May 11, 2010

express~~

assalamualaikum...salam ukhwah wt semua..

nie bukan nk citer pasal bas express atau pos express..tp nk citer pasal ari nie sy express sket nk post something kt sini..memang x sempat nk update blog tercinta nie..minta maaf banyak2..apa pun, sy mengharapkan pelawat2 SEJERNIH SALJU sentiasa dalam rahmat ILAHI..amin~~

9 mei lepas baru je jejak kaki balik kt UNIMAS gemilang nih. 9 hari je cuti kt desa tercinta..nk wt camne, ade intersession..ade amanah yg perlu ditunaikan..alhamdulillah urusan dengan keluarga dpt diselesaikan spt yg dirancang malah lebih dari tu..syukur YA RAHMAN~~

now, rasa sangat bahagia and harap sangat2 dapat belajar dengan lebih tenang, baik dan fokus..fighting!!!

March 9, 2010

manusia vs kucing




Assalamualaikum & salam ukhwah.



Sekarang nie saya tengah geram. Marah pon ada. Nape perempuan murah sangat? Hah? Jangan marah kalau anda perempuan. Baca dulu sampai abis. Ada sahabat saya nie cerita kat saya tentang kawan dia tu selamba je masuk rumah boyfriend dia. Saya x terkejut kalau boyfriend dia tu duduk ngan family dia. Ini x, si lelaki tu duduk satu rumah ngan kawan2 dia. Yang si perempuan tu berani sangat masuk rumah lelaki tu kenapa? Malam2 pulak tu. Kalau dah “kena” camne? Sekuat mane la tenaga seorang pempuan kalau nak dibandingkan dengan tenaga lelaki? Mudah sangat percaya kat lelaki. Pelik sungguh. Sekarang belum terkena boleh la cakap. Kalau dah terkena nanti macam mane? Saya bukan mendoakan. Tapi saya nak mengingatkan. Sebab saya sayangkan dia sebagai saudara seagama saya. Saya dah pernah menegur dia waktu kami sama2 makan malam kat cafĂ©. Saya memang kenal dia. Saya berkias2 time tu. Saya nampak dia faham maksud saya sebab muka dia berubah. Saya buat2 x pandang je. Dari ekor mata saya nampak dia merenung saya dengan wajah yang sukar ditafsirkan.



Perempuan kalau dah rosak, siapa nak? Lelaki yang x baik pon x nak pempuan camtu. Percayalah. Kadang2 manusia sedar apa dia buat tu salah tapi x nak berubah. Kadang2 nak berubah tapi x ada kekuatan. Bukan ke kekuatan tu perlu dibina? Cari lah ALLAH. Dalam kes nie saya x nampak si lelaki tu bawa dia dekat dengan ALLAH. Ye la kalau dah keluar pon berdua2an, dekat ngan ALLAH ke tu? Kalau dah sampai masuk rumah, dekat ngan ALLAH ke tu? Kalau betul2 si lelaki tu serius, x payah la bawak ke sana ke mari. Tu menempah neraka namanya. Kalau x tahan sangat, puasa sunat la banyak2. Kalau dah berkenan sangat, masuk meminang terus. Mana ada dalam ISLAM kena tunggu sampai abis study baru bole nikah. X ada kan? Kalau dah asyik keluar sama2, bergayut kat telefon berjam2, bila nak cukup kumpul duit. Kan3? So, fikir la secara matang.



One more thing. Saya teringat dia kata si lelaki tu nak datang rumah dia. Nak berkenal2 la katakan ngan family bakal mertua. Tapi mereka nak pergi sama2 naik flight. Mak si perempuan tu kata nak biar si lelaki tu tidur rumah dia. Berkenal2an camtu. Hah? Terkejut betul saya. Mak dia x marah pulak anak dia nak balik sama2 naik flight. Pelik2 mak bapak zaman sekarang. So, nak cakap macam mana lagi?



Kucing kalau ade ikan terdedah depan mata, lama2 dia akan terkam jugak. Macam tu gak dengan manusia. Kalau dah asyik tengok perempuan depan mata, agak2 boleh tahan ke? Nafsu tu oii..kalau x dikawal, agak2 macam mane ek? Jawab la sendiri. Sedangkan pak haji pon boleh goyah, apa lagi manusia yang biasa2 nie. Tu la perempuan sekarang. Berani x bertempat. Tu bukan setakat berani, memang menempah bahaya ada la. Maruah tu bukan bole dijual beli la cik akak..ingat2 lah. Kalau nasi dah jadi bubur, nangis sampai kering air mata pon x boleh nak kembalikan apa yang hilang. Sebab tu la ada orang cakap, mencegah lebih baik drpd mengubati.



Kalau kucing tu kita x bole la marah if dia ambik ikan yang kita dah goreng. Sapa suruh x simpan. Memang la dia rembat terus. Maksudnya mudah. Manusia kalau x simpan maruah diri tu betul2, siapa2 je boleh ambik dengan mudah. Itu kucing, haiwan. Kita nie manusia..so?



Maka beringatlah.



March 8, 2010

teater oh teater...

Assalamualaikum & salam ukhwah..

27 & 28 februari lepas UNIMAS ade buat pementasan teater Bangsawan Periuk Kera Ajaib (BPKA) kat Experimental Theatre (ET) Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif (FSGK). Dalam sibuk2 tu, sempat jugak saya pergi. Kawan2 ajak. Lagipun memang x pernah tengok teater. Nie UNIMAS buat lak teater bangsawan. Macam best je. Masuk lak percuma. Ada 3 slot diorang buat. Kami pergi slot kedua jam 7.31 malam. Nak tahu ape jadi?

Sampai je kt ET, ade kaunter. Rupa2nya nak masuk kena booking dulu. Terkejut kami time tu. Dalam iklan x mention pun suruh booking. Nie yang geram nie. Iklan punya la canggih siap masuk radio Hot FM lg. Dalam kami terpinga2 tu, tiba2 datang seorang lelaki. Maybe dia yg in charge kot. Dia suruh kami duduk kt kerusi luar ET sementara dia uruskan supaya kami dapat tempat dalam ET. Ade TV besar kt luar ET tu. That mean, sapa2 yang x dapat masuk, bole tengok kat luar. Tapi saya dah nekad time tu. Kalau x dapat masuk, memang nak terus balik je. Alang2 terkilan, baik x dapat terus. Dah la nie first time nak tengok teater, semangat lak berkobar2. Ye la, jauh tau kolej saya kalau nak g ET tu. Dah la jalan kaki. Kat situ terjumpa ngan Francis, my couresemate. Dia cakap “membazir minyak wangi je”..ha3..minyak wangi? Nak g teater ciap pakai minyak wangi tu. Dasyat betul. Dia pon agak terkilan sebab alami kes yang sama macam kami. Aduyai~~

Alhamdulillah last2 dapat gak masuk sebab ada kosong. Dah masuk dalam pon ada masalah lagi. Kerusi yang kami duduk tu ade problem. X tau camne nak explain kat sini. Nak pindah, dah tentu la x bole sebab x booking. Last2 ok la gak kerusi tu. Ada masa2 dia x ok. Memang agak terganggu la nak tengok teater tu. Teater tu dijadualkn mula jam 7.31 malam tapi mula lewat. X tahu sebab apa. Jam 8.15 baru mula.

Overall teater tu best. Jalan citer menarik, pelakon pon best. Bab2 yang x berapa saya nak suka ialah bab time pertukaran babak tu. Baru saya tahu teater akan diselang selikan dengan tarian & lain2 as an entertainment. Bukan x suka tarian. Cuma bagi saya, pakaian mereka malam tu agak terdedah. Saya yang tengok pon rasa malu. Kalau nak bincang dari sudut ISLAM, memang x cukup page nie. Bab tu je la. Yang lain2 saya suka. Ada babak sedih, lucu & macam2 lagi. Jam 9.30 dah abis. Rasa macam x puas je. Pastu dapat la bergambar ngan periuk kera ajaib yang besar tu. Pic nak upload pun x de nie. Sebab ambik gambar guna kamera Laily. Laily busy je memanjang. X berkesempatan nak jumpa dia mintak gambar. hu3. Emm..one more thing, lepas abis persembahan, diorang ade tunjukkan kt skrin di sebalik tabir teater tu dibuat. Masalahnye, audience yang duduk di kiri & kanan pentas memang x nampak skrin tu sebab tirai x terbuka sepenuhnya. Saya pun nampak suku je skrin tu. Nie bukan niat nak menghentam. Cuma harap2 pasnie x kan berlaku hal2 camtu lagi.

Tu la pengalaman tengok teater. Oh, lupa nak mention something. Pementasan teater tu adalah sebahagian drpd proses mengumpul data bagi penyelidikan yang bertajuk “intervensi teknologi dalam pemeliharaan teater bangsawan”. Banyak perkara saya belajar tentang teater malam tu. Macam2 istilah ade. Contohnya program master, extra turn, tasmat & lain2. Menarik rupanya teater ni. Jangan x tahu, saya nie berjiwa seni. Hu3.
Tapi bagi saya, walau ape pon yang kita lakukan, jangan sesekali membelakangkan hukum ALLAH. Saya cakap camnie secara umum & x berniat menyindir mana2 pihak. Takut ade yang salah faham pulak nanti.

Okey, jumpa lagi nanti. Insya allah~~