July 1, 2010

aku, dia dan cinta



1 Julai 2010 bersamaan 18 Rejab 1431H…

Sedih.

Aku bersyukur kerana DIA sudi mendengar rintihan dan doaku saban hari. Walaupon aku hamba yang banyak membuat khilaf dan dosa, aku rasa bersyukur kerana permintaanku yang satu itu ditunaikan. Alhamdulillah, tiada apa yang mampu aku lafazkan melainkan rasa syukur yang tak berbelah bagi.

Tapi terselit gak rasa sedih dan pilu. Sebenarnya ALLAH makbulkan doaku saat aku benar2 dah berputus asa. Mula2 dulu tak nak perkara tu terjadi. Takut lah, nervous lah, macam2 la. Sekarang apa dah jadi? Padan muka aku.

Okey2 pejam mata, tarik nafas dalam2 dan hembus!!! Lega sikit. Istighfar banyak2. Mengingati ALLAH hati akan jadi tenang. Bukan senang nak terima takdir TUHAN. Apa pon mesti kena terima. Percaya pada qada’ dan qadar itu kan termasuk dalam Rukun Iman.

Fikir positif, pandang kehadapan. Aku sudah nampak hikmahnya. Alhamdulillah…semoga aku tabah meniti hari2 mendatang. YA RABBI, semoga aku dapat harungi segala badai tanpa secalit rasa sesal.

Sabarlah wahai hati. Aku serahkan pada-NYA atas segala sesuatu.

Bukan senang nak redha kan?

“Akanku genggam bara cinta ini sampai syurga. Biar berjuta panah dunia datang menerjah, akanku tepis dengan perisai sabar dan tabahku..”


No comments: