June 4, 2010

Coffee Prince




Untuk hari gawai nie je aku cuti 12 hari. Gila. Kebosanan memang membunuh aku. Apa lagi, search kat internet cari citer korea. Layan citer Coffee Prince. Ade 17 episod. Tiap2 satu episode ade 6 atau 7 chapter. Memang layan abis. Dah tak tahu nak tengok citer apa dah. Ade unsur2 motivasi gak citer tu. Kalau setakat jiwang je memanjang, memang malas aku nak tengok. Dalam 5 hari gak la abiskan tengok citer tu je. Sebab sambil2 nak update blog, main FB, calling2 mak kat kampung. Best je dapat kacau mak aku tu. Dapat dengar suara dia tiap2 saat pon aku tak kesah.

Tak tahu la nape aku suka tengok citer korea. Sebab citer korea biasanya tak hanya fokus pada soal2 cinta cintun kot (tu yang aku selalu tengok la, tak tahu la korang suka tengok citer yang macam mana). Lagipun cara sesebuah citer digarap tu yang jadi salah satu sebab untuk aku tengok sampai abis. Kira aku ni memilih jugak la. Tak semua cerita aku tengok.

Sebab yang kedua aku suka tengok citer korean ialah aku nak belaja bahasa korea la. Mula2 tu tak la minat nak belaja bahasa diorang. Tapi tiap kali aku balik kampung, mesti adik aku tu asyik sogokkan aku dengan artis2 korea. Entah ape2 la. Aku pon tak ambik port sangat. Nasib dia tu belaja pandai. Kalau tak, memang aku bakar koleksi korea dia tu. Dia lak asyik cakap guna bahasa korea ngan aku. Dari situ la aku start minat nak blaja bahasa korea. Sebenarnya tak rugi pon kalau pelajari banyak bahasa. Nanti kalau ade rezeki dapat jejak kaki ke bumi Korea, tak de la susah sangat. Wah, dah terbayang salji dah nie!!!

Citer coffee prince nie memang best la. Kalau nak tahu, korang boleh tengok sendiri. Ok la aku citer sket sinopsis Coffee Prince nie. Mengisahkan ketabahan seorang gadis berusia 24 tahun bernama Go Eun Chan menyara ibu dan adik perempuannya. Macam2 kerja dia buat. Jadi jurulatih taekwondo, penghantar makanan & susu sampailah dia bekerja kat kedai kopi. Dia sanggup menyamar sebagai lelaki sebab kedai tu cuma ambik pekerja lelaki je. Eun Chan terpaksa menyamar sebab dia perlukan duit. Dalam pada tu, dia jatuh cinta ngan boss dia, Han Keol. Pastu macam2 la terjadi. Konflik Han Keol dengan family, hal2 diorang nak kawen tapi terhalang, kisah family Eun Chan yang miskin, dan konflik yang terjadi bila rahsia bahawa dia seorang perempuan dah terbongkar. Memang menarik.



No comments: