Kelmarin aku pergi jalan2..Actually bukan jalan2 tak de faedah..temankan sorang sahabat nie buat research dia..hantar questionnaire kat company. So, pastu round2 skali Bandar Kuching. Ingatkan nak bergambar kt tugu kucing tu..sape2 yang jejak kaki kat Sarawak nie mesti nak bergambar kat tugu kucing tu kan? Tapi aku dah hampir 3 tahun bermastautin kat Bumi Kenyalang nie tapi tak de peluang lagi. Semalam tu hujan pulak. Isk3. Aku suka kucing. Nampak “kucing batu” pun nak bergambar. Hihihi
Okey, lepas hantar questionnaire kt TM Training Centre Sarawak tu, kami pun jalan2. Hah, jumpa kedai buku. Hepi betul aku. Tak pasal2 terbang RM40.90. Tapi tak pe, berbaloi dengan ilmu, maklumlah beli buku motivasi dan sebuah novel pembangun jiwa. Tetiba teringat pulak kt ummi aku yang teringin nak beli sebuah novel tu. Tapi aku ingat2 lupa pulak tajuk dia. Takut silap beli. Nak tanye, nanti tak surprise pulak. Tapi, bila dah balik umah, rasa menyesal pulak tak beli novel tu. Aduh3, lain kali aku mesti beli. Bukan mahal sangat pon. Nak ambik hati ummi sendiri jugak. Isk3, touching sungguh.
Pastu ape lagi, shopping sakan!!! Time nak Chinese New Year nie memang banyak kedai buat promotion. Tapi aku tak la shopping sakan. Nak belaja berjimat katakan. Aku ingat lagi pesan ummi "tadbir kewangan dengan baik". Isk3, nak jadi anak solehah memang kena ikut cakap ummi kan? So, aku setakat beli baju T-shirt sehelai je. Sykurlah. Tu pun sebab ade diskaun 70% tau. Memang kes berjimat sungguh2 ni. Tapi gambar T-shirt tak leh la nak upload kan. Ade kat ampaian tu lagi. Maklumlah sekarang musim hujan. Huhuhu.
Tak banyak pic aku snap. Tak banyak cerita ingin dikongsi. Tapi ade pengajaran untuk diambil iktibar. Pengajarannye, patuhilah undang2 jalan raya. Kalau tak, kena saman!!! Tu sebab encik driver kami kena saman sebab tak pakai seat belt. Macam tu la hidup kita kat atas muka bumi ni. Kalau tak ikut apa yang ALLAH gariskan, nanti kena “saman” jugak. Neraka la jawabnya. Selamat merenung. Tapi jangan termenung memanjang.
Sekian apa adanya. Tapi aku puas hati dapat makan nasi ayam penyet. Alhamdulillah. Jumpa lagi INSYA ALLAH. Wassalam.
No comments:
Post a Comment