January 19, 2011

Mutiara Jiwa


Assalamualaikum..

Kali nie aku tak nak membebel atau beremosi yang bukan2. Cuma nak kongsi beberapa mutiara jiwa buat pelawat2 Sejernih Salju.

:: Pandanglah 1 kebaikan orang lain berbanding 10 kejahatannya ::

:: Tinggalkanlah hari semalam dengan syukur, tempuhilah hari ini dengan tabah dan menantilah hari esok dengan harapan ::

:: Tidak ada manusia yang dilahirkan bodoh. Tetapi kita dicipta dengan kelebihan berbeza :: (tak tahu dapat kat mana ayat nie..lupa dah).

:: Biar patah cincin, jangan patah hati!!! ::

:: Lihatlah sesuatu dengan mata hati dan bukan melihatnye dengan mata sahaja,,,nilailah sesuatu perkara dengan akal fikiran dan bukan dengan otak kosong,,,dan terimalah sesuatu ketetapan ILAHI itu dengan jiwa terbuka dan bukan dengan hati yang beku ::

:: Tak perlu menunggu sempurna untuk menasihati orang lain kerana kita takkan pernah jadi sempurna ::

:: Sabar adalah jalan terbaik bagi segala kesulitan. Bukankah ALLAH bersama2 orang2 yang sabar? ::

:: Berusaha untuk bahagia kerana kebahagiaan takkan datang bergolek ::

:: Bersyukurlah bila ditimpa ujian TUHAN kerana dunia ini pasti suram tanpanya. Ibarat masakan tanpa garam. Tawar kan? ::

:: Bersikap positiflah walaupun anda melihat bagaikan tiada harapan langsung di hadapan. Sekurang2nya anda tidak berputus asa dengan rahmat TUHAN ::

:: Menghayati apa yang dilakukan selama sesaat lebih baik daripada membuat sesuatu sambil lewa selama satu jam ::

:: Memberi tanpa mengharap balasan itu lebih baik kerana kita takkan berasa sakit hati apabila pemberian kita tidak dibalas ::

:: Senyumlah walaupun dihimpit duka ::

:: Kecantikan bukanlah diukur dari raut wajah tetapi dinilai dari ketinggian akhlak dan pekerti ::

Tamat sudah..insya allah akan ada sambungannya..rajin2 melawat blog nie okey..salam sayang dan wassalam..

No comments: