May 31, 2010

from my heart...

Sahabat.

Hadirmu bagai pelangi nan indah. Walau hanya seketika tapi sudah cukup membuat aku tersenyum ceria. Semua orang pernah merasai manisnya sebuah persahabatan. Dan pastinya pernah menelan pahitnya sebuah persahabatan andai ia terputus. Persengketaan, salah faham, membawa hala tuju masing2 dan bermacam2 lagi sebab untuk sebuah persahabatan yang sekian lama terjalin, terlerai akhirnya.

Aku juga punya sahabat. Sejak dari zaman kanak2 sehingga saat ini, aku sentiasa dikelilingi sahabat2 yang cukup membahagiakn. Kepada mereka lah aku berkongsi segalanya. Berkongsi suka duka, hatta berkongsi makanan pun bukan sesuatu yang janggal untuk aku dan sahabat2ku.

Saat aku berduka, mereka lah tempat aku meluah rasa keperitan. Di bahu mereka lah aku menangis. Dan tangan mereka itu lah yang tak pernah lokek menghulur pertolongan saat aku kesempitan. Belajar bersama, jalan bersama, makan bersama dan tidur bersama juga pernah. Melalui saat2 remaja yang terindah bersama mereka tak mungkin aku padam dalam lipatan memori.

Aku pernah merasai sakitnya hati dan jiwaku saat kehilangan seorang sahabat yang bagiku begitu baik. Hanya kerana hal sekecil kuman, aku dibenci. Malah fitnah disebarkan. Aku malu. Maruah dan harga diriku tercalar. Pedih hatiku bagai ditusuk belati tajam. Ternyata dia tak menerima kuntuman maaf dariku. Jatuhkah maruahmu jika memberi maaf padaku? Hina sangatkah diriku sehingga kau terasa jijik memandang mukaku? Wajarkah kesilapanku dibalas sedemikian rupa? Demi TUHAN yang mencipta langit dan bumi, aku menyayangimu sebagai seorang sahabat. Walau sehebat mana pun kebencianmu terhadapku, aku tak pernah lupa melayangkan doa buatmu selesai solat. Bagiku, sekali aku telah menjadi sahabatmu, kau tetap sahabatku sampai akhirnya.

Jika diberi pilihan antara selautan permata dan sahabat, pasti aku akan memilih sahabat. Bagiku sahabat tidak boleh dibeli di mana2. Ia adalah anugerah ALLAH yang tak ternilai. Hilangnya boleh di cari ganti tapi tak mungkin sama. Setiap sahabatku mempunyai perwatakan yang berbeza. Perbezaan itulah membuat kami unik dan menerima apa adanya tanpa rasa terpaksa.

Sahabat…mereka mewarnai duniaku. Sentiasa menjadi penyokong dan berdiri teguh di belakangku saat aku terjatuh. Menemani di sisiku saat aku memerlukan teman bicara. Menegur khilafku saat aku tersasar arah dan tersilap langkah. Menghapus air mata dukaku dengan nasihat yang tak pernah padam.

Sahabat…maafkan aku. Aku tahu banyak kata2 dan tingkah lakuku yang mengguris hati dan perasaan. Mulutku yang seperti “tak ada insurans” nie mudah sahaja menuturkan kata2 yang boleh menyakitimu. Percayalah, aku tak berniat melukakan sahabat2ku. Walau kadang kala aku tak menghulur kata maaf, itu bukan bererti aku tak menyedari dan menyesali salahku. Salahku hanya aku tebus dengan sepotong doa yang aku layangkan di hadapan ILAHI saban hari. Aku menghargai sahabat2ku cuma aku tak tahu cara menghargainya.

Aku bersyukur pada YANG MAHA AGUNG kerana dikurniakan sahabat2 yang teristimewa. Sahabat2 yang memandu aku ke jalan ILAHI, sahabat2 yang mententeramkan jiwa dan sahabat2 yang membuat kanvas hidupku penuh warna warni.

Harapanku, aku mahukan tali persahabatan ini terus terikat kukuh dan tak akan terlerai sampai syurga. Biarlah kita seiring memegang erat antara satu sama lain di dunia bahkan di akhirat sana. Biar badai apa pun yang melanda, tetaplah kita berdiri teguh umpama karang di lautan.

No comments: