June 27, 2011

oh, cinta tak semestinya perlu dilafazkan!!!

Daisy...lambang cinta tersembunyi..


Aku sengaja diam, tak menampakkan diri agar engkau benar2 menemukanku dalam cahaya sujud istikharah cintamu....

Aku lebih memilih ...menunduk malu,daripada menatap mata binarmu...

Kerana aku takut dapat memudarkan cahaya IMANku...

Aku lebih suka kau diam tak menyapa ku, kerana ku takut terbuai dalam sapa manismu...

Akan ku jaga hatiku

...Ku teguhkan IMANku

Hingga kau jemput aku dengan lafadz ijabmu...

June 24, 2011

Formula matematik wanita terbaik

Al Khawarizmi, seorang ahli Matematik Islam ditanya tentang wanita terbaik ;

Dia menjawab :
Jika wanita solehah dan beragama = 1
Jika dia cantik; tambah 0 kepada 1 =10
Jika dia kaya ; tambah lagi 0 = 100
Dan jika dia dari keluarga baik-baik ; tambah lagi 0 = 1000

Tetapi jika yang "1" tiada...maka...tiada apa yang tersisa pada wanita tersebut kecuali sekelompok "0"...

Renungan di pagi Jumaat..sekian..

wassalam..

June 22, 2011

Picless wednesday

Assalamualaikum dan salam ukhwah..

Asal hari rabu je, rata2 blogger buat entri Wordless Wednesday..tapi Cik Anis nak wat Picless Wednesday..heeeeee..nape ek?

Actually nak upload gambar ayah Cik Anis tapi tetiba teringat lak ayah tak bagi upload gambar dia kat internet..

Jangan melawan cakap ayah, nanti jadi anak derhaka..

Okey,,Cuma nak cakap…

“SAYA SAYANG AYAH SAYA”

Wassalam..

June 21, 2011

Orang kata...bukan Cik Anis kata


Orang kata, hisap rokok nampak macho.

Orang kata, hisap rokok untuk dapat ketenangan. Kalau tak, pening kepala.

Orang kata, hisap rokok sebab nak dapat idea time buat assingnment etc.

Orang kata, dia hisap rokok tak kacau orang lain, tak mintak duit orang, tak menyusahkan orang.

Ok, fine.

Cik Anis kata, hisap rokok awak nampak sangat2 tak hensem. Bibir hitam, bau busuk, and suka kawan ngan jin. Of course, jin je suka asap kan?

Cik Anis kata, sejak bila hisap rokok leh tenang jiwa? Bukankah dengan mengingati ALLAH itu hati akan jadi tenang? Itulah, mak ayah hantar pergi belajar agama tapi awak ponteng sekolah pergi melepak.

Cik Anis kata, awak hisap rokok tu mengundang penyakit..camne lak leh dapat idea bernas mencurah2 macam ke ladang gandum?

Cik Anis kata, awak kata tak ganggu? Asap tu la buat Cik Anis batuk + selsema lebih sebulan tak baik2. Diulangi, LEBIH SEBULAN, okey. Selama 23 tahun 23 hari Cik Anis bernafas kt muka bumi ALLAH nie, nie la first time Cik Anis sakit tak sembuh2.

Okey, fine. Cik Anis kena pakai topeng muka pasnie. Bawak & minum ubat batuk + selsema pastu ngantuk sebab ade dadah. Pastu tido dengan selamba walaupon supervisor & bos lalu depan mata. Bole camtu? Okey, tak boleh. So, please respect the others. Ehem, papan tanda “DILARANG MEROKOK” tu buat perhiasan je la ek?

Eh, lagi satu. Cik Anis cakap kat mak, jangan terima pinangan lelaki yang merokok. Okey, cadangan diterima.

Wassalam..

June 20, 2011

lelaki macam kucing, perempuan macam anjing


Assalamualaikum dan salam ukhwah..

Kalau nak diikutkan, Cik Anis agak kurang setuju bila dikaitkan binatang ngan manusia. Tapi disebabkan ini satu analogy, jadi logik la gak bila nak kata KESETIAAN lelaki macam kucing dan perempuan macam anjing.

Lelaki, kalau kita buat baik ngan dia, ambik berat ngan dia, dia akan suka dengan kita. Cuba tengok kucing, bila kita selalu bagi dia makan, selalu usap2 badan dia, mesti kucing tu lama kelamaan akan suka dengan kita walaupon pada mulanye kucing tu tunjuk garang je.

Perempuan, bila kita selalu ambik hati dia, serius bersahabat dengan dia, dia akan setia dan ingat kita walaupon kita dah mati. Sebab tu la kebanyakan kaum HAWA susah nak kawen lagi bila suami dia dah meninggal.

Kebanyakan lelaki senang je nak cari pengganti bila orang di sisi dah berlalu pergi. Entry nie bukan la nak menangkan kaum Cik Anis, tapi kebanyakannye camtu la. Kawan lelaki Cik Anis pernah kata “ko jangan buat baik sangat ngan lelaki, nanti dia perasan”. Adeh, lelaki cepat perasan ke? Betul gak kot. Pengalaman membuktikan. Eh, tapi Cik Anis tak nak citer pengalaman tu.

Yang penting, setia tu biarlah bertempat. Kalau setia yang bawa kebaikan itu bagus. Tak perlu hidup menyendiri atas sebab nak setia tapi hakikatnye diri sendiri terseksa. Nanti bila dah tua, siapa nak jaga sakit pening kita?

“SETIA PADA ALLAH”

Wassalam..

Credit to my lovely lecturer, Dr. Zaiton for this analogy.

June 16, 2011

PETUA AWET MUDA 9S


Assalamualaikum dan salam ukhwah...Cik Anis kembali dengan petua..petua bukan sebarang petua..jom tengok..

Ø Sentiasa berwudhuk…sebaik2 make-up adalah sentuhan air wudhuk..

Ø Senyum selalu..tapi jangan senyum tak bertempat..nanti orang tengok pon pelik. Senyum itu SEDEKAH.

Ø Sangka baik dengan semua orang.

Ø Selesaikan masalah bukan lari dari masalah

Ø Silaturrahmi yang baik dengan semua orang, jangan mencari musuh kerana seorang musuh itu sudah cukup ramai.

Ø Senda gurau biar berpada..ditakuti menyakiti hati orang lain.

Ø Selawat ke atas Nabi 3 kali sebelum tido..tiup kat tapak tangan dan sapukan ke wajah dan seluruh tubuh.

Ø Selalu la minum air Roselle..sape2 yang tak tahu Roselle tu ape, sila la surf sendiri kt internet..sebab tu la orang slalu tanye Cik Anis “awak sekolah darjah berape?” adeh, sabar je la…

Ø Sabar bila selalu diuji, dikutuk, dibuli etc..sabar kan sebahagian dari IMAN..


wassalam..

June 15, 2011

Nota hati buat si kacak



Assalamualaikum dan salam ukhwah..

Kepada kamu,

Tahu tak hati rapuh saya bergetar sebab kamu selalu senyum menggoda?

Tahu tak IMAN saya hampir melayang tiap kali kamu berbicara?

Tahu tak jiwa saya meronta kebencian tiap kali kamu mahu bermanja2?

Tahu tak perasaan saya luluh bila kamu bukan single tapi “bujang 3”?

Tahu tak saya tak boleh bertakhta di hati kamu?

Tahu tak kamu hanya menambah dosa2 saya yang tinggi melangit nie?

Ya, kamu kacak, hensem, tampan..

Ya, kamu berharta, berkereta mewah..

Ya, kamu bermulut manis mengalahkan gula..

Ya, kamu bijak, petah berbicara, berhujah bernas..

TAPI…

Saya hanya mahu memandang agama kamu..

Pengamalan agama kamu..

Penghayatan kamu terhadap agama suci kita…

Saya perlukan pembimbing..

Bukan pemberi gula2 ketika saya sedih

Bukan penyimbah minyak ketika amarah..

Berhentilah mencintai saya..

Senyuman saya untuk kamu adalah tangisan duka jiwa saya..

Saya sudah terlalu lelah menepis panahan2 kamu..

Kembalilah kepada ALLAH..

Jangan diabai amanah permata2 dan mutiara jiwa di teratak kamu..

Mereka menanti kamu…


Wassalam...

June 13, 2011

K-POP meletup!!!



Assalamualaikum dan salam ukhwah..

Sebagaimana yang dijanjikan, Cik Anis nak bagi sikit komen pasal K-POP nie. Nape ramai sangat minat artis2 Korea nie ek? Sampai sanggup beli majalah e-pop tiap2 bulan semata2 nak sangat up to date ngan citer2 pasal artis Korea. Tu belum lagi sampai ade yang sanggup beli barangan yang ade gambar artis Korea sampai beratus2 ringgit. Agak2 kalau lecturer suruh beli buku, merungut tak?

Cik Anis pon tahu nak komen camne. Cik Anis suka gak tengok citer Korea. Tapi Cik Anis memilih sikit. Kalau jalan ceritanye bagus, ade unsur2 motivasi macam citer Dream High, Cik Anis tengok. Tapi industri perfileman Korea memang la maju kan..sebab movie diorang best, ade jalan cerita yang menarik and ade ending cerita yang kita tak terfikir pon. Kalau tengok filem2 Malaysia, selalunye ending citer dia mesti dah dapat agak kan? Tak tengok pon rasa tak rugi. Selalunye la,,tapi ade gak filem Malaysia yang bagus. Kepada penerbit2 filem Malaysia, jangan la marah Cik Anis lak. Nie sekadar pendapat peribadi je.

Artis2 Korea nie kebanyakannye talented and ade pakej lengkap nak jadi artis. Pandai menari, menyanyi, berlakon..muka hensem dan jelita lak satu bonus untuk jadi kegilaan ramai remaja2 Malaysia.

Cik Anis perhatikan kadang2 ramai yang minat membabi buta. Faham ke Bahasa Korea tu? Setakat cakap ‘anneyong haseyo’, ‘kansahamnida’ tu belum cukup. Nape perlu faham? Sebab ade Cik Anis jumpa lagu bertajuk “Lucifer” nyanyian SHINee. Baca tajuk je dah tahu lagu tu tak bagus untuk aqidah kita sebagai MUSLIM kan? So, berhati2lah.

Tak tahu la ape kebaikan fanatik kat artis2 Korea nie. Cik Anis tak nafikan ade yang belajar bahasa Korea melalui lagu dan movie2 Korea. Tapi bagi Cik Anis, terlampau fanatik tu tak bagus gak. Bukan ISLAM, dah tentu pendedahan aurat berleluasa dan adegan2 kurang sopan ditonjolkan dalam filem2 Korea. Filem2 diorang lak panjang berjela..ade yang sanggup tido jam 4 pagi semata2 nak abiskan semua episod. Agak2 kalau suruh solat tahajud sanggup tak?

Wassalam..

June 1, 2011

Nikah kawen


Assalamualaikum dan salam ukhwah..

Lama dah Cik Anis menyepi..sekarang memang tak sempat nak berblog..Cik Anis tengah praktikal sekarang..bulan Julai nanti baru abis,,insya ALLAH..okey Sejernih Salju kembali hidup dengan topik feveret Cik Anis..topik yang slalu Cik Anis mention kat Sejernih Salju nie..

KAWEN/NIKAH..

Bila cakap pasal nikah kawen nie, berapa ramai yang serius agaknye ek? Nikah kawen bukan sekadar nak melepaskan nafsu seks semata2. Bukan sekadar nak ikot desakan mak ayah yang suruh nikah. Bukan kerana terdesak sebab umur dah makin meningkat. Bukan gak sebab dah tak tahan bila orang sekeliling asyik tanye soalan cepu emas “bila nak kawen?” Bila dah kawen, orang akan tanye “bila nak ade baby?”..Tension kan?

Berapa ramai yang serius? Cari pekerjaan tetap, sediakan rumah dan keperluan2 lain, ilmu agama secukupnya. Berapa ramai? Duit bukan segalanye tapi segalanye perlukan duit. Nak masuk tandas awam pon kne bayar 20 sen walaupon tandas kotor kan?

Cukup2lah dengan keruntuhan rumah tangga orang lain. Sejauh mana kita ambik iktibar? Sejauh mana kita berusaha mengubah masa depan hidup kita? Nikah kawen bukan melibatkan diri kita je. Ada insan yang perlu kita tanggung makan minumnye, bimbing langkahnye dekat dengan ALLAH dan mengajaknye bercinta sampai syurga. Ada amanah yang perlu kita pikul, ade jiwa yang perlu kita bajai dengan IMAN dan TAQWA, ada anak-anak sebagai permata yang perlu kita gilap dan ada penyatuan dua keluarga yang perlu dihargai.

So, seriuslah sebelum terlambat. Persiapkan segalanya sebelum nasi menjadi hangus. Kalau jadi bubur okey lagi kan, leh gak dimakan.

Okey, next issue nak citer pasal K-POP lak..insya ALLAH..

Wassalam..