July 22, 2011

Menjadi sahabat ke syurga atau neraka?



Assalamualaikum dan salam ukhwah..


Mak selalu pesan “pilih kawan yang baik, jangan kawan ngan budak2 jahat”


Ayah selalu bagi amaran “jangan kawan ngan budak2 tak senonoh, isap dadah..nanti rosak akhlak”


Cikgu2 kat sekolah dulu2 pesan “kalau kawan ngan kawan2 yang rajin belajar, nanti kita pon rajin belajar gak”


Ustaz lak selalu bertazkirah “kawan mencerminkan peribadi kita,,kalau nak tengok kita baik atau tak, tengok dengan siapa kita berkawan”


Cik Anis lak kata “kawan je la ngan sapa2 pon, yang penting biar orang jadi lebih baik dari kita. Tapi jangan sampai kita ikot perangai tak baik kawan2 kita tu”


Kalau semua orang tak nak berkawan a.k.a bersahabat dengan mat rempit, penagih dadah, gangster, penzina dan macam2 ‘’pe’’ lagi tu camne? Siapa yang nak menyedarkan mereka?


Kalau semua orang yang bertudung labuh hanya nak bercampur gaul ngan orang bertudung labuh je, siapa nak nasihatkan orang yang tak bertudung sempurna untuk pakai tudung dengan sempurna?


Kalau semua orang yang cukup solat 5 waktu tak nak dekati orang yang tak solat, camne mereka nak dapat kesedaran untuk solat?


Nampak kat mana tanggungjawab kita sebagai KHALIFAH yang ALLAH cipta atas muka bumi nie?


Apa sumbangan kita pada agama ISLAM kita?


Ada orang pelik tengok Cik Anis berkawan dengan orang yang berpakaian seksi, tak tutup aurat dengan sempurna, mat rempit, si penzina, kaki botol..mereka pelik, pelik sesangat. Ape yang nak dipelikkan pon Cik Anis tak faham. Salah ke nak berkawan dengan mereka?


Bukankah peluang untuk kita meraih pahala tu terbuka luas? Kita nasihatkan mereka, bawak mereka ke jalan ALLAH, kita tunjuk akhlak yang baik, mudah2an hati mereka terbuka untuk bertaubat. Sekurang2nya ada pahala yang kita bawak nak menghadap ALLAH nanti. Mana tahu esok lusa kita dah terbaring kaku kan? Nak nasihat bukan boleh sehari dua, tapi kadang2 boleh makan masa sampai bertahun2. So, KESABARAN amat diperlukan. Sabar, sabar dan sabar.


Pernah Cik Anis dapat panggilan telefon dari seorang sahabat. Masa tu dah jam 4 pagi. Dia cuma nak cakap dia baru balik merempit. Merempit sebab bosan.


Pernah seorang sahabat memang terang2 mengaku tak mahu solat.


Kalau nak cerita memang banyak, tak sanggup rasanye. Sebenarnya kita tak boleh menghina mereka yang hidupnya jauh dari ALLAH. Kalau angin tak bertiup, takkan daun2 leh berguguran kan? (Eh, silap ek?) Mesti ade sebab mereka jadi begitu, hidup bergelumang ngan maksiat. Masalah terbesar adalah disebabkan PENGHAYATAN terhadap agama yang kurang. Diulangi, PENGHAYATAN. Cik Anis tak kata orang yang TAK ADA didikan agama, ye. Kalau kita baca novel cinta dengan penuh penghayatan, mesti sampai nangis2 kan? Kalau tengok movie hantu tapi fikiran menerawang ke tempat lain, mesti kita tak terjerit2 ketakutan kan? So, betapa pentingnye PENGHAYATAN dalam kehidupan kita lebih2 lagi dalam bab agama.


Kadang2 mereka terus hanyut kerana kesilapan kita yang tak pernah menegur kesilapan mereka. Mungkin kerana kita takut, segan dan rasa tak layak nak menegur. Heh, nak tunggu sampai bila? Kita juga pernah buat silap. Bila menegur orang lain, seharusnya kita juga memperbaiki diri sendiri.


Wassalam..


“BERKAWAN BIAR BERJUTA, BERSAHABAT BIAR SAMPAI KE SYURGA”







July 19, 2011

Hizami, Nak Header Satu!

Assalamualaikum dan salam ukhwah..












Ke hadapan Hizami, saya nak header satu sebab blog Cik Anis tak pernah ade header sejak lahir -_-

tag : hazimi


eh, eh, first time kot join benda2 camnie… ^_^

Nak join? Klik link kat atas tu ye..

Wassalam..



July 15, 2011

Pernah tak?




Assalamualaikum dan salam ukhwah..

Pernah tak jumpa orang yang ade jawatan best2 pastu sombong?


Pernah tak jumpa orang kaya pastu suka tunjuk2 keta mewah dia sambil tayang gelang emas sampai ke siku sedangkan time tu kita bawak keta buruk je?


Pernah tak jumpa kawan2 yang anggap kita bodoh sebab dia dapat dean list tiap2 semester?


Penah tak? Penah? Bagus3, nie Cik Anis nak citer sket pasal orang2 sombong. Agak2 ape hak kita nak sombong atas muka bumi ni ek? Seronok ke? Nampak megah di mata sendiri tapi hakikatnye orang memandang benci.


Untuk ape sombong dengan pakaian mahal2 tu sedangkan time mati nanti kena pakai kain kafan gak..tak de nya nak pakai branded2 nie..


Untuk ape megah2 ngan kereta mewah sedangkan nanti time mati bukan boleh bawak nak melintas titian Siratul Mustaqim. Eh, silap2 keta tu awak baru bayar tayar je. Bukan beli cash pon. Perlu ke nak belagak? Keta Cik Anis (keta ayah sebenarnye) yang buruk nie pon dah bayar abis tau. Bukan setakat bayar tayar je.


Awak dapat jawatan besar tu pon sebab dulu2 dapat jawatan kecik kan? Kalau tetiba terus dapat jawatan bos, takkan nak pandang orang bawahan pon tak sudi? Takkan nak dengar pandangan orang bawahan pon susah? Awak boleh ke duduk sorang2 kat office tu buat semua kerja? Kita hidup saling bergantung tahu?


Perlu ke anggap orang lain bodoh and awak sorang je pandai? Dean list awak tu tak boleh dijadikan ukuran bila dah grad dapat keje bagus tau? Awak tu perfect sangat ke? Serba serbi tahu? Ce cuba pam tayar keta api, cat langit, tiup matahari sampai padam. Boleh? Ah, sudah. Tak de reason awak nak belagak kat bumi ALLAH ni.


So, sedar2lah diri. ALLAH memang ciptakan kita serba kekurangan. Kalau kita perfect, apa bezanya kita dengan ALLAH, kan? Apa yang kita ada hanya pinjaman. Adat meminjam, semuanya akan diambil kembali bila tiba masanya. Time tu, kita tak punya apa2. Jom muhasabah.


“DARI MU’AZ BIN ANAS R.A: RASULULLAH S.A.W BERSABDA YANG BERMAKSUD: SESIAPA YANG MENINGGALKAN PAKAIAN YANG INDAH DENGAN TUJUAN MERENDAH DIRI KEPADA ALLAH, SEDANGKAN DIA MAMPU BERBUAT DEMIKIAN, MAKA ALLAH MEMANGGILNYA PADA HARI KIAMAT DI HADAPAN ORANG RAMAI, KEMUDIAN ALLAH MENYURUHNYA MEMILIH PAKAIAN YANG DIA SUKA DARIPADA PELBAGAI PAKAIAN ORANG YANG BERIMAN [RIWAYAT AL-TIRMIZI]”

July 14, 2011

3G? 1G is enough !!

We all want a 3G phone
with 16GB memory,

A computer with 4G processor
and a 500GB hard drive,
...
An iPod with 32G Capacity,

But

In Life,
We only need 1G.
1 GOD !

Who has timeless
warranty,
An unlimited Memory
&
Whose love lasts through eternity.
B T W
Call HIM…Its Free.

July 11, 2011

Sebuah blog tanpa header

Assalamualaikum dan salam ukhwah..

Ari nie Cik Anis kecewa. Adeh, pagi2 Isnin lagi dah wat mood sedih. [Kalau ade sape2 yang tak nak sedih2, dengan segala hormatnye sila klik X ye].

Nape? Sejak blog nie dilahirkan tanpa bapa pada tahun 2010, tak pernah pon ade header. Kesian btol. Dulu AT penah buatkan tapi tak tahu la nape tak leh nak upload kat sini. [atau Cik Anis yang tak reti? Haih].

Nak header jugakkkkkkkkk……..siapa2 yang baik hati sila buatkan header boleh?

Tak pon sila ajar camne nak bagi header tu bole upload kat sini..

Please please please [buat muka sedih sket] -_-

July 8, 2011

Promosi Fotografi



Assalamualaikum dan salam ukhwah..Aritu Cik Anis melawat “BLOG ANAK JAWER”..dia ade promote pasal perkhidmatan keta sewa..

Tetiba Cik Anis dapat idea lak nak wat promosi gak..tadaaaaaa!!!!

PAKEJ PERKHIDMATAN FOTOGRAFI

Nie untuk majlis kawen, bertunang, majlis hepi bezday, majlis cukur jambul..ape2 je la..untuk ape2 event pon boleh..

Jom la tengok2 !!

Sila click kat gambar untuk paparan yg lebih jelas (statement ni untuk siapa2 yang rabun, hampir2 rabun dan yang buat2 rabun je okey..)

Untuk elakkan kesesakan (macam laporan lalu lintas la pulak) tempahan, sila la booking awal2 okey. Nak tengok hasil kerje beliau leh add kat FB..mohd farhan bin mohamad..

Eh, eh, sebelum terlupa, beliau ade gak wat perkhidmatan buat design kad kawen, business card, ngan banner.

Saje2 je Cik Anis nak promote. Tak pernah lak Cik Anis wat iklan dalam blog ni. Heheh. Saje buang tebiat sikit. Tolong-menolong kan amalan mulia?

July 4, 2011

tarikh lahir awak bila?

Assalamualaikum dan salam ukhwah..

Sabtu lepas parents Cik Anis ngan adik2 pegi Terengganu sebab adik Cik Anis dapat further study kt Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin..kalau nak tahu, adik Cik Anis tu hensem.. Ape? X de kaitan ngan tajuk entry pon.

Pastu kat umah tinggal Cik Anis ngan dua orang adik lelaki. Malam2 solat maghrib ngan isyak diorg pegi solat kat masjid..time tu la misi Cik Anis bermula..jeng jeng jeng..buat ala2 detective conan sket..kadang2 kena gak menyiasat bilik anak2 ni (anak2???). Budak2 sekarang pelik2 kan? Advance semacam.

Misi menyelongkar a.k.a menyiasat bilik adik2 terchenta nih. Kot2 ade barang larangan. Bukan sangka buruk, tapi berhati2. Mencegah kan lebih baik dari mengubati?

Hah, kan dah jumpa.

Pertama: Majalah kereta. Dah sure la ade gambar gadis2 litar..ye tak? Cun woo..seksi..tapi gambar tu dah dikoyakkan. Cuma tak dibuang.. Cik Anis terus ambik dan renyukkan..BUANG!!! Ok done.

Kedua: Surat cinta. Erk, adik bongsu Cik Anis tu baru darjah 6 okey..dulu2 Cik Anis pon tak reti nak bercintan cintun nih. Advance sungguh budak2 zaman sekarang.. surat siap lipat jadi bentuk love lagi. Disebabkan Cik Anis pernah blaja buat bentuk love gune kertas, Cik Anis bukak tanpe ade perasaan. Bukan susah pon nak lipat balik (eleh, padahal dah ade kesan lipat kan? Padahal Cik Anis dah lupe cara2 nak buat love tu, cover line je lebih) ...

“tarikh lahir awak bila?”

Hah, tu je yang dia tulis? Ha3, Cik Anis rasa macam nak pitam gelak sakan..setakat nak tanye tu je ke? Surat cinta jenis ape la tu ek? Adess..tanye face to face je tak bole ke? Membazir kertas je.

Ketiga: Kad pengenalan. Amboi, pegi jauh2 sampai Terengganu tapi tak bawak kad pengenalan? Saba je la..dia ingat dia budak2 lagi?

Wassalam..

CikAnisPunyeKomen: jangan bagitahu adik yang Cik Anis ceroboh harta benda dia okey?

July 1, 2011

Teka teki semalam

Assalamualaikum dan salam ukhwah…

Ini teka teki semalam. Semalam blog merajuk tak nak diupdate.

adik: abg tahu tak bila perempuan yang tak tutup aurat akan mula menutup aurat?

abg: pergi haji la dik, masa kahwin, kn?

adik: salah, teka la lagi.

abg: (berfikir) masa dah dapat hidayah Allah kn?

adik: salah, nak tahu jawapanya tak? senang je.

abg: apa dia dik?

adik: tadi ustazah cakap kat sekolah, perempuan akan menutup auratnya apabila dia dikafankan, akan tutup buat selamanya.


abg: (hebat kata2 ustazah yang mendalam maksudnya) .....=)
“MENUTUP DAN MEMBUNGKUS AURAT ADALAH DUA PERKARA YANG BERBEZA”

Wassalam…

CikAnisPunyeKomen: spontaneous Thursday tu ape ek?