October 25, 2010

::: senja di kaki langit :::

dunia ISLAM semakin suram..sesuram langit senja...


assalamualaikum & salam sejahtera..

Sejak akhir2 ni ISLAM sering dicaci, dihina dan diperlekehkan. Eh, silap. Benda nie dah lama. Cuma akhir2 ni makin teruk. Yang terbaru tentang Islamic Fashion Show tu. Aku tak nak ulas benda tu sebab semua orang dah tahu. Kalau dah semua blog dan laman sosial nak citer pasal tu, mesti orang dah muak. Ye tak?

Semua dok mengutuk pihak itu, mengeji pihak ini. Aku sedih sebenarnye tentang isu tu. Apatah lagi ia melibatkan nama Malaysia.

Tetiba teringat lak bait2 lagu kumpulan nasyid sekolah aku time sekolah menengah dulu. Aku tak tahu apa tajuk lagu ni. Yang aku tahu nama kumpulan nasyid sekolah aku tu, Al-Amin.

Alangkah sedihnya hati

Melihat ISLAM yang dicaci

Mengapa ini semua terjadi

Hibanya menusuk naluri

Adakah kita diuji

Ataupun tarbiah ILAHI

Kerana kealpaan diri ini

Tiada rasa berTUHAN lagi

Ya ALLAH, bantulah kami

Ya ALLAH, selamatkan kami...

Word “tiada rasa berTUHAN” tu aku rasa betul. Cuba perhati di sekeliling kita. Kalau kat taman2 tu tak sah kalau tak ada pasangan memadu kasih. Seolah2 ALLAH tak nampak apa yang mereka buat. Kalau ada rasa berTUHAN, mesti takut kan?

Tak terasa apa2 ke bila buat maksiat?

Tak takut ke bila tak solat? Puasa? Zakat? …..

Pernah ada seorang junior aku nie cakap “kalau duduk sorang2 kat bilik tu rasa nak makan je” (time tu bulan ramadhan). Terkejut aku dengan kenyataan berani mati dia tu. Pastu aku tazkirah sket kat dia “eh, tak boleh macam tu, ALLAH nampak”. Dia cuma tersengih dan ucap terima kasih. Tengok, manusia lebih takut dengan orang berbanding dengan TUHAN.

ISLAM dicaci dan dihina atas sebab umat ISLAM itu sendiri. Kita tak menjaga kesucian agama kita sebaiknya. Kita tak mengamalkan apa yang disuruh. Kita tak tinggalkan apa yang ditegah.

Apalah gunanya kita mengutuk, mengeji dan memaksa pihak2 yang menghina supaya memohon maaf? Aku tak nampak keberkesanannya pon.

ISLAM agama yang suci tapi sering dikotorkan oleh penganutnya.

Sama2lah insafi diri.

Wassalam.

No comments: