May 8, 2011

semua orang nak post benda yang sama..


assalamualaikum dan salam ukhwah..

semua orang nak cakap tentang Hari Ibu..Cik Anis tak wish pon kat ummi Cik Anis..Cik Anis hantar SMS mintak duit lagi ade la..hu3..duit takde nak siapkan thesis..

ape pon, tiap2 hari adalah Hari Ibu..sayang kat mak mesti la hari2...mak yang lahirkan kita, sabar dengan perangai kita yang nakal, suka sepah2kan barang mainan time kecik2 dulu..suka sangat makan nasik tak abis, sudahnye mak yang kena habiskan,,tu sebab mak makin tembam kan?

Cik Anis memang sayang sangat2 kat ummi Cik Anis..ummi la satu2nya orang yang percaya kat Cik Anis kalau ade apa2 berlaku. Ummi kalau masak memang sedap. Kadang2 tu Cik Anis pelik gak. Try masak guna bahan2 yang sama macam yang ummi selalu masak. Tapi rasa tetap tak sama sedapnye macam yang ummi masak. Padahal Cik Anis masak baca doa gak..mungkin berkat seorang ibu kot. Nie yang Cik Anis tak sabar nak jadi ibu nih..heeee..tetiba je kan.

"Nape kena panggil ummi? nape tak panggil mak?"

Cik Anis penah tanye soalan camtu kat ummi. Ye la, pelik gak tengok kawan2 Cik Anis tak panggil mak diorang "ummi".

"ummi tu kan bahasa arab, bahasa syurga"
tu la jawapan ringkas ummi..moga2 ummi tergolong dalam kalangan penghuni syurga..amin..



May 5, 2011

Perang sudah tamat


pic ambik dari pakcik Google..


Assalamualaikum dan salam ukhwah..

Semalam Cik Anis dah abis final exam..alhamdulillah..memang macam2 dugaan sem nie..sibuk buat thesis, housemate bising sampai ke pagi..macam2..perang final exam dah tamat untuk sem nie..

Rasa menderita pun ade..bukan senang nak kekalkan dan naikkan pointer tiap2 sem..

Lepas nie ramai yang dah grad..Cik Anis je ade lagi 1 sem..3 subjek je lagi tak ambik. Isk3..

Kepada sahabat2 yang bakal grad awal, Cik Anis doakan mereka semua berjaya dalam bidang masing2. jangan lupa jemput kalau nak walimah nanti ek..jauh2 pon Cik Anis datang..insya ALLAH..now everyone can fly kan? Hu3

Okey 10hb nie Cik Anis dah nak balik kampung lagi..

16 Mei nanti dah masuk kerja a.k.a latihan industri..takut la pulak..hope dapat penyelia yang baik hati..

Cik Anis tengah cari idea nak tulis entri berfaedah kat Sejernih Salju..gara2 final exam, otak pon macam dah tak berfungsi je..

“OTAK LEBIH HEBAT DARI KOMPUTER KERANA OTAK BOLEH MENCIPTA KOMPUTER TETAPI KOMPUTER TAK BOLEH MENCIPTA APATAH LAGI MENANDINGI OTAK..TAPI WALAU APA PON, ALLAH LAGI HEBAT KERANA DIA YANG MENCIPTA OTAK”

Wassalam..

April 30, 2011

B I A S


Assalamualaikum dan salam ukhwah..

Nie nak citer sikit tentang bias a.k.a tak adil..apa nak buat bila ade lecturer bias tak nak bagi markah yang sepatutnye kita dapat? Sebabnye hanya kerana kita tak bergedik2 dengan dia? Atau tak rajin bwk buah tangan a.k.a merasuah?

Selagi Cik Anis masih mengakui azab kubur itu benar dan ALLAH itu MAHA MELIHAT, takkan Cik Anis sesekali mencemar duli eh, silap..mencemar maruah diri semata2 nak dapat markah tinggi. Tapi memang terkilan dengan segelintir lecturer yang tak berintegriti camtu…

Bila Cik Anis citer benda nie kat sorang sahabat Cik Anis, dia cakap maybe lecturer tu dulu penah alami benda yang sama..nie kira macam balas dendam la..entah, Cik Anis tak tahu nak komen apa.

Terkilan sangat2 bila jadi camnie..Cik Anis dah buat semua assignment dia ikut apa yang dia nak. Siap tunjuk draf lagi. Tapi…???????

Cik Anis tengah fikir cara terbaik nak sedarkan dia dengan cara terhormat. Ye la, walau ape pon dia tetap lecturer Cik Anis. Cik Anis tak nak junior2 Cik Anis alami perkara yang sama…

Kalau nak cerita memang panjang berjela. Disebabkan Sejernih Salju bukan blog umpat mengumpat menambah dosa, maka sama2 la kita ambik yang jernih..biar la hanya ALLAH yang membalasnya..

Semoga dia diberi petunjuk ALLAH…amin..

“setiap orang takkan terlepas balasan di akhirat”