January 16, 2011

Aku berhak untuk marah!!!


Assalamualaikum..


Sebelum baca post kali nie, siapa2 yang tak suka post berbaur emosi, sila klik X secepat mungkin. Terima kasih.


Tengok tajuk je semua orang dah tahu aku marah. Apakah aku tak berhak untuk marah? Jap2, aku kasi cerita dulu. Tapi tak boleh secara detail. Nanti tak pasal2 aku kena saman dan jadi muflis. Erk, sejak bila aku kaya raya????


Ok camnie..aku tahu aku bukan malaikat. Aku bukan ustazah walaupon ramai orang panggil aku ustazah. Jauh sekali aku punya kesabaran yang tinggi macam junjungan besar kita, Nabi Muhammad SAW. Aku tak suka bila kena marah tak tentu pasal. Kalau ada rules yang mengatakan sesuatu tu tak boleh dilakukan di sekian tempat dan sekian masa, sila maklumkan. Aku tak suka terpingga2 bila kena marah bila buat salah yang aku tak tahu benda tu salah. Aku rasa tak adil. Lagi2 kalau kena marah depan orang ramai. Patut ke?


Aku ada maruah. Apakah kerana aku sering bertudung labuh maka aku tak boleh melakukan kesilapan walau sekecil kuman? Apakah kerana bertudung labuh maka aku dianggap alim dan seterusnya mempunyai “kuasa magic” untuk tahu semua yang baik dan yang salah tanpa diberitahu?


Ok mungkin aku salah kerana mengintrepretasikan kemarahan itu dari sudut negatif. Patutnya aku memandangnya dari sudut positif. Mungkin masa tu orang yang berkenaan tengah tak ada mood atau stress dek kerana masalah peribadi atau ape2 je. Ok fine. Aku malas nk fikir berat2 pasal hal sekecil kuman. Tapi apakah dia sorang je yang ada masalah? Aku tak ada masalah? Please la put yourself in my shoes. Atau dalam bahasa skemanye, bersikap empati. Isk3, payah sangat ke?


Aku bukan nak besar2kan hal nie. Cuma aku nak bagitahu bahawa kalau nak marah tu, pandang2lah diri. Aku dah selidik pasal hal ni. Orang yang berkenaan memang tak ada beritahu sama ada secara lisan atau bertulis tentang perkara yang dianggap salah tu. So, aku tak rasa aku berhak mendapat kemarahan itu. Tak kanlah aku saje2 nak buat orang yang berkenaan marah?


Akhir kalam, aku mohon agar hatiku kembali sejuk bak salju dan semoga orang yang berkenaan beroleh rahmat serta ketenangan jiwa..amin..

3 comments:

azim_3110 said...

huhu..nape ni kak anis??
olololoo..dah2..xmo marah2 nanes2 k??
biasa lah tu..maybe tgh ...............
emosi pon tak stabil..so tanpa bfikir panjang, die pon terus marah kak anis..
sabar je lah..nnt kot2 die tersedar t, die minx maaf la tu..
zimi pon de gak pengalaman tu..mse kje kat fajar sdn bhd lepas SPM..ade ke ptot sorg mamat jaga ni berpangkat 'org tua' (pgkt abg..tp da xde rasa hormat kat die da..so mls nk pggl abg)
p sound zimi depan pelanggan...
haa, nk taw lebih lanjut, nnt jenguk balik kat blog..ttbe lak dtg idea nk tulis..hahahhaa...

anis seri said...

kak anis x nanges la..
geram je..isk3..kak anis berjiwa lembut tau..ble kne mrh camtu, terasa kt ati nie..isk3..

ceh, dpt idea ek? nnt kak anis g lawat sambil bg mkn ikan.. :)

azim_3110 said...

owh..ingt nanes td..katakan berjiwa lembut..huhuhuhu...
yela..same la..org panas baran biasanya pon berjiwa lembut..dats y cepat trasa..

hehehee..comment pon xdek kaitan jer..:p wah2..mekaceh bg drg mkn..
da kbuloq da tu.. :p