Assalamualaikum dan salam ukhwah..
Sebagaimana yang dijanjikan, Cik Anis nak bagi sikit komen pasal K-POP nie. Nape ramai sangat minat artis2 Korea nie ek? Sampai sanggup beli majalah e-pop tiap2 bulan semata2 nak sangat up to date ngan citer2 pasal artis Korea. Tu belum lagi sampai ade yang sanggup beli barangan yang ade gambar artis Korea sampai beratus2 ringgit. Agak2 kalau lecturer suruh beli buku, merungut tak?
Cik Anis pon tahu nak komen camne. Cik Anis suka gak tengok citer Korea. Tapi Cik Anis memilih sikit. Kalau jalan ceritanye bagus, ade unsur2 motivasi macam citer Dream High, Cik Anis tengok. Tapi industri perfileman Korea memang la maju kan..sebab movie diorang best, ade jalan cerita yang menarik and ade ending cerita yang kita tak terfikir pon. Kalau tengok filem2 Malaysia, selalunye ending citer dia mesti dah dapat agak kan? Tak tengok pon rasa tak rugi. Selalunye la,,tapi ade gak filem Malaysia yang bagus. Kepada penerbit2 filem Malaysia, jangan la marah Cik Anis lak. Nie sekadar pendapat peribadi je.
Artis2 Korea nie kebanyakannye talented and ade pakej lengkap nak jadi artis. Pandai menari, menyanyi, berlakon..muka hensem dan jelita lak satu bonus untuk jadi kegilaan ramai remaja2 Malaysia.
Cik Anis perhatikan kadang2 ramai yang minat membabi buta. Faham ke Bahasa Korea tu? Setakat cakap ‘anneyong haseyo’, ‘kansahamnida’ tu belum cukup. Nape perlu faham? Sebab ade Cik Anis jumpa lagu bertajuk “Lucifer” nyanyian SHINee. Baca tajuk je dah tahu lagu tu tak bagus untuk aqidah kita sebagai MUSLIM kan? So, berhati2lah.
Tak tahu la ape kebaikan fanatik kat artis2 Korea nie. Cik Anis tak nafikan ade yang belajar bahasa Korea melalui lagu dan movie2 Korea. Tapi bagi Cik Anis, terlampau fanatik tu tak bagus gak. Bukan ISLAM, dah tentu pendedahan aurat berleluasa dan adegan2 kurang sopan ditonjolkan dalam filem2 Korea. Filem2 diorang lak panjang berjela..ade yang sanggup tido jam 4 pagi semata2 nak abiskan semua episod. Agak2 kalau suruh solat tahajud sanggup tak?
Wassalam..
No comments:
Post a Comment