March 9, 2011

Siapa kata lelaki tak buat gangguan seksual??

Assalamualaikum dan salam ukhwah…petang tadi ade pencemaran kat U aku nie…kalau setakat pencemaran udara ngan bunyi tu memang dah biasa sangat dah coz ade construction site. Tapi nie ade kaum Adam buat pencemaran yang boleh buat kaum Hawa gugur IMAN. Silap2 orang lelaki tengok pon boleh muntah darah.

“Encik, boleh tutup punggung encik dengan baik?”

Nak je aku tegur camtu..tapi sebab dah shock punye pasal, terus aku palingkan kepala tengok tempat lain. Aduh, susah sangat ke nak pakai seluar elok2? Terlondeh sana sini. Duduk pulak kat tempat laluan student. Rasa geram gak kat pekerja construction site tu tadi.

Lagipun itu bukan tempat mereka rehat apatah lagi melepak. Aku rasa terganggu. Nak je aku saman sebab dia buat gangguan seksual.

Actually aku pernah nampak yang lebih teruk dari tu. So, sangat2 mencemarkan pemandangan betul la. Tak pasal2 aku macam dah lupa apa yang aku belaja dalam klass tadi. Ish, maksiat memang menggelapkan hati!!!

Kepada kaum ADAM, stop la pakai seluar londeh2 tu. Bukan macho pon.

Wassalam..
cuba tengok macam ayah aku nie..kan macho pakai camnie..
^_^

No comments: