April 30, 2011

B I A S


Assalamualaikum dan salam ukhwah..

Nie nak citer sikit tentang bias a.k.a tak adil..apa nak buat bila ade lecturer bias tak nak bagi markah yang sepatutnye kita dapat? Sebabnye hanya kerana kita tak bergedik2 dengan dia? Atau tak rajin bwk buah tangan a.k.a merasuah?

Selagi Cik Anis masih mengakui azab kubur itu benar dan ALLAH itu MAHA MELIHAT, takkan Cik Anis sesekali mencemar duli eh, silap..mencemar maruah diri semata2 nak dapat markah tinggi. Tapi memang terkilan dengan segelintir lecturer yang tak berintegriti camtu…

Bila Cik Anis citer benda nie kat sorang sahabat Cik Anis, dia cakap maybe lecturer tu dulu penah alami benda yang sama..nie kira macam balas dendam la..entah, Cik Anis tak tahu nak komen apa.

Terkilan sangat2 bila jadi camnie..Cik Anis dah buat semua assignment dia ikut apa yang dia nak. Siap tunjuk draf lagi. Tapi…???????

Cik Anis tengah fikir cara terbaik nak sedarkan dia dengan cara terhormat. Ye la, walau ape pon dia tetap lecturer Cik Anis. Cik Anis tak nak junior2 Cik Anis alami perkara yang sama…

Kalau nak cerita memang panjang berjela. Disebabkan Sejernih Salju bukan blog umpat mengumpat menambah dosa, maka sama2 la kita ambik yang jernih..biar la hanya ALLAH yang membalasnya..

Semoga dia diberi petunjuk ALLAH…amin..

“setiap orang takkan terlepas balasan di akhirat”

No comments: