July 9, 2010

Ceritera semester baru...


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Assalamualaikum dan salam ukhwah...

Sebelum start busy minggu depan, aku nak update blog tercinta ni. Minggu depan dah mula kuliah. Dah third year dah. He3. Diam tak diam dah masuk tahun ke 3 aku berjauhan dari keluarga demi secebis ilmu di bumi TUHAN ni. Macam baru semalam je Minggu Aluan Pelajar (MAP). Time menaip nie pon aku tengah pening kepala dok dengar budak2 junior tu wt cheers. Hampir terputus idea nak menaip. Ni la bahana dapat bilik kat blok yang paling dekat dengan dataran kolej. Nasib baik hari nie last day. Fuh, lega. Ceh, macam aku pulak yang berorientasi. Hu3.

Aku menanti kedatangan Isnin dengan penuh debaran. Walau apa pon berita dan keputusan yang bakal aku peroleh, ia bakal mengubah sebahagian besar kehidupan aku. Tapi aku harap ia bukanlah satu berita yang tak nak aku dengar. Tapi kalau dah takdir, aku terima. YA ALLAH, permudahkanlah..amin~~

Isnin gak aku akan mula sibuk dengan kelas. Semester nie amat mengerikan sket. Tahun nie ade Projek Tahun Akhir (PTA). Tu yang takut tu. 21 jam kredit aku kena ambik. Ditambah dengan jadual yang tak best tu. Aku paling tak suka ade kelas waktu malam. Pastu esoknye kena bangun awal2 pagi untuk ke kelas. Aku ni bukan boleh lasak sangat. Bahaya untuk kesihatan.



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Tapi aku tak sabar nak menanti kemunculan hari Rabu. Masa untuk bertaekwondo!!! Yeah, bestnye..dah lama tak bersenam, keluarkan peluh. Badan pon dah naik lesu. Nak wat camne, aku bukan suka sukan2 outdoor nie. Aku lebih suka indoor punye sukan. Tak tahu la kenapa. Emm, lama dah tak main bowling. Ada rezeki nanti akanku serbu pusat bowling UNIMAS tu.



nie pic lama (sem lepas)..
aritu dah g upgrading..alhamdulillah dh naik belt.. :)


Last sekali, aku nak wt sesuatu. Semoga dipermudahkan. Sebenarnya ini perkara pertama. Cuma aku saje letak last2 kt sini. Ye, perkara pertama yang mesti aku buat sebelum ape yang aku tulis kat atas tu. Aku cuma berdoa agar diberi kekuatan dan ketabahan.

Apa pon, aku akan buat yang terbaik demi masa depan aku. ALLAH tak kan uji aku dengan sesuatu yang aku tak mampu. Maka, aku akan berusaha sehabis tenaga. Selagi TUHAN masih sudi meminjamkan nyawa untuk aku, insya ALLAH aku tak kan sesekali mengalah.

Doakan ye!!!

No comments: