Assalamualaikum dan salam ukhwah..
Pernah tak jumpa orang yang ade jawatan best2 pastu sombong?
Pernah tak jumpa orang kaya pastu suka tunjuk2 keta mewah dia sambil tayang gelang emas sampai ke siku sedangkan time tu kita bawak keta buruk je?
Pernah tak jumpa kawan2 yang anggap kita bodoh sebab dia dapat dean list tiap2 semester?
Penah tak? Penah? Bagus3, nie Cik Anis nak citer sket pasal orang2 sombong. Agak2 ape hak kita nak sombong atas muka bumi ni ek? Seronok ke? Nampak megah di mata sendiri tapi hakikatnye orang memandang benci.
Untuk ape sombong dengan pakaian mahal2 tu sedangkan time mati nanti kena pakai kain kafan gak..tak de nya nak pakai branded2 nie..
Untuk ape megah2 ngan kereta mewah sedangkan nanti time mati bukan boleh bawak nak melintas titian Siratul Mustaqim. Eh, silap2 keta tu awak baru bayar tayar je. Bukan beli cash pon. Perlu ke nak belagak? Keta Cik Anis (keta ayah sebenarnye) yang buruk nie pon dah bayar abis tau. Bukan setakat bayar tayar je.
Awak dapat jawatan besar tu pon sebab dulu2 dapat jawatan kecik kan? Kalau tetiba terus dapat jawatan bos, takkan nak pandang orang bawahan pon tak sudi? Takkan nak dengar pandangan orang bawahan pon susah? Awak boleh ke duduk sorang2 kat office tu buat semua kerja? Kita hidup saling bergantung tahu?
Perlu ke anggap orang lain bodoh and awak sorang je pandai? Dean list awak tu tak boleh dijadikan ukuran bila dah grad dapat keje bagus tau? Awak tu perfect sangat ke? Serba serbi tahu? Ce cuba pam tayar keta api, cat langit, tiup matahari sampai padam. Boleh? Ah, sudah. Tak de reason awak nak belagak kat bumi ALLAH ni.
So, sedar2lah diri. ALLAH memang ciptakan kita serba kekurangan. Kalau kita perfect, apa bezanya kita dengan ALLAH, kan? Apa yang kita ada hanya pinjaman. Adat meminjam, semuanya akan diambil kembali bila tiba masanya. Time tu, kita tak punya apa2. Jom muhasabah.
“DARI MU’AZ BIN ANAS R.A: RASULULLAH S.A.W BERSABDA YANG BERMAKSUD: SESIAPA YANG MENINGGALKAN PAKAIAN YANG INDAH DENGAN TUJUAN MERENDAH DIRI KEPADA ALLAH, SEDANGKAN DIA MAMPU BERBUAT DEMIKIAN, MAKA ALLAH MEMANGGILNYA PADA HARI KIAMAT DI HADAPAN ORANG RAMAI, KEMUDIAN ALLAH MENYURUHNYA MEMILIH PAKAIAN YANG DIA SUKA DARIPADA PELBAGAI PAKAIAN ORANG YANG BERIMAN [RIWAYAT AL-TIRMIZI]”
No comments:
Post a Comment