January 31, 2011

Dia dah solat !!!


Assalamualaikum dan salam ukhwah..

Semalam aku rasa macam nak pengsan. Terkebil2 memandang dia. Aliran darah bagai nak terhenti. Syukur denyut nadi masih ade.


Housemate tercinta solat!!! Dah masuk dua semester aku serumah ngan dia. Nie la first time aku nampak dia solat. Gembiranya hati aku hanya ALLAH yang tahu. Ye la kan, selama nie aku rasa hidup dalam keadaan berdosa sebab tak mampu nak tegur dia. Lemahnya IMAN aku..isk3, ampuni aku YA ALLAH..


Nak tahu ape aku buat? Aku tampal nota besar2 kat dinding bilik aku. Nota tentang Nabi Muhammad S.A.W kata bahawa jika meninggalkan solat kita akan memasuki sempadan kafir. Tu pon puas aku cari ilham nak tegur dia. Takut salah tegur nanti lain pulak jadinya. Serve internet siang malam sejak semester lepas. Baca blog2 Islamik. Syukur ALLAH membantu.


Bukan senang nak berubah ke arah kebaikan. Even tak cukup lagi 5 waktu sehari semalam, perubahannya cukup membuat aku mengucap syukur tak putus2 ke hadrat-NYA.


Semoga dia terus istiqamah.

Semoga ALLAH membimbing langkahnya.

AMIN..






January 22, 2011

Puisi cintan cintun

Assalamualaikum dan salam ukhwah.

Aku kembali lagi dengan puisi kedua. Entah, tetiba dapat ilham. So, terimalah puisi keTUHANan nie..


Tak pernah lelah aku berlari

Mengejar dambaan jiwa

Mengulit rindu dalam dakapan

Mengusung derita dalam sujud

Melampias hasrat saat bicara

Menutur kasih berbunga rindu

Mengait harapan yang kurasakan sirna

Membenam mazmumah menjadi mahmudah

Melontar rantaian egois yang membelit raga

Tiada sempat aku menamatkan rasa

Menahan gelora lautan hati

Aku terkaku

Mati

(21 Januari 2011 / 16 Safar 1432H)



January 19, 2011

Mutiara Jiwa


Assalamualaikum..

Kali nie aku tak nak membebel atau beremosi yang bukan2. Cuma nak kongsi beberapa mutiara jiwa buat pelawat2 Sejernih Salju.

:: Pandanglah 1 kebaikan orang lain berbanding 10 kejahatannya ::

:: Tinggalkanlah hari semalam dengan syukur, tempuhilah hari ini dengan tabah dan menantilah hari esok dengan harapan ::

:: Tidak ada manusia yang dilahirkan bodoh. Tetapi kita dicipta dengan kelebihan berbeza :: (tak tahu dapat kat mana ayat nie..lupa dah).

:: Biar patah cincin, jangan patah hati!!! ::

:: Lihatlah sesuatu dengan mata hati dan bukan melihatnye dengan mata sahaja,,,nilailah sesuatu perkara dengan akal fikiran dan bukan dengan otak kosong,,,dan terimalah sesuatu ketetapan ILAHI itu dengan jiwa terbuka dan bukan dengan hati yang beku ::

:: Tak perlu menunggu sempurna untuk menasihati orang lain kerana kita takkan pernah jadi sempurna ::

:: Sabar adalah jalan terbaik bagi segala kesulitan. Bukankah ALLAH bersama2 orang2 yang sabar? ::

:: Berusaha untuk bahagia kerana kebahagiaan takkan datang bergolek ::

:: Bersyukurlah bila ditimpa ujian TUHAN kerana dunia ini pasti suram tanpanya. Ibarat masakan tanpa garam. Tawar kan? ::

:: Bersikap positiflah walaupun anda melihat bagaikan tiada harapan langsung di hadapan. Sekurang2nya anda tidak berputus asa dengan rahmat TUHAN ::

:: Menghayati apa yang dilakukan selama sesaat lebih baik daripada membuat sesuatu sambil lewa selama satu jam ::

:: Memberi tanpa mengharap balasan itu lebih baik kerana kita takkan berasa sakit hati apabila pemberian kita tidak dibalas ::

:: Senyumlah walaupun dihimpit duka ::

:: Kecantikan bukanlah diukur dari raut wajah tetapi dinilai dari ketinggian akhlak dan pekerti ::

Tamat sudah..insya allah akan ada sambungannya..rajin2 melawat blog nie okey..salam sayang dan wassalam..