August 26, 2011

Bahaya tidur selepas sahur!


Assalamualaikum dan salam ukhwah..

Tidur selepas sahur memang banyak dilakukan orang pada bulan puasa. Namun doktor pakar penyakit dalam, Ari Fahrial Syam, memberi nasihat sebaiknya hal itu tidak dilakukan. “Kerana makanan belum dicerna dan malah bisa berbalik dari perut ke kerongkong (atau biasa disebut beserta refluks) kerana pengaruh graviti,” kata dia ketika dihubungi, Jumat lalu.


Jika beserta refluks berlaku, Ari meneruskan, asid perut akan naik dan melukai kerongkongan. Kerana mengalami luka, kerongkong akan terasa panas seperti terbakar, dan mulut pun terasa pahit.
Dia punya cara untuk menyiasati kemungkinan berlakunya beserta refluks asid perut ini. “Dengan cara tidur setengah duduk atau tidur menggunakan bantal yang tinggi,” kata Ari.

Namun pensyarah Fakulti Perubatan Universiti Indonesia itu lebih menyarankan orang yang berpuasa tidak tidur selepas bersantap sahur. “Sebenarnya kan percuma tidur, paling cuma satu jam,” katanya. Ideal-nya, ia menambah, seseorang boleh tidur dua jam selepas makan. “Tapi masih boleh diterima tidur satu jam selepas makan,” kata Ari.

Makanan yang sukar dicerna, Ari meneruskan, adalah makanan yang terlalu berlemak. Keju dan minyak dalam jumlah yang banyak akan memerlukan masa dua jam untuk dicerna. Sedangkan nasi dengan sayur berkuah atau telur dan ikan rebus biasanya memerlukan waktu satu jam untuk dicerna.

Agar perut punya cukup waktu untuk mencerna makanan sahur, peraih Young Clinician Award pada World Congress of Gastroenterology Bangkok 2002 itu menyarankan orang yang berpuasa makan sekitar satu jam sebelum waktu imsak. “Jam 3-an sudah makan makanan padat. Jangan mepet-mepet waktu imsak, “katanya.

Barulah mendekati waktu imsak, menu dilanjutkan dalam bentuk camilan, buah-buahan, dan minum air putih.Dengan cara ini, ketika tidur, makanan sahur telah dicerna dan mengelakkan daripada beserta refluks. Seusai sembahyang subuh, jika memang sangat mengantuk, orang yang berpuasa digalakkan tidur sebelum beraktivitas.

Ari juga menjelaskan bahawa nutrisi yang paling diperlukan manusia secara garis besar adalah karbohidrat, protein, dan lemak. Untuk santapan sahur, ia mengesyorkan agar makan nasi, kentang, dan ubi sebagai sumber karbohidrat. Untuk protein, daging, ikan, dan telur boleh menjadi pilihan. Lemak boleh diperolehi daripada minyak dan daging ayam negeri.

Namun, Ari mengingatkan, orang yang berpuasa untuk mengelakkan makanan yang mengandungi lemak berlebih saat sahur kerana susah dicerna. Begitu juga pengambilan susu. Bagi yang berusia di atas 30 tahun, sebaiknya memilih susu rendah lemak atau bahkan tanpa lemak.

Konsumsi cairan yang dianjurkan Ari adalah jus buah-buahan, seperti mangga atau jeruk, karema mempunyai vitamin dan mineral yang diperlukan badan. “Tapi jangan pakai gula atau susu,” kata Timbalan Setiausaha Persatuan Dokter Spesialis Penyakit Dalam Indonesia itu.

alamak, Cik Anis selalu gak tu tido lepas sahur..okey, pasnie kita sama2 berazam tak tido pas sahur ye.. =)

Wassalam..



August 14, 2011

Engkau memang cantik!!!

Assalamualaikum dan salam ukhwah..
Engkau memang cantik selagi kau menutup malu,
Engkau memang cantik selagi kau memelihara adab,
Engkau memang cantik selagi kau menjaga aurat,
Engkau memang cantik selagi kau menjaga batas,
Engkau memang cantik selagi kau waras berhias,
Engkau memang cantik selagi kau bersifat fitrah,
Engkau memang cantik selagi kau pantang menyerah,
Engkau memang cantik selagi kau terus bersolat,
Engkau memang cantik selagi kau lurus bertaubat,
Engkau memang cantik selagi kau jujur berilmu,
Engkau memang cantik selagi kau taat suami,
Engkau memang cantik selagi kau membaca Al-Qur’an,
Engkau memang cantik selagi kau beradab sopan,
Engkau memang cantik selagi kau kasih ibu bapa,
Engkau memang cantik selagi kau mendidik keluarga,
Engkau memang cantik selagi kau sabar & tenang,
Engkau memang cantik selagi kau tegakkan Islam,
Engkau memang cantik selagi kau mencegah kemungkaran,
Engkau memang cantik selagi kau berniatkan Tuhan,
Engkau memang cantik kerana kau seindah Islam!


wassalam..



August 6, 2011

kisah remeh temeh tentang Ramadhan




Assalamualaikum dan salam ukhwah..

Selamat berpuasa..


Terawih, sahur, puasa, bazar ramadhan, lailatul qadar…


Semua tu mesti sinonim ngan bulan ramadhan kan..


Pernah tak terfikir ape yang kita makan terutamanye makanan yang kita beli kat bazar ramadhan tu?


Contohnye, cube tengok penjual2 yang jual murtabak.


Tak kira la murtabak ayam ke..murtabak daging ke…murtabak ikan ke.. (erk, ade ke?).. cecuba tengok telur ayam yang diorang guna untuk masak murtabak tu..cuci ke tidak? Kalau cuci, bersih ke tidak telur tu dari segala najis? Ataupon selama nie kita tak pernah ambik tahu langsung?


Err..penting sangat ke semua tu? Eh, mestilah penting. Bila telur tak dicuci, najis2 kat kulit telur tu mesti akan tercampur sekali time proses membuat murtabak tu. Kita pon syok je makan..wow!!!


“tapi kak, telur ni bersih”


Ada penjual yang bagi jawapan camtu. Telur tu cuma bersih dari pandangan mata kasar kita je kan? Tapi hakikatnye tak suci pon. Ingat, BERSIH dan SUCI itu adalah dua perkara yang berbeza.


Kita tak ambik peduli sebab anggap perkara2 camnie soal remeh temeh. Sedangkan setiap makanan yang kita makan akan membentuk darah daging dan peribadi kita.


Kita liat sangat2 nak buat solat terawih, bersedekah, baca AL-QURAN dan kadang2 rasa malas je nak puasa mungkin ada kaitan yang sangat besar dengan apa yang kita makan.

Tu belom dikira lagi makanan yang kita beli sampai tak muat nak letak kat meja. Last2 terbuang, membazir. Kot ye pon beli banyak2, sedekah la kat jiran2 sebelah rumah ataupon orang2 miskin. Tapi disebabkan terlalu ikutkan nafsu, jiran sebelah rumah rasa macam tak wujud je.


Fine, tiap2 tahun rasanye kita selalu mempersoalkan dan membincangkan soal pembaziran tapi benda tu gak la yang berlaku tiap2 kali Ramadhan menjengah diari kehidupan kita (nape Cik Anis rasa ayat nie macam skema je?). Sebabnye simple, kita susah nak ambik pengajaran dan merenung apa yang terjadi di sekeliling kita.


“SEBESAR2 DOSA BERMULA DENGAN PENGABAIAN TERHADAP DOSA2 KECIL”