May 5, 2011

Perang sudah tamat


pic ambik dari pakcik Google..


Assalamualaikum dan salam ukhwah..

Semalam Cik Anis dah abis final exam..alhamdulillah..memang macam2 dugaan sem nie..sibuk buat thesis, housemate bising sampai ke pagi..macam2..perang final exam dah tamat untuk sem nie..

Rasa menderita pun ade..bukan senang nak kekalkan dan naikkan pointer tiap2 sem..

Lepas nie ramai yang dah grad..Cik Anis je ade lagi 1 sem..3 subjek je lagi tak ambik. Isk3..

Kepada sahabat2 yang bakal grad awal, Cik Anis doakan mereka semua berjaya dalam bidang masing2. jangan lupa jemput kalau nak walimah nanti ek..jauh2 pon Cik Anis datang..insya ALLAH..now everyone can fly kan? Hu3

Okey 10hb nie Cik Anis dah nak balik kampung lagi..

16 Mei nanti dah masuk kerja a.k.a latihan industri..takut la pulak..hope dapat penyelia yang baik hati..

Cik Anis tengah cari idea nak tulis entri berfaedah kat Sejernih Salju..gara2 final exam, otak pon macam dah tak berfungsi je..

“OTAK LEBIH HEBAT DARI KOMPUTER KERANA OTAK BOLEH MENCIPTA KOMPUTER TETAPI KOMPUTER TAK BOLEH MENCIPTA APATAH LAGI MENANDINGI OTAK..TAPI WALAU APA PON, ALLAH LAGI HEBAT KERANA DIA YANG MENCIPTA OTAK”

Wassalam..

No comments: