apa2 jika langkah pertama untuk menyelesaikan masalah itu tak dimulakan. So, mulakan langkah sekarang!!!

Kadang2 kita rasa putus asa bila kita rasa seolah2 TUHAN tak bersama kita. Di mana silapnye? Salah TUHAN ke?

Mari muhasabah diri sejenak. Masa kita gembira, pernah kita ucap Alhamdulillah? Bila ingat, sebutlah. Bila tak ingat, apa yang keluar dari mulut kita? “Yes, aku berjaya!! Hepinye” ..Saat kita ditimpa musibah, masalah atau penyakit, baru lah teringat ALLAH. Barulah rasa teringat kat sejadah. Barulah rasa tak nak tinggal solat dan nak solat awal waktu. Baru lah nk selak2 Al-Quran yang dah berhabuk kat almari buku tu.

Sedarkah kita di mana silap kita? ALLAH bukan tak mahu menolong. DIA MAHA PENGASIH seperti yang diajar dalam ISLAM. Ujian-NYA itulah untuk menyedarkan kita yang sering alpa dengan hujan duniawi yang semakin lebat menyiram bumi kehidupan kita.

Kita membuang ALLAH dari kehidupan kita saat kita gembira tapi kita mengambil-NYA kembali saat kita sedih. Patutkah?

Sama2lah kita memperbaiki diri. Masalah bukan satu nokhtah kehidupan. Tapi ia satu permulaan untuk kita menjadi yang lebih baik.



June 20, 2010

bomba punye pasal~~

di kedai yg menemukan kami dengan t-shrit oren tu..credit to akak yg pakai baju merah tu coz sabar melayan kami..
ila dah kesakitan...tu yg duduk je ala2 tauke kedai gitu..he3

wajah2 ceria kami..tengah tunggu bas nak balik..mentari memancar terik...

dalam bas..perjalanan balik..

tiket bas..RM2.00 je..dari UNIMAS ke Kuching...harga sebenar RM 2.50..

aku dan fara..tangan siapakah itu? rosak hasil seniku...hu3
dah sampai di UNIMAS...syukur..

Assalamualaikum & salam ukhwah fillah…

Bukan nak story mory pasal bomba. Bukan gak nak citer pasal kebakaran. Tapi nak citer tentang misi aku dan kawan2ku semalam. Misi mencari T-SHIRT OREN ALA2 BOMBA!!! Ni semua gara2 training yang bakal kami present minggu hadapan. Ade markah untuk dress code. Tu yang kena pakai mengikut training program yang dipersembahkan.

Maka, jam 8 pagi bermulalah kembara kami mencari baju tersebut (ewah, ayat skema la pulak). Dari kolej naik bas UNIMAS. Dari Kota Samarahan ke Kuching pon kena naik bas juga. Boleh je nak naik van, tapi mahal sangat…tambang je dah RM4.00…poket lak masing2 tengah kering. So, alternative lain yang ade hanyalah bas. Naik bas lak dapat diskaun. Rezeki kami murah sebab keluar pagi2 kot. Alhamdulillah..

Akhirnya misi mencari t-shirt oren tu berjaya. Alhamdulillah…penat keluar masuk semua kedai. Bukan senang nak cari t-shirt yang plain, x de corak langsung!!!

Ape pon, enjoy gambar2 kami sepanjang kembara mencari t-shirt oren tu ye.

p/s: credit to daniel coz jadi model kami...


June 19, 2010

Pernikahan yang dinanti…

Assalamualaikum,,,salam ukhwah~~


Semalam hari Jumaat. Penghulu segala hari. Semalam juga hari bersejarah bagi sahabat saya, Hani Hafizah dan suaminya. Mereka selamat diijabkabulkan dan sah menjadi suami isteri. Sekalung tahniah aku ucapkan. Semoga bahagia sampai menembus syurga. Aku gembira bila sang iblis menangis bila termeterainya akad nikah mereka.

Hari ini majlis walimahnya. Pastinya suasana sangat2 meriah. Tapi aku terkilan sebab tak dapat hadir menyaksikan mempelai bersimpuh di pelamin nan indah. Aku memang dah maklumkan awal2 pada Hani bahawa aku tak dapat hadir. Nak buat macam mana lagi, UNIMAS masih merantai kakiku untuk pulang. Di bahuku masih tergalas amanah yang belum habis ditunaikan.

Walaupun aku dan Hani saling terkilan, aku hanya mampu melayangkan doa agar semuanya berjalan dengan lancar tanpa sebarang kesulitan. Sungguh, aku turut bahagia. Bertuah sungguh suami Hani dapat isteri sebaik itu.

Aku hanya mengirim SMS je semalam. Ucapan tahniah tanpa hadiah itu sempat juga dibalasnya. Aku hanya mampu tersenyum. Seruan untuk Hani dah tiba. Aku bila lagi?


June 18, 2010

Aku budak mentah















Salam penuh takzim buat semua...

Semalam aku diminta oleh seseorang untuk mengajarnye membuat blog. Terkejut aku. Nak minta aku ajar wat blog ke? Aduyai..rasa macam kena panah petir pulak. Aku sendiri masih “hijau” dalam dunia blog. Macam mana pulak nak ajar orang? Setakat yang basic2 tu aku tahulah. Kalau nak wat design cantik2 aku belum pandai sangat. Pernah klik sana sini, last2 buruk jadinya. Siapa2 yang pernah follow blog aku dari awal dulu, dia pasti tahu. Carca merba blog nie aku kerjakan.

Nak tolak permintaan dia semalam, tak sampai hati pulak. Nak setuju, berbelah bagi pulak. Susahnya nak wat keputusan walaupon hal yang sekecil kuman. So, aku nyatakan persetujuan je semalam tu. Terlalu mengharap sampai aku tak sanggup nak hampakan permintaan dia.

Dia kata blog tu nanti sekadar digunakan untuk upload gambar2. Maklumlah photographer…baru balik dari “menembak” pengantin je, orang dah tanye bila nak upload gambar. Peluh pon tak hilang lagi.

Hope aku masih punya kesempatan untuk bantu dia terjun dalam dunia blog nie. Takut2 aku pun dihambat waktu sebagai pelajar yang tak memungkinkan aku duduk berjam2 di hadapan laptop semata2 kerana blog!!!

Apa pun, aku hulurkan bantuan yang tak seberapa dengan niat mencari reda ALLAH. Moga dengan amalku yang sebesar zarah nie boleh menjadi saham bagiku di akhirat sana. Tiada apa yang aku harapkan melainkan menggembirakan hatinya dan mencari mawaddah ALLAH.

Ilmu yang ada untuk dikongsi, bukan untuk disimpan sendiri. Ilmu jika diberi akan makin bertambah. Aku lupa kat mana aku pernah terbaca kata2 tu. Tak mengapa, aku akan berkongsi apa yang aku tahu. Kedekut ilmu bukan sifatku.

Apa pon, aku harap bantuanku nanti boleh melebarkan sayapnya dalam bidang photographer yang diminatinya sejak kecil. Kegembiraanmu kegembiraanku jua. Balasannya tidak ku tagih. Cukuplah aku sekadar dapat melihat senyuman kejayaannya di sebalik rutin hidupnya yang sentiasa sibuk.

Kepada dirinya, aku ucapkan selamat berblog~~