March 7, 2011

Bercakap dengan jin –Part one

Assalamualaikum dan salam ukhwah..

Semalam 6 mac 2011 aku menghadiri satu seminar Ruqyah Syar’eyyah : Membongkar rahsia alam jin dan sihir.

Actually aku macam blur sikit pasal seminar tu. Sahabat aku yang ajak pergi. Aku ade baca poster dia kat papan notis tapi tak ade pulak kat poster tu tulis pasal jin ngan sihir. So, memang tak ade persediaan mental fizikal langsung bila pergi seminar tu. Sebelum nie memang tak pernah dengar pasal Ruqyah Syar’eyyah.

Disebabkan nie baru Part One, aku akan tulis intro dulu..tangan pon masih menggigil gara2 bercakap ngan jin semalam..nak pengsan dibuatnye..isk3..nanti aku akan cerita lebih detail.

Ruqyah = jampi/bacaan

Syar’eyyah = secara syarak

So, dalam erti kata lain Ruqyah Syar’eyyah adalah rawatan secara ISLAM menggunakan ayat2 suci AL-QURAN. Ala, yang macam Ustaz Haron Din buat tu.

Seminar dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu sesi ceramah dan amali. Part amali paling mendebarkan dan mencabar. Tapi belum tiba part amali lagi jin dah datang merasuk seorang peserta wanita. Kasihan budak junior tu. Jin ISLAM ade, jin kafir pon ade dalam badan dia. Jin kafir tu dah jatuh cinta ngan junior tu. Adui la,,leh pulak jatuh cinta..Mula2 aku memang terkejut coz tak pernah tengok orang histeria atau kena rasuk depan mata. Tapi aku beranikan diri datang dekat2 pesakit tu. Dapat gak tengok dengan jelas Ustaz2 berinteraksi dengan jin2 tersebut.

Erk, time nie aku belum bercakap lagi ngan jin yang masuk dalam badan salah seorang peserta seminar. Time aku berpeluang tu masa dah nak abis seminar. So, nanti aku akan cerita.

Bersambung ke part two nanti ye..

Maaf entry ini tak de gambar coz aku tak ambik gambar langsung. Aku tak leh nak concentrate bila dah sibuk snap gambar. Aku akan cuba dapatkan gambar2 dari peserta2 lain. INSYA ALLAH.

Wassalam..

No comments: