February 26, 2011

pencarian sweet couple..nak makan api neraka?



Assalamualaikum dan salam ukhwah..

Suddenly aku rasa macam nak penampar sorang2 sape2 yang join benda2 lagha camtu. Sebab yang join tu couple ISLAM. Tak tahu hukum? Hidayah tak sampai? Tak de orang nasihat? Kurang penghayatan agama?

Aku tak boleh la nak blame mereka tu tak mencari hidayah TUHAN. Siapa tahu kan? Aku pon tak kenal diorang. So, aku tak de hak nak judge atau nak marah mengkhinzir buta (bagi sedap sikit perkataan tu).


So, siapa la yang create activity tak berfaedah tu. Buat la pencarian mak bapak yang sweet ke..best jugak..

Mungkin kejahilan mereka disebabkan kita jugak yang tak nak menegur. Jangan sampai kita masuk neraka sebab tak mencegah yang mungkar.

Ape pon, yang haram tetap haram lain la kalau mereka nikah..semoga mereka beroleh hidayah-MU YA ALLAH…amin..

Last word, aku benci kemungkaran!!!



Cerita copy paste

assalamualaikum dan salam ukhwah...bila aku kata akan jarang2 update, suddenly traffic kat Sejernih Salju jadi sesak..pelik. Untuk tidak menghampakan pelawat2 yang sesak kat traffic tu, aku ade something untuk semua..

Aku nak story mory satu citer tapi citer nie copy paste je..of course dengan kebenaran cik Nur Syafiqah..thanks ye Syafiqah..

~ kisah Mat Rempit ~

Zaki seorang Mat Rempit sejati. Dia sanggup tidak bekerja semata-mata untuk menjadi Mat Rempit sepenuh masa. Kerjanya setiap hari hanyalah menunggang motor secara berbahaya di jalan-jalan sekitar kampungnya sambil menyergah dan mengurat anak anak gadis di kampungnya.

Pada suatu hari, malang tidak berbau, Zaki terlibat di dalam satu kemalangan di hadapan kubur cina kampungnya. Akibat terkejut, Mak Limah yang kebetulan di dalam lori yang disergah oleh Zaki telah melatah sehingga tangannya membaling sebatang lembing tepat-tepat terpacak di dahi Zaki sehingga tembus ke belakang tengkuk Zaki.

Bergegas Pak Amin ayah Zaki ke hospital sebaik sahaja mendapat berita tentang anaknya yang cedera itu. Sebaik sahaja sampai di hospital, Pak Amin bertanya kepada Doktor tentang keadaan anaknya,

Pak Amin: Bagaimana keadaan anak gua doktor?
Doktor: Harap bertenang Pak Cik, anak pakcik cedera parah.

Pak Amin: Bagaimana keadaan kecederaannya Doktor?
Doktor: Sebatang lembing terpacak di dahi anak Pak Cik tembus ke belakang tengkuknya. Kami takut sekiranya lembing itu terkena otaknya, anak pak cik boleh mati.

Pak Amin: Kalau tak terkena otak dia, dia mati tak doktor?
Doktor: Kalau tak kena tak matilah! Tetapi dalam keadaan sekarang keadaan itu adalah mustahil.

Pak Amin: Oh begitu.... Alhamdulillah selamat anak gua...
Doktor: Kenapa pak cik? Pak Cik tak bimbang ke lembing tu terkena otaknya?

Pak Amin: Anak saya tu Mat Rempit Doktor, Mat Rempit mana ada otak!


p/s : janganlah merempit ~ banyak buruk dari baiknya, eh, silap2, tiada baik selain buruknya ! ~ (^_^) ♥


itu la adenye...sekian wassalam..

February 20, 2011

to all bloggers..

Assalamualaikum dan salam ukhwah. Tu ayat yang biasa aku mulakan sebelum mulakan apa2 entry kat Sejernih Salju. Supaya semua pelawat2 Sejernih Salju sentiasa sejahtera.

Ade beberapa perkara nak nyatakan kat sini:

First, aku akan jarang update since aku busy dengan midterm, assignments, lab, discussion, makan, tido, solat…

Second, aku akan buat perubahan pada Sejernih Salju. Dari segenap sudut, template, entry, bla bla bla..senang cerita, semua..INSYA ALLAH dalam bulan Mac atau April sebab time tu tak busy sangat (ye ke? Ye kot.)

Third, aku nak mintak maaf pada semua yang sudi singgah kt blog aku yang tak seberapa nie. Eh, patut nye berterima kasih. Ade pulak mintak maaf. Ha3 betul la minta maaf sebab nanti aku dah jarang2 update.

Itu saje. Doakan semua urusan aku dipermudahkan..

wassalam..

February 18, 2011

Angpow itu aku punya!!!

Assalamualaikum dan salam ukhwah..

Malam semalam last day untuk Tahun Baru Cina. Ingatkan malas nak attend sambutan CNY Bunga Raya College (BRC) tu sebab tak sihat sangat. Tapi kalau duduk kat bilik pon susah nak study sebab bising dek sambutan CNY tu.

Yang best aku dapat angpow..ha3..seringgit je dalam dia..tapi kira aku ade “ong” la malam tadi coz ade ramai penduduk BRC cuma dapat kertas je.

Ha3 tu pon nak kecoh ek. Dapat kertas pon ok gak sebab ade tulisan camnie..

Yang penting memang hepi dapat tengok tarian singa walaupon tak best sangat macam sambutan CNY sebelum nie.


Ada gak acara makan “yee sang”. Tak dapat aku nak ambik gambar sebab ramai sangat orang. Gambar kat bawah nie pon aku search kt Google. Tq la ye pak cik Google. he3. Dah tu kena makan guna chopstick pulak. Kalau aku nak makan guna chopstick confirm tak dapat nak makan langsung.


Ada persembahan gasing cina. Tapi time perform guna lagu KOREA!!! Aiyoooo, sudah silap ka?


Pertandingan menggunting kertas dan kaligrafi pon meriah..ade sorang peserta tu menggigil2. Kesian pulak aku tengok. Tapi cantik hasil kaligrafi dia.

ni la dia peserta yang menggigil nervous sangat2 tu.



Sebahagian hasil2 kaligrafi yang dah siap


Pertandingan karaoke pon ade tapi tak dapat sambutan langsung. Kesian.


Dan bebola uli yang sedap..

Last masa pengumuman pemenang2 tu aku tak tengok. Janji angpow dah dapat. Ish, kecoh betol kan?

Ape pon best sebab akhirnya dapat limau dan angpow!!!

Wassalam ~

February 17, 2011

5 kali pon tak boleh?

Assalamulaikum dan salam ukhwah..

Sejak aku ade masalah insomnia nie, semua jadi kusut..nak update blog pon susah…idea ada membuak2 tapi bila nak menulis je mesti terbantut..aiyaaaaaa ~~

Ok pasal tajuk entry kali nie nak citer tentang manusia yang sombong. Dah la sombong tapi harap jugak rezeki TUHAN bagi tiap2 hari. Dah la muka cantik tapi sujud depan ALLAH pon tak nak. Muka hensem sampai perempuan tengok rasa macam nak pengsan tapi nak sentuh sejadah jauh sekali. Otak geliga, tiap2 semester asyik muka dia je dapat dean list tapi solat 5 kali sehari pon tak boleh?

Ehem3, kalau ALLAH tak izinkan, kita nak gerakkan kelopak mata pon tak boleh tau? Apa la susah sangat nak bangun solat subuh? Aiyoooo, sejuk woooo…..sedap berselimut ek? Kat dunia memang la sejuk, nyaman, syok…tapi kat akhirat nanti panas woooo……. Apa la susah sangat nak solat zohor? Kan segar sikit basahkan anggota2 badan ngan air wudhuk tu..apa la susah sangat nak solat asar, maghrib ngan isyak tu? Susah ke? Memang la susah sebab ikut sangat hasutan makhluk bertanduk tu!!!

Solat itu kan satu kerehatan. Ibarat seperti senaman..dapat rehatkan minda..ustaz kata “time solat tu la masa kita bercakap2 dengan ALLAH”..

Satu perkara yang aku still tertanya2 sampai sekarang..

MACAM MANA ORANG YANG TAK SOLAT BERDOA?

Contohnye time nak dekat2 exam,,selalu kita dengar member2 cakap camnie “aku dah study sampai tak tido malam tadi. Tapi soalan tadi susah la..tak pe la, doa je la banyak2”..

Sekali lagi,,, MACAM MANA DIA NAK DOA SEDANGKAN SOLAT PON TAK PERNAH?

Konpius la..cuba la fikir2kan..sementara kamu berfikir tu, aku nak cover tido dulu la..malam2 susah tido..harap2 insomnia aku nie will recover soon..amin..

Wassalam :)

February 14, 2011

buah hati vs Nabi

assalamualaikum ...



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


sekadar gambar untuk renungan
selamat menyambut Maulidur Rasul

seriously aku teringin nak jumpa NABI MUHAMMAD S.A.W
even aku banyak dosa
even sunnah2 baginda banyak yang aku tak buat
kadang2 jeles ngan ummi aku
sebab dia penah mimpi berjumpa NABI..

Wahai Rasulullah,,,semoga aku masih berpeluang memperoleh syafaatmu..
AMIN..



February 10, 2011

cara baru untuk tido lebih lena ~

Assalamualaikum dan salam ukhwah



Tarikh kejadian: 10 februari 2011

Masa kejadian: kira2 jam 1 petang






Nampak orang kat bawah lori tu? Mungkin ni satu cara baru untuk tido dengan lebih nyenyak time cuaca panas. Tanpa beralaskan apa2, orang tu tido kat bawah lori. Nasib baik tak berdengkur. Hehehe.


Mula2 nampak time aku balik kelas. Aduh, ingatkan ade orang mati kena langgar. Rupa2nya masih bernyawa. Hihihi


Macam2 ragam manusia. Janji tak ganggu hidup orang sudah :)

















cik anis

February 3, 2011

Kuching oh Kuching

Assalamualaikum dan salam ukhwah..

Kelmarin aku pergi jalan2..Actually bukan jalan2 tak de faedah..temankan sorang sahabat nie buat research dia..hantar questionnaire kat company. So, pastu round2 skali Bandar Kuching. Ingatkan nak bergambar kt tugu kucing tu..sape2 yang jejak kaki kat Sarawak nie mesti nak bergambar kat tugu kucing tu kan? Tapi aku dah hampir 3 tahun bermastautin kat Bumi Kenyalang nie tapi tak de peluang lagi. Semalam tu hujan pulak. Isk3. Aku suka kucing. Nampak “kucing batu” pun nak bergambar. Hihihi


Ila tengah berurusan ngan En. Razak..
Terpaksa snap dari jauh je. Segan..kalau manager tu pempuan tak pe.



library kat TM..subhanallah cantik betul.



salah satu sudut yang aku rasa cantik..bunga tu yang cantik sebenarnye..hihihi



betul ke grammar dan tatabahasa nye tu? terkonpius pulak aku.


bergambar dulu sebelum balik..penat edit pic ni sebab gambar asal memang gelap.
Maklumlah guna kamera cap ikan bilis.


Okey, lepas hantar questionnaire kt TM Training Centre Sarawak tu, kami pun jalan2. Hah, jumpa kedai buku. Hepi betul aku. Tak pasal2 terbang RM40.90. Tapi tak pe, berbaloi dengan ilmu, maklumlah beli buku motivasi dan sebuah novel pembangun jiwa. Tetiba teringat pulak kt ummi aku yang teringin nak beli sebuah novel tu. Tapi aku ingat2 lupa pulak tajuk dia. Takut silap beli. Nak tanye, nanti tak surprise pulak. Tapi, bila dah balik umah, rasa menyesal pulak tak beli novel tu. Aduh3, lain kali aku mesti beli. Bukan mahal sangat pon. Nak ambik hati ummi sendiri jugak. Isk3, touching sungguh.


nie la novelnye..tak bukak lagi sampul plastik tuh.
Bila dah bukak nanti gatal pulak nak baca. Kena tunggu abis semua assignment baru leh baca.
Buat masa nie sila duduk diam2 dalam kotak tu ye.

nie pulak buku motivasi by Dr. Tuah..aku suka baca buku2 motivasi dia..
Akan datang aku akan buat satu post pasal koleksi buku2 yang aku ada.
Insya ALLAH, coming soon.

Pastu ape lagi, shopping sakan!!! Time nak Chinese New Year nie memang banyak kedai buat promotion. Tapi aku tak la shopping sakan. Nak belaja berjimat katakan. Aku ingat lagi pesan ummi "tadbir kewangan dengan baik". Isk3, nak jadi anak solehah memang kena ikut cakap ummi kan? So, aku setakat beli baju T-shirt sehelai je. Sykurlah. Tu pun sebab ade diskaun 70% tau. Memang kes berjimat sungguh2 ni. Tapi gambar T-shirt tak leh la nak upload kan. Ade kat ampaian tu lagi. Maklumlah sekarang musim hujan. Huhuhu.


Tak banyak pic aku snap. Tak banyak cerita ingin dikongsi. Tapi ade pengajaran untuk diambil iktibar. Pengajarannye, patuhilah undang2 jalan raya. Kalau tak, kena saman!!! Tu sebab encik driver kami kena saman sebab tak pakai seat belt. Macam tu la hidup kita kat atas muka bumi ni. Kalau tak ikut apa yang ALLAH gariskan, nanti kena “saman” jugak. Neraka la jawabnya. Selamat merenung. Tapi jangan termenung memanjang.


encik polis tukang teropong

encik2 polis tukang tahan

encik polis tukang tulis saman

Sekian apa adanya. Tapi aku puas hati dapat makan nasi ayam penyet. Alhamdulillah. Jumpa lagi INSYA ALLAH. Wassalam.