November 23, 2010

Hanya sebuah puisi



= R . I . N . D . U =

Bila kasih mula berbunga,
bila rindu mula berbisik,
bila jiwa mendamba cinta Sang Pencipta,
aku sendiri lagi menganyam harapan,
mengutus doa dan menyulam tabah..
takkan pernah berganjak walau sedetik !!!


(mood jiwang2 bersama TUHAN on 15 Zulhijjah 1431H)


November 9, 2010

Nikah: salah ke?



Assalamualaikum dan salam ukhwah.

Kali ni nak cerita pasal nikah lak. Sesetengah orang excited bila dengar pasal nak nikah (terutamanya aku)..hehehe

Ada orang tanya aku “nape kau nak kawen cepat2? Kan kau muda lagi

Aku jawabuntuk mengelakkan maksiat

Pastu dia katanak maksiat apenye? Kan dia (bakal suami aku) jauh?”

Hah, tu yang payah nak jawab tu. Jauh atau dekat bukan halangan untuk tidak terjadinya maksiat. Teknologi sekarang dah canggih. SMS, MMS, 3G, macam2 lagi la. Eh, tak la bermakna aku berSMS yang lucah2 gitu. Nauzubillah. BerSMS atau berYM benda2 yang tak penting pon dikira berdosa kan?

Actually ada banyak cara untuk mencegah semua tu..umpamanya banyakkan berpuasa. Itu betul. Dalam ISLAM pon ada mengajar begitu. Tapi kalau tak berkesan jugak? Hah, sebab tu hukum nikah ada banyak.

Cumanya payah nak menjaga hati. Aku juga manusia biasa, ada masa aku jatuh rindu. Ada masa aku sakit menahan getar dan gelora hati. Ada waktu aku menangis kerana takutkan dosa kerana terfikirkan seseorang yang belum halal untukku. Hah, kan dah payah tu. Kan ALLAH dah warning dalam AL-QURANjangan menghampiri zina”. Tengok, hampir pon tak boleh tau. Rindu-rinduan kepada yang bukan mahram tu kan dah dikira menghampiri zina? Bukan aku sengaja pon. Dah tiba2 teringat. Terseksa jiwa raga ni. Memang benarlah dunia ini penjara bagi orang mukmin.

Nak sangkal lagi? Nikah tu kan salah satu sunnah Nabi. Aku nak buat perkara baik, salah ke? Tidakkah dengan menghalang niat suci aku tu kamu akan menyumbang kepada berlakunya dosa2 seterusnya? Tak terfikir ke?

Oh, okey..sebab aku masih belajar. So, tak boleh nikah la ye? Kalau camtu, lepas abis degree nie aku nak sambung Master, and then ambik PhD pulak..so, penyudahnye sampai menopause la baru aku leh nikah?

Salah ke aku nak menyempurnakan separuh dari agamaku? Siapa kata ISLAM tu susah? Itu tak boleh, ini tak boleh, sikit2 haram, sikit2 cerita pasal dosa. Semua larangan itu ada hikmah tersendiri. Antaranya menjaga kekusyukkan dalam beribadah, menjaga kesucian keturunan umat manusia, memelihara kesucian hatitak terhitung kalau nak dikira. Yang tak terjangkau dek fikiran pon ada. Kalau time study je mesti terganggu, nak exam terganggu..penyudahnye result teruk. Penyebabnya ape? Dihalang untuk menikah!!! Bukan ke bahaya tu? Bukankah menyekat sesuatu yang halal sudah banyak terbukti berlakunya kerosakan di atas muka bumi nie? Zina berluasa, buang bayi, pergaulan bebas dan bersekedudukan tanpa nikah.

Bukanlah aku nak kisah sangat tentang halangan2 dari mulut2 dan tangan2 manusia nie. Nak nikah atau tidak terletak di tangan masing2. Cuma aku nak kita semua berfkir. Think out of the box la bak kata orang. Setiap orang diberi rasa hati yang tak sama. Sesetengah orang lambat sikit nak ada perasaan nak nikah. Sesetengah orang cepat matang dan rasa ingin berkeluarga.

Semua perkara ada risiko. Sama ada nikah atau tidak, semua jalan yang kita pilih ada risikonya.

Aku ada terbaca karya Habiburrahman El-Shirazy (betol ke eja nama beliau camtu?)..ala, penulis novel ayat-ayat cinta tu..aku teringat satu kata2 dalam novel beliau (lupa nama novel tu)..”kalau nak buat kejahatan boleh nekad, kenapa bila nak buat baik tak boleh nekad?” tu aku dah terjemah dalam Bahasa Melayu..kan novel dia dalam Bahasa Indonesia..mendalam sungguh ayat tu..cuba renung2kan, betul gak kan?

Wassalam..

November 2, 2010

Clubbing part 2

ini bukan gambar hiasan. Tapi Al-Quran sekarang ni dah jadi perhiasan je kan?




Assalamualaikum. Sebelum2 ni aku penah post something pasal clubbing. Tu pon sebab ada seorang sahabat aku nie mintak pandangan. Kali ni aku nak sambung sikit. Sikit je, tak banyak (sebab tak ade idea, mata pon dah layu).

Tadi tetiba terjumpa satu page pasal group yang tak suka clubbing di Facebook. Aku tak klik button “like”, cuma saje jenguk2. Ramai jugak tu yang “like”..ada 3373 orang setakat ni. Eh, aku bukan nak promote page tu. Dan tak perlu la aku bagitahu apa nama group tu. Cari sendiri okey? Peace!!!

Aku pon tak faham nape orang suka pegi clubbing. Tak bingit ke?

Erk, tetiba tersirap darah bila baca statement seseorang kat page tu.

“Pergi club lagi teruk ke, atau buat maksiat?”

Astaghfirullahal’azim..jahil sungguh. Kelab malam tu kan tempat maksiat. Jejak kaki kat sana pon dah dikira maksiat la kan. Semoga ALLAH beri dia hidayah. Pihak admin pun dah tegur. Alhamdulillah.

Masjid semakin sunyi, kelab2 malam makin meriah, anak2 luar nikah makin ramai, dosa pahala ditolak tepi, bila semua dah hilang jati diri, Al-Quran hanya jadi penghias almari, tapi semua orang tak sedar kiamat dah semakin melambai2!!! Cukup ke pahala nak bawak bertemu ILAHI?

Okey itu saje. So, tak perlulah pergi clubbing. Banyak lagi cara lain untuk berhibur dan menenangkan fikiran. Bagi yang MUSLIM, banyakkanlah mengingati ALLAH.