June 3, 2010

oh, tidak!!!


Tak tahu nak mula camne nie. Rasa nak tercabut nyawa melayan masalah seorang hamba ALLAH yang tak faham bahasa ni. Aku dah “lari” jauh ke Bumi Kenyalang ni pon dia masih nak mengacau hidup aku. Salah aku juga kot yang tak tukar nombor phone. Bukan tak nak tukar tapi sayang la nombor nie. Unik. Tapi kalau dah camnie jadinya, sayang tu tolak tepi la jawabnya. Nak kena tukar nombor la pasnie.

Aku bukan apa, masalah nie rumit sangat. Kalau aku cerita pon, takut orang tak faham. Berbelit2 sampai orang yang sebelum ni tak ada kaitan pon boleh terbelit sama. Aku kesian kat orang2 yang tak bersalah. Nie masalah peribadi aku. Sebenarnya masalah ni dah selesai lama dah. Dah hampir 3 tahun camtu. Tetiba je sejak akhir2 ni dia muncul balik. Aku tak faham apa yang dia nak sebenarnya dari hidup aku.

Umur dah lanjut. Rumah dah kata pergi, kubur dah kata mari. Aku ingatkan dia dah berubah. Atau kata yang paling tepat, bertaubat. Rupa2nya masih macam dulu. Ingat2 lah sikit kat anak isteri tu. Kalau kena soal kat mahkamah ALLAH nanti camne nak jawab? Tak kan nak guna talian hayat pulak? Aku tak nak la dikatakan penyebab kepada kehancuran rumah tangga orang. Nasib baik isteri & anak2 dia memahami aku. Tak marah aku. Malah jam tangan yang aku pakai sekarang nie adalah pemberian isteri dia before aku “bawak diri” ke bumi kenyalang ni. Apa yang paling mengejutkan, aku bukanlah “mangsa” yang pertama!!! YA RABBI, pancarkanlah hidayah-MU pada dia..

Opss, aku tulis ni bukan nak aibkan dia. Bukan aku nak letak maruah siapa2 kat bawah tapak kaki aku. Aku cuma nak kita semua pandang dari sisi yang berbeza. Ambik iktibar dan fikir positif.

First, perkahwinan bukan perkara main2. Banyak tanggungjwab yang perlu dilaksanakan. Nak bagi anak isteri makan mesti sumbernya HALAL. Sebab ia akan menjadi darah daging. Kalau dah hari2 melepak kat kedai kopi sambil bincang pasal nombor ekor, apa nak jadi? Orang macam tu ke nak diharapkan memimpin bahtera rumah tangga? Memang tenggelam di lautan dunia sebelum sempat tiba ke destinasi akhirat. Tu belum soal lain2 lagi. Solat, puasa, zakat..

Second, tak rasa malu ke dengan keluarga, dengan aku. Tak pon, tak kan tak rasa malu dengan ALLAH yang sentiasa perhatikan hamba2-NYA tanpa lepas walau sesaat? Apa lagi nak tunggu? Nak tunggu sampai nyawa dah tiba kat kerongkong baru nak ucap kata taubat? Nak tunggu sang mentari muncul kat barat baru nak menangis sampai kering air mata?

Aku tak kata aku baik. Aku cuma kecewa dengan apa yang berlaku. Dia yang datang dalam hidup aku. Dan bila kebenaran dah terbukti depan mata, aku buang dia jauh2. Dan aku lakukan semua itu untuk kebaikan semua pihak dan pastinya untuk dapatkan redha ILAHI. Aku cuma kasihankan isteri dan anak2 dia. Aku dapat rasakan mereka ketandusan kasih seorang bapa dan suami.

Di kesempatan ini, aku cuma nak ucap:

Untuk isteri dan anak2nya: Terima kasih banyak2 kerana memahami dan semoga ALLAH merahmati kalian. Biarlah dunia ini bagaikan neraka bagi kamu tapi pastinya akhirat sana syurga lebih layak untuk insan2 yang sabar. Insya ALLAH.

Untuk dia: Bertaubatlah. Kasihanlah isteri dan anak2mu. Dan please jangan ganggu hidupku lagi.

Untuk ummiku sayang: Terima kasih sebab memahami anakmu ini. Terima kasih kerana berada di sisiku saat aku “hampir tak bernyawa” .

Untuk my future husband & my bro in-law: Maaf kerana menyusahkan. Hanya ALLAH dapat membalas segalanya.

Untuk sahabat2ku: Aku berterima kasih kerana korang sentiasa sudi mendengar luahan hatiku.

Untuk-MU YA RAHMAN: YA ALLAH, aku bersyukur atas ujian-MU ini. KAU jadikan aku seorang yang tabah. Alhamdulillah. Maka, kau limpahkanlah cahaya taufiq-MU kepada mereka. Aku memohon dengan segenap ragaku, jangan KAU tolak permintaanku, YA ALLAH. Amin…syukur kerana KAU menyelamatkan harga diriku.

No comments: