January 31, 2011

Dia dah solat !!!


Assalamualaikum dan salam ukhwah..

Semalam aku rasa macam nak pengsan. Terkebil2 memandang dia. Aliran darah bagai nak terhenti. Syukur denyut nadi masih ade.


Housemate tercinta solat!!! Dah masuk dua semester aku serumah ngan dia. Nie la first time aku nampak dia solat. Gembiranya hati aku hanya ALLAH yang tahu. Ye la kan, selama nie aku rasa hidup dalam keadaan berdosa sebab tak mampu nak tegur dia. Lemahnya IMAN aku..isk3, ampuni aku YA ALLAH..


Nak tahu ape aku buat? Aku tampal nota besar2 kat dinding bilik aku. Nota tentang Nabi Muhammad S.A.W kata bahawa jika meninggalkan solat kita akan memasuki sempadan kafir. Tu pon puas aku cari ilham nak tegur dia. Takut salah tegur nanti lain pulak jadinya. Serve internet siang malam sejak semester lepas. Baca blog2 Islamik. Syukur ALLAH membantu.


Bukan senang nak berubah ke arah kebaikan. Even tak cukup lagi 5 waktu sehari semalam, perubahannya cukup membuat aku mengucap syukur tak putus2 ke hadrat-NYA.


Semoga dia terus istiqamah.

Semoga ALLAH membimbing langkahnya.

AMIN..






January 22, 2011

Puisi cintan cintun

Assalamualaikum dan salam ukhwah.

Aku kembali lagi dengan puisi kedua. Entah, tetiba dapat ilham. So, terimalah puisi keTUHANan nie..


Tak pernah lelah aku berlari

Mengejar dambaan jiwa

Mengulit rindu dalam dakapan

Mengusung derita dalam sujud

Melampias hasrat saat bicara

Menutur kasih berbunga rindu

Mengait harapan yang kurasakan sirna

Membenam mazmumah menjadi mahmudah

Melontar rantaian egois yang membelit raga

Tiada sempat aku menamatkan rasa

Menahan gelora lautan hati

Aku terkaku

Mati

(21 Januari 2011 / 16 Safar 1432H)



January 19, 2011

Mutiara Jiwa


Assalamualaikum..

Kali nie aku tak nak membebel atau beremosi yang bukan2. Cuma nak kongsi beberapa mutiara jiwa buat pelawat2 Sejernih Salju.

:: Pandanglah 1 kebaikan orang lain berbanding 10 kejahatannya ::

:: Tinggalkanlah hari semalam dengan syukur, tempuhilah hari ini dengan tabah dan menantilah hari esok dengan harapan ::

:: Tidak ada manusia yang dilahirkan bodoh. Tetapi kita dicipta dengan kelebihan berbeza :: (tak tahu dapat kat mana ayat nie..lupa dah).

:: Biar patah cincin, jangan patah hati!!! ::

:: Lihatlah sesuatu dengan mata hati dan bukan melihatnye dengan mata sahaja,,,nilailah sesuatu perkara dengan akal fikiran dan bukan dengan otak kosong,,,dan terimalah sesuatu ketetapan ILAHI itu dengan jiwa terbuka dan bukan dengan hati yang beku ::

:: Tak perlu menunggu sempurna untuk menasihati orang lain kerana kita takkan pernah jadi sempurna ::

:: Sabar adalah jalan terbaik bagi segala kesulitan. Bukankah ALLAH bersama2 orang2 yang sabar? ::

:: Berusaha untuk bahagia kerana kebahagiaan takkan datang bergolek ::

:: Bersyukurlah bila ditimpa ujian TUHAN kerana dunia ini pasti suram tanpanya. Ibarat masakan tanpa garam. Tawar kan? ::

:: Bersikap positiflah walaupun anda melihat bagaikan tiada harapan langsung di hadapan. Sekurang2nya anda tidak berputus asa dengan rahmat TUHAN ::

:: Menghayati apa yang dilakukan selama sesaat lebih baik daripada membuat sesuatu sambil lewa selama satu jam ::

:: Memberi tanpa mengharap balasan itu lebih baik kerana kita takkan berasa sakit hati apabila pemberian kita tidak dibalas ::

:: Senyumlah walaupun dihimpit duka ::

:: Kecantikan bukanlah diukur dari raut wajah tetapi dinilai dari ketinggian akhlak dan pekerti ::

Tamat sudah..insya allah akan ada sambungannya..rajin2 melawat blog nie okey..salam sayang dan wassalam..

January 16, 2011

Aku berhak untuk marah!!!


Assalamualaikum..


Sebelum baca post kali nie, siapa2 yang tak suka post berbaur emosi, sila klik X secepat mungkin. Terima kasih.


Tengok tajuk je semua orang dah tahu aku marah. Apakah aku tak berhak untuk marah? Jap2, aku kasi cerita dulu. Tapi tak boleh secara detail. Nanti tak pasal2 aku kena saman dan jadi muflis. Erk, sejak bila aku kaya raya????


Ok camnie..aku tahu aku bukan malaikat. Aku bukan ustazah walaupon ramai orang panggil aku ustazah. Jauh sekali aku punya kesabaran yang tinggi macam junjungan besar kita, Nabi Muhammad SAW. Aku tak suka bila kena marah tak tentu pasal. Kalau ada rules yang mengatakan sesuatu tu tak boleh dilakukan di sekian tempat dan sekian masa, sila maklumkan. Aku tak suka terpingga2 bila kena marah bila buat salah yang aku tak tahu benda tu salah. Aku rasa tak adil. Lagi2 kalau kena marah depan orang ramai. Patut ke?


Aku ada maruah. Apakah kerana aku sering bertudung labuh maka aku tak boleh melakukan kesilapan walau sekecil kuman? Apakah kerana bertudung labuh maka aku dianggap alim dan seterusnya mempunyai “kuasa magic” untuk tahu semua yang baik dan yang salah tanpa diberitahu?


Ok mungkin aku salah kerana mengintrepretasikan kemarahan itu dari sudut negatif. Patutnya aku memandangnya dari sudut positif. Mungkin masa tu orang yang berkenaan tengah tak ada mood atau stress dek kerana masalah peribadi atau ape2 je. Ok fine. Aku malas nk fikir berat2 pasal hal sekecil kuman. Tapi apakah dia sorang je yang ada masalah? Aku tak ada masalah? Please la put yourself in my shoes. Atau dalam bahasa skemanye, bersikap empati. Isk3, payah sangat ke?


Aku bukan nak besar2kan hal nie. Cuma aku nak bagitahu bahawa kalau nak marah tu, pandang2lah diri. Aku dah selidik pasal hal ni. Orang yang berkenaan memang tak ada beritahu sama ada secara lisan atau bertulis tentang perkara yang dianggap salah tu. So, aku tak rasa aku berhak mendapat kemarahan itu. Tak kanlah aku saje2 nak buat orang yang berkenaan marah?


Akhir kalam, aku mohon agar hatiku kembali sejuk bak salju dan semoga orang yang berkenaan beroleh rahmat serta ketenangan jiwa..amin..

January 8, 2011

semester break punya kisah...

Assalamualaikum..

Tahun 2010 sudah berlalu. Tahun yang memeritkan tapi ALLAH tetap mengurniakan anugerah-NYA yang tak terhingga.

Pertama: Aku dapat kakak ipar yang baik, lemah lembut dan comel. Kepadanya dan abangku, aku ucapkan “selamat menempuh alam rumah tangga. Semoga berkekalan sampai syurga”. Insya ALLAH pasnie giliran aku pulak.. :)




Kedua: Pointer meningkat. Alhamdulillah. Even tak dapat capai target, sekurang2nya CGPA tak menurun.

Ketiga: Ayah hadiahkan aku pendrive baru. Heeeee….terubat rasa geram mengenangkan pendrive yang hilang semester lepas. Thanks dad!!! Alhamdulillah.. (kena study lagi bagus la camnie..huuuuuuuuu).

Keempat: Dapat habiskan masa ngan family..tu dah cukup buat aku bahagia..syukur YA ALLAH..pergi masjid, makan sama2, bersembang..nice!!! emmmmmmm.....one more thing, attending pre marriage course..banyak ilmu aku dapat as a guideline for the future.. :)


sebahagian dari family aku :)

Kelima: Laptop rosak di saat2 beberapa hari lagi nak balik..hard disk rosak..kesian kat ayah aku tak pasal2 kena bayar RM200 untuk baiki laptop terchenta nie..thanks jugak pd ayah dan ummi sebab tolong hantar aku jauh2 ke Kluang semata2 nak siapkan research aku.. :)

Keenam: Thanks ummi sebab masak sedap2 tiap kali aku balik cuti. Terbayang ikan masak asam pedas + bunga kantan yang ummi masak..isk3..

Ketujuh: Thanks adik2 yang sabar melayan kakakmu yang kuat membebel nie.. :)


Sekian dulu post pertama untuk tahun 2011 nie. Berpeluh2 dah membuang sarang dan lalang kt blog nie :)
Wassalam..