February 26, 2011

pencarian sweet couple..nak makan api neraka?



Assalamualaikum dan salam ukhwah..

Suddenly aku rasa macam nak penampar sorang2 sape2 yang join benda2 lagha camtu. Sebab yang join tu couple ISLAM. Tak tahu hukum? Hidayah tak sampai? Tak de orang nasihat? Kurang penghayatan agama?

Aku tak boleh la nak blame mereka tu tak mencari hidayah TUHAN. Siapa tahu kan? Aku pon tak kenal diorang. So, aku tak de hak nak judge atau nak marah mengkhinzir buta (bagi sedap sikit perkataan tu).


So, siapa la yang create activity tak berfaedah tu. Buat la pencarian mak bapak yang sweet ke..best jugak..

Mungkin kejahilan mereka disebabkan kita jugak yang tak nak menegur. Jangan sampai kita masuk neraka sebab tak mencegah yang mungkar.

Ape pon, yang haram tetap haram lain la kalau mereka nikah..semoga mereka beroleh hidayah-MU YA ALLAH…amin..

Last word, aku benci kemungkaran!!!



Cerita copy paste

assalamualaikum dan salam ukhwah...bila aku kata akan jarang2 update, suddenly traffic kat Sejernih Salju jadi sesak..pelik. Untuk tidak menghampakan pelawat2 yang sesak kat traffic tu, aku ade something untuk semua..

Aku nak story mory satu citer tapi citer nie copy paste je..of course dengan kebenaran cik Nur Syafiqah..thanks ye Syafiqah..

~ kisah Mat Rempit ~

Zaki seorang Mat Rempit sejati. Dia sanggup tidak bekerja semata-mata untuk menjadi Mat Rempit sepenuh masa. Kerjanya setiap hari hanyalah menunggang motor secara berbahaya di jalan-jalan sekitar kampungnya sambil menyergah dan mengurat anak anak gadis di kampungnya.

Pada suatu hari, malang tidak berbau, Zaki terlibat di dalam satu kemalangan di hadapan kubur cina kampungnya. Akibat terkejut, Mak Limah yang kebetulan di dalam lori yang disergah oleh Zaki telah melatah sehingga tangannya membaling sebatang lembing tepat-tepat terpacak di dahi Zaki sehingga tembus ke belakang tengkuk Zaki.

Bergegas Pak Amin ayah Zaki ke hospital sebaik sahaja mendapat berita tentang anaknya yang cedera itu. Sebaik sahaja sampai di hospital, Pak Amin bertanya kepada Doktor tentang keadaan anaknya,

Pak Amin: Bagaimana keadaan anak gua doktor?
Doktor: Harap bertenang Pak Cik, anak pakcik cedera parah.

Pak Amin: Bagaimana keadaan kecederaannya Doktor?
Doktor: Sebatang lembing terpacak di dahi anak Pak Cik tembus ke belakang tengkuknya. Kami takut sekiranya lembing itu terkena otaknya, anak pak cik boleh mati.

Pak Amin: Kalau tak terkena otak dia, dia mati tak doktor?
Doktor: Kalau tak kena tak matilah! Tetapi dalam keadaan sekarang keadaan itu adalah mustahil.

Pak Amin: Oh begitu.... Alhamdulillah selamat anak gua...
Doktor: Kenapa pak cik? Pak Cik tak bimbang ke lembing tu terkena otaknya?

Pak Amin: Anak saya tu Mat Rempit Doktor, Mat Rempit mana ada otak!


p/s : janganlah merempit ~ banyak buruk dari baiknya, eh, silap2, tiada baik selain buruknya ! ~ (^_^) ♥


itu la adenye...sekian wassalam..

February 20, 2011

to all bloggers..

Assalamualaikum dan salam ukhwah. Tu ayat yang biasa aku mulakan sebelum mulakan apa2 entry kat Sejernih Salju. Supaya semua pelawat2 Sejernih Salju sentiasa sejahtera.

Ade beberapa perkara nak nyatakan kat sini:

First, aku akan jarang update since aku busy dengan midterm, assignments, lab, discussion, makan, tido, solat…

Second, aku akan buat perubahan pada Sejernih Salju. Dari segenap sudut, template, entry, bla bla bla..senang cerita, semua..INSYA ALLAH dalam bulan Mac atau April sebab time tu tak busy sangat (ye ke? Ye kot.)

Third, aku nak mintak maaf pada semua yang sudi singgah kt blog aku yang tak seberapa nie. Eh, patut nye berterima kasih. Ade pulak mintak maaf. Ha3 betul la minta maaf sebab nanti aku dah jarang2 update.

Itu saje. Doakan semua urusan aku dipermudahkan..

wassalam..