April 17, 2011

Tak sensitif langsung !!!

Assalamualaikum dan salam ukhwah..

Cik Anis bakal berlepas ke Johor Isnin nie..syukur sangat2 sebab ummi ngan ayah Cik Anis belikan tiket baru gara2 Cik Anis silap booked tiket flight aritu..

Sebelum Sejernih Salju kembali bersawang (kat kampung tak de wifi free..he3) sebab Cik Anis akan bercuti seminggu and terus ada final exam, Cik Anis nak kongsi something..

Situasi 1:

Cik Y: Saya nak makan..eh, awak puasa ye?

Cik Anis : (alamak, ape nak jawab nie?) errr, nape?

Cik Y: Mana la tahu awak puasa sunat.

Cik Anis: (terkejut) Eh, awak tahu pasal puasa sunat?

Cik Y: mestilah, kita mesti alert bah.

Situasi 2:

Cik Anis: Eh, u dari mana?

Cik J: (pelik) nape? I nak pergi hantar Final Year Project i..

Cik Anis: tak de la,, u pakai baju kurung..nampak ayu.

Cik J: biasalah, hari nie kan hari jumaat. Sebab tu la I pakai baju kurung.

Note: Cik Y dan Cik J adalah non-muslim/ Kristian.

Apa yang Cik Anis nak sampaikan kat sini simple je. Selalu Cik Anis perhatikan, orang non-muslim lebih sensitive dan tahu nak hormat apa yang boleh dan tak boleh dalam ISLAM. Untuk situasi 1, time tu memang Cik Anis puasa. Tapi Cik Anis tak nak cakap yang Cik Anis puasa sebab tak mahu dia terpaksa pindah tempat lain gara2 nak hormat Cik Anis yang tengah puasa. Tapi orang yang sedia lahir ISLAM, jarang nak hormat orang tengah puasa. Eh, ape nak pelik? Dalam bulan ramadhan je ramai yang tak puasa. Tapi mengaku ISLAM. ISLAM tapi tak berIMAN..camtu ke?

Situasi 2 tu pulak Cik Anis agak terpana bila dia tahu nak hormat hari Jumaat. Hari2 lain dia agak seksi. Selalu Cik Anis perhati (asyik perhati je Cik Anis nie, tak de ayat lain ke?) ramai je pakai seksi2 time hari Jumaat. Tak de pon nak hormat2 camtu.

Apa yang Cik Anis nak sampaikan kat sini adalah di mana sensitivity kita sebagai orang ISLAM. Kalau non-muslim tahu nak hormat agama kita, kenapa kita tak mampu nak hormat agama kita sendiri? Nak puasa, solat, tutup aurat dengan sempurna..susah ke?

“SESETENGAH PERKARA MENJADI SUSAH BILA KITA FIKIR IANYA SUSAH”

Wassalam..

No comments: