October 25, 2010

::: senja di kaki langit :::

dunia ISLAM semakin suram..sesuram langit senja...


assalamualaikum & salam sejahtera..

Sejak akhir2 ni ISLAM sering dicaci, dihina dan diperlekehkan. Eh, silap. Benda nie dah lama. Cuma akhir2 ni makin teruk. Yang terbaru tentang Islamic Fashion Show tu. Aku tak nak ulas benda tu sebab semua orang dah tahu. Kalau dah semua blog dan laman sosial nak citer pasal tu, mesti orang dah muak. Ye tak?

Semua dok mengutuk pihak itu, mengeji pihak ini. Aku sedih sebenarnye tentang isu tu. Apatah lagi ia melibatkan nama Malaysia.

Tetiba teringat lak bait2 lagu kumpulan nasyid sekolah aku time sekolah menengah dulu. Aku tak tahu apa tajuk lagu ni. Yang aku tahu nama kumpulan nasyid sekolah aku tu, Al-Amin.

Alangkah sedihnya hati

Melihat ISLAM yang dicaci

Mengapa ini semua terjadi

Hibanya menusuk naluri

Adakah kita diuji

Ataupun tarbiah ILAHI

Kerana kealpaan diri ini

Tiada rasa berTUHAN lagi

Ya ALLAH, bantulah kami

Ya ALLAH, selamatkan kami...

Word “tiada rasa berTUHAN” tu aku rasa betul. Cuba perhati di sekeliling kita. Kalau kat taman2 tu tak sah kalau tak ada pasangan memadu kasih. Seolah2 ALLAH tak nampak apa yang mereka buat. Kalau ada rasa berTUHAN, mesti takut kan?

Tak terasa apa2 ke bila buat maksiat?

Tak takut ke bila tak solat? Puasa? Zakat? …..

Pernah ada seorang junior aku nie cakap “kalau duduk sorang2 kat bilik tu rasa nak makan je” (time tu bulan ramadhan). Terkejut aku dengan kenyataan berani mati dia tu. Pastu aku tazkirah sket kat dia “eh, tak boleh macam tu, ALLAH nampak”. Dia cuma tersengih dan ucap terima kasih. Tengok, manusia lebih takut dengan orang berbanding dengan TUHAN.

ISLAM dicaci dan dihina atas sebab umat ISLAM itu sendiri. Kita tak menjaga kesucian agama kita sebaiknya. Kita tak mengamalkan apa yang disuruh. Kita tak tinggalkan apa yang ditegah.

Apalah gunanya kita mengutuk, mengeji dan memaksa pihak2 yang menghina supaya memohon maaf? Aku tak nampak keberkesanannya pon.

ISLAM agama yang suci tapi sering dikotorkan oleh penganutnya.

Sama2lah insafi diri.

Wassalam.

October 24, 2010

:: Kehidupan ibarat bowling ::



Assalamualaikum & salam sejahtera.

Ha, macam pelik je tajuk tu kan. Tetiba dapat idea nak menulis pagi2 ni. Alhamdulillah. Sebenarnye tengah belek2 koleksi gambar2 peribadi kat laptop ni. Nampak pulak gambar2 masa main bowling. And then, dapat ilham nak update blog tercinta ni.

Manusia dan bowling ibarat sebuah kehidupan..jika balingan tersasar, terus msuk longkang atau hanye sikit je pin yang jatuh..kalau pon semua pin terjatuh, itu hanye nasib baik..tangan yang menghayun bola tak same dengan mereka yang hanye bersorak di belakang dan sekadar menjadi penonton. Tak sama. Memang tak sama.

Kehidupan kita gak camtu. Mana mungkin kita dapat sesuatu jika tanpa usaha? Memang hayunan (usaha) kita tak sama antara satu sama lain. Ada orang kuat berusaha dan ada yang sekadar melepaskan batuk di tangga (jangan melepaskan batuk di tangga, tak sopan tu).

Pin (sasaran/matlamat) kita juga tak sama. Ada orang matlamat hidup dia nak jadi jutawan, ada yang nak dapat dean list & ada gak yang tak ada matlamat langsung. Sebab tu balingan selalu masuk longkang (terjerumus ke tempat2 yang tak baik etc).

Aku tak la expert main bowling sampai tahap professional boleh mengalahkan Shalin Zulkifli, pemain bowling negara tu. Dari apa yang aku dapat bila main bowling ialah perlunya FOKUS. Kalau tak fokus, memang susah nak dapat score banyak. Asyik2 masuk longkang. Nak dapat “strike” lagi la payah. Hu3. Tu sebab aku selalu je jadi “puteri longkang” bila main bowling tak fokus. Camtu juga dalam hidup kita. Bila tak fokus, target susah nak capai.

Post kali nie aku nak ucap mekasih banyak2 kat cikgu Hamidah & cikgu Siti. Mereka adalah guru2 aku masa sekolah dulu yang mengajar aku erti bermain bowling. Target & senaman. Itu kata2 mereka yang aku tak boleh lupa sampai sekarang.

Bowling bukan sekadar senaman, tapi ia boleh membantu kita untuk stay fokus.

Jumpa lagi. Insya Allah.. wassalam.

p/s: alamak, tetiba teringin nak main bowling. Anyone?

October 23, 2010

:: Hari sedih ::
















Assalamulaikum.

Salam pagi.

Hari ni sedih sangat....semoga ALLAH merahmati langkahku dan permudahkan jalanku.

Amin.


credit pic to: eclipse d_persona

October 2, 2010

Date line = death line?


Assalamualaikum & salam ukhwah..

Bulan oktober nie bulan yang benar2 sibuk. Date line untuk semua assignment, presentation dan juga exam. Date line = death line? Aktiviti senggang, kolej & universiti..semua nak kena attend. Tapi aku sempat2kan gak update blog ni. Sekurang2nya ada sesuatu untuk dikongsi bersama.

Pengurusan masa paling penting. Tak kira sama ada kita sibuk @ tak. Yang penting kita tahu ape nak buat untuk hari ini, esok & seterusnya. Jadual tak semestinya kena tampal besar2 hingga dari jarak 100 km dah nampak. Yang penting perancangan tu dah ade dalam kepala. Tampal jadual sebesar alam kalau tak ikut pon tak memberi manfaat jugak kan.

Fikir + rancang – malas + bertindak = kehidupan teratur.

Aku tak tahu sangat nak develop formula camne. Hu3 :)

Bagi yang muslim, solat WAJIB buat walau sesibuk mana pon. Kadang kita lupa bahawa ALLAH S.W.T yang mengizinkan kita mampu menyiapkan semua kerja2 kita. Kadang2 ada sesetengah orang sanggup bersengkang mata tak tido semata2 nak menyiapkan assignment @ kerja. Sanggup tak makan & kurang tido semata2 nak study dan dapat result bagus. Tapi kita selalu lupa bahawa DIA yang mengizinkan untuk kita Berjaya. Tanpa izin-NYA, kita nak angkat kelopak mata pun tak mampu. Tanpa rahmat-NYA, tak mungkin kita berjaya sampai dapat result exam bagus. Dean list lagi..

Bukan susah nak solat. Solat itu sebagai tanda kita bersyukur. Tak solat bermakna kita sombong dengan TUHAN. Sebab solat itu sendiri memupuk sifat kehambaan dalam diri kita.

Smoga kita beroleh manfaat atas ape yang aku kongsikan di sini.

Jom solat !!!

Wassalam & jumpa lagi. Insya allah~~