April 30, 2011

B I A S


Assalamualaikum dan salam ukhwah..

Nie nak citer sikit tentang bias a.k.a tak adil..apa nak buat bila ade lecturer bias tak nak bagi markah yang sepatutnye kita dapat? Sebabnye hanya kerana kita tak bergedik2 dengan dia? Atau tak rajin bwk buah tangan a.k.a merasuah?

Selagi Cik Anis masih mengakui azab kubur itu benar dan ALLAH itu MAHA MELIHAT, takkan Cik Anis sesekali mencemar duli eh, silap..mencemar maruah diri semata2 nak dapat markah tinggi. Tapi memang terkilan dengan segelintir lecturer yang tak berintegriti camtu…

Bila Cik Anis citer benda nie kat sorang sahabat Cik Anis, dia cakap maybe lecturer tu dulu penah alami benda yang sama..nie kira macam balas dendam la..entah, Cik Anis tak tahu nak komen apa.

Terkilan sangat2 bila jadi camnie..Cik Anis dah buat semua assignment dia ikut apa yang dia nak. Siap tunjuk draf lagi. Tapi…???????

Cik Anis tengah fikir cara terbaik nak sedarkan dia dengan cara terhormat. Ye la, walau ape pon dia tetap lecturer Cik Anis. Cik Anis tak nak junior2 Cik Anis alami perkara yang sama…

Kalau nak cerita memang panjang berjela. Disebabkan Sejernih Salju bukan blog umpat mengumpat menambah dosa, maka sama2 la kita ambik yang jernih..biar la hanya ALLAH yang membalasnya..

Semoga dia diberi petunjuk ALLAH…amin..

“setiap orang takkan terlepas balasan di akhirat”

April 17, 2011

Tak sensitif langsung !!!

Assalamualaikum dan salam ukhwah..

Cik Anis bakal berlepas ke Johor Isnin nie..syukur sangat2 sebab ummi ngan ayah Cik Anis belikan tiket baru gara2 Cik Anis silap booked tiket flight aritu..

Sebelum Sejernih Salju kembali bersawang (kat kampung tak de wifi free..he3) sebab Cik Anis akan bercuti seminggu and terus ada final exam, Cik Anis nak kongsi something..

Situasi 1:

Cik Y: Saya nak makan..eh, awak puasa ye?

Cik Anis : (alamak, ape nak jawab nie?) errr, nape?

Cik Y: Mana la tahu awak puasa sunat.

Cik Anis: (terkejut) Eh, awak tahu pasal puasa sunat?

Cik Y: mestilah, kita mesti alert bah.

Situasi 2:

Cik Anis: Eh, u dari mana?

Cik J: (pelik) nape? I nak pergi hantar Final Year Project i..

Cik Anis: tak de la,, u pakai baju kurung..nampak ayu.

Cik J: biasalah, hari nie kan hari jumaat. Sebab tu la I pakai baju kurung.

Note: Cik Y dan Cik J adalah non-muslim/ Kristian.

Apa yang Cik Anis nak sampaikan kat sini simple je. Selalu Cik Anis perhatikan, orang non-muslim lebih sensitive dan tahu nak hormat apa yang boleh dan tak boleh dalam ISLAM. Untuk situasi 1, time tu memang Cik Anis puasa. Tapi Cik Anis tak nak cakap yang Cik Anis puasa sebab tak mahu dia terpaksa pindah tempat lain gara2 nak hormat Cik Anis yang tengah puasa. Tapi orang yang sedia lahir ISLAM, jarang nak hormat orang tengah puasa. Eh, ape nak pelik? Dalam bulan ramadhan je ramai yang tak puasa. Tapi mengaku ISLAM. ISLAM tapi tak berIMAN..camtu ke?

Situasi 2 tu pulak Cik Anis agak terpana bila dia tahu nak hormat hari Jumaat. Hari2 lain dia agak seksi. Selalu Cik Anis perhati (asyik perhati je Cik Anis nie, tak de ayat lain ke?) ramai je pakai seksi2 time hari Jumaat. Tak de pon nak hormat2 camtu.

Apa yang Cik Anis nak sampaikan kat sini adalah di mana sensitivity kita sebagai orang ISLAM. Kalau non-muslim tahu nak hormat agama kita, kenapa kita tak mampu nak hormat agama kita sendiri? Nak puasa, solat, tutup aurat dengan sempurna..susah ke?

“SESETENGAH PERKARA MENJADI SUSAH BILA KITA FIKIR IANYA SUSAH”

Wassalam..

April 14, 2011

Silap atau tersilap?

Assalamualaikum dan salam ukhwah..

Semalam Cik Anis dengan susah payahnye pegi isi duit kat bank sebab nak beli tiket flight. Beli online je senang.

Bila dah beli tu rasa lega tapi tetiba tergerak lak nak check balik details. Erk, alamak, tersilap beli la pulak. Cik Anis beli tiket dari Johor ke Kuching and dari Kuching ke Johor. Oh, no!!!

Patutnya Cik Anis beli dari Kuching ke Johor and dari Johor ke Kuching. Aduh, tragis sungguh. Niat di hati nak balik umah sebab ade hal keluarga yang mesti diselesaikan. Abis terbang RM168 duit Cik Anis..

Sedih sangat2.

Mungkin Cik Anis kena lebih hati2 pasnie. Nampaknya ALLAH tak izinkan Cik Anis balik umah.

Wajah ayah ngan ummi kat kampung terpaksa Cik Anis padamkan sementara dari ingatan..stress dibuatnye..

Selama 3 tahun berkecimpung dalam dunia pembelian tiket, nie la kes pertama terjadi camnie..(ayat skema la pulak..)..

Sedih, if Cik Anis kaya, leh gak beli tiket baru..duit kat bank pon dah hampir kering..(so, batalkan la niat nak rompak Cik Anis..hu3)..

So, sapa2 please la sponsor tiket Cik Anis nak balik…. :(

“KADANG2 MASALAH DATANG KERANA DIUNDANG”

Wassalam..