March 1, 2011

"saya perlu berkahwin"

Assalamualaikum dan salam ukhwah..


gambar hiasan je nie..




"Saya perlu berkahwin,"
Jauh bezanya dengan "Saya nak berkahwin,"
Keperluan adalah perkara yang perlu dipenuhi dengan segera, kerana tanpanya, hidup tidak akan berjalan dengan baik. Sebab itu dinamakan keperluan. Manakala kehendak, perlu ditimbang dahulu baik dan buruknya, apakah kena dengan kesesuaian dan sebagainya. Kerana ia hanyalah semata-mata satu keinginan.
"Saya perlu berkahwin,"

I quote that meaningful statement from hilal asyraf …adeh, tetiba tercakap English lak. Ahaha..

Beza keperluan dan kehendak. Contohnye “saya PERLU makan ubat nie sebab saya sakit.” Padahal hakikatnye tak nak makan pon.

Contoh lain pulak. “saya NAK beli baju tu la…sweet sangat”. Padahal kalau tak beli pon tak ape. Kat umah baju2 dah penuh satu almari. Ha3. macam perli diri sendiri la pulak.

Sama macam yang saudara Hilal cakap tu. Kadang2 orang merasakan dirinya perlu berkahwin atas sebab2 yang ALLAH dan tuan punye badan je tahu. Kan3?

Kehendak biasanye dikaitkan dengan nafsu. Keperluan lebih kepada dipenuhi dengan pertimbangan akal yang rasional.

Last word, aku nak cakap jugak yang “AKU PERLU BERKAHWIN”..bukan aku NAK, tapi PERLU.

Wassalam..

No comments: