June 18, 2010

welcome, welcome, welcome!!!


Assalamualaikum…

Cuma nak kongsi apa yang aku buat hari selasa semalam. Emm.. first time adik aku, Muaz menjejakkan kaki ke Bumi Kenyalang ni. Naik flight macam rasa nak pekak telinga. Kesian dia. Datang sorang2 sebab tiket flight dah terlalu mahal. Sekarang musim orang “sakit poket”, jadi terpaksalah ummi ngan ayah lepaskan dia sorang2.

Dengan bantuan Wan dan Deva as a driver, dapat la juga adikku itu selesaikan urusan pendaftaran dia untuk program asasi kt UNIMAS ni. Fara yang jadi peneman aku semalam pon banyak membantu. Thanks juga pada abg Hafiz sebab sudi jadi saksi untuk isi segala macam jenis borang dia tu. Sampai lenguh tangan nak isi.

Belum2 lagi dia dah komplen tentang cuaca yang panas. Baru hari first dia dah dapat rasa perbezaan antara Sarawak dan semenanjung. Nasib la kan. Dapat juga dia mengelilingi satu UNIMAS nie. Terkilan aku tak dapat tengok keadaan bilik dia. Sebab kolej lelaki tu kawasan larangan bagi pelajar pempuan. Kalau dia datang time minggu orientasi aritu boleh juga aku tengok. Tapi sampai saat aku tulis ni dia tak ade “bising2” pon. Maknanya ok la tu.

Ummi ngan ayah kat kampung risau sangat bila banyak hal yang tak selesai. Alhamdulillah semuanya dah dapat diselesaikan dengan baik. Dia pon dah mula attend kelas dan pastinya assignment dah mula menimbun!!!

Hope proses pembelajaran dia dipermudahkan.

Amin~~











June 13, 2010

Bila ada masalah...





Assalamualaikum dan salam ukhwah.

Ada orang cakap muka aku berseri-seri..selalu senyum. Hidup mesti la kena hepi kan. Orang selalu cakap, kalau selalu senyum nanti boleh awet muda.

Sebenarnya aku rasa bahagia. Tu je. Even ada masalah berat pon, aku still cari peluang untuk ketawa atau senyum. Perasaan sedih tu kadang2 kita tak boleh nak layan sangat. Hidup memang akan ada banyak masalah. Semua kena diselesaikan dan kita tak boleh nak lari dari masalah. Semakin jauh kita lari, semakin banyak masalah yang akan timbul.

Ada kawan Facebook aku cakap, kita tak boleh lari dari masalah,,,tapi kita cuma boleh sembunyi daripada masalah. Aku tertanya2 dengan kenyataan dia tu. Kalau sembunyi dari masalah, boleh selesai ke masalah tu?

Minggu ni agak pening. Satu masalah belum selesai, masalah yang lain pulak timbul. Tak pe, semua tu mengajar aku erti kedewasaan. Aku belajar camne nak wat keputusan dalam masa yang singkat. Payah memang payah. Tapi ALLAH takkan uji hamba2-NYA dengan sesuatu yang kita tak mampu. So, maksudnye aku mampu nak hadapi semua dugaan yang berlaku. Fighting!!!

Fikir, analisa dan bertindak!!!

Dulu kalau aku ada masalah, aku akan cepat gelabah. Sekarang dah okey sket. Tak kan la aku nak selama2nya camtu kan. Sekarang aku boleh cool lagi sebab tiap masalah akan ada jalan penyelesaian. Kalau gelabah, satu apa pon tak boleh fikir. Makin serabut kepala.

So, this week sampai minggu depan aku kena uruskan hal keluarga. Macam2 hal terjadi. Tapi aku percaya semua tu ada hikmah yang ALLAH belum nak tunjuk.

Akhir kata, kalau rasa sedih, cari la sesuatu yang boleh wat kita senyum atau ketawa.

Wassalam.

June 11, 2010

aku dalam dilema


Beberapa hari kebelakangan ni aku agak tertekan. Atau dalam kata lainnye, aku dalam dilema yang membuat aku agak stress. Banyak benda yang perlu difikirkan sebelum apa2 keputusan diambil. Rasa macam nak pitam je ni. Kalau diikutkan hati, aku malas nak fikir. Tapi bila keadaan dah jadi agak menekan, aku rasa aku perlu fikir tentang perkara tu dalam2.

Apa yang sering terlintas kat fikiran bila dalam dilema cuma satu solution je. Solat Istikharah. Tu memang betul. Setiap masalah dan ujian adalah dari ALLAH. So, kepada DIA lah sebaik2 tempat untuk memohon petunjuk. Tapi aku tak mahu jump to the conclusion before aku usaha. Dalam Kitab Suci-NYA pon ALLAH slalu tekankan pasal itu. Kena fikir. Mana boleh terus serah je bulat2 camtu.

Hal antum tufaqqirun?

Aku bukan jenis manusia yang hanya berserah pada takdir. Aku ade akal yang TUHAN kurniakan. Membazir je kalau tak guna. Kan seronok bila time2 stress macam nie dapat pergi pantai. Dapat keluar dari “penjara simen” yang menyesakkan ni. Menghirup udara laut yang nyaman.

Dah beberapa hari aku fikir perkara ni. Eh, dah hampir setahun kot. Cuma kali ni aku ambik serius sebab keadaan dah semakin “kritikal”. Arghhhh,,,,nak tercabut nyawa bila memikirkan risiko yang bakal aku tanggung.

Tiap alternative ade pro and contra tersendiri. Tersilap langkah boleh mengundang derita pada aku sendiri akhirnya nanti. Takut2 yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran. Susah juga ye jadi dewasa. Jadi budak2 lagi best. Tak payah nak fikir hal yang rumit2. Makan, tido, main,,,,tu je keje budak2.

Hope aku dapat settlekan hal ni secepat yang mungkin. Bakal buat istikharah juga nanti. Doa2kanlah.