November 2, 2010

Clubbing part 2

ini bukan gambar hiasan. Tapi Al-Quran sekarang ni dah jadi perhiasan je kan?




Assalamualaikum. Sebelum2 ni aku penah post something pasal clubbing. Tu pon sebab ada seorang sahabat aku nie mintak pandangan. Kali ni aku nak sambung sikit. Sikit je, tak banyak (sebab tak ade idea, mata pon dah layu).

Tadi tetiba terjumpa satu page pasal group yang tak suka clubbing di Facebook. Aku tak klik button “like”, cuma saje jenguk2. Ramai jugak tu yang “like”..ada 3373 orang setakat ni. Eh, aku bukan nak promote page tu. Dan tak perlu la aku bagitahu apa nama group tu. Cari sendiri okey? Peace!!!

Aku pon tak faham nape orang suka pegi clubbing. Tak bingit ke?

Erk, tetiba tersirap darah bila baca statement seseorang kat page tu.

“Pergi club lagi teruk ke, atau buat maksiat?”

Astaghfirullahal’azim..jahil sungguh. Kelab malam tu kan tempat maksiat. Jejak kaki kat sana pon dah dikira maksiat la kan. Semoga ALLAH beri dia hidayah. Pihak admin pun dah tegur. Alhamdulillah.

Masjid semakin sunyi, kelab2 malam makin meriah, anak2 luar nikah makin ramai, dosa pahala ditolak tepi, bila semua dah hilang jati diri, Al-Quran hanya jadi penghias almari, tapi semua orang tak sedar kiamat dah semakin melambai2!!! Cukup ke pahala nak bawak bertemu ILAHI?

Okey itu saje. So, tak perlulah pergi clubbing. Banyak lagi cara lain untuk berhibur dan menenangkan fikiran. Bagi yang MUSLIM, banyakkanlah mengingati ALLAH.

No comments: