March 9, 2010

manusia vs kucing




Assalamualaikum & salam ukhwah.



Sekarang nie saya tengah geram. Marah pon ada. Nape perempuan murah sangat? Hah? Jangan marah kalau anda perempuan. Baca dulu sampai abis. Ada sahabat saya nie cerita kat saya tentang kawan dia tu selamba je masuk rumah boyfriend dia. Saya x terkejut kalau boyfriend dia tu duduk ngan family dia. Ini x, si lelaki tu duduk satu rumah ngan kawan2 dia. Yang si perempuan tu berani sangat masuk rumah lelaki tu kenapa? Malam2 pulak tu. Kalau dah “kena” camne? Sekuat mane la tenaga seorang pempuan kalau nak dibandingkan dengan tenaga lelaki? Mudah sangat percaya kat lelaki. Pelik sungguh. Sekarang belum terkena boleh la cakap. Kalau dah terkena nanti macam mane? Saya bukan mendoakan. Tapi saya nak mengingatkan. Sebab saya sayangkan dia sebagai saudara seagama saya. Saya dah pernah menegur dia waktu kami sama2 makan malam kat cafĂ©. Saya memang kenal dia. Saya berkias2 time tu. Saya nampak dia faham maksud saya sebab muka dia berubah. Saya buat2 x pandang je. Dari ekor mata saya nampak dia merenung saya dengan wajah yang sukar ditafsirkan.



Perempuan kalau dah rosak, siapa nak? Lelaki yang x baik pon x nak pempuan camtu. Percayalah. Kadang2 manusia sedar apa dia buat tu salah tapi x nak berubah. Kadang2 nak berubah tapi x ada kekuatan. Bukan ke kekuatan tu perlu dibina? Cari lah ALLAH. Dalam kes nie saya x nampak si lelaki tu bawa dia dekat dengan ALLAH. Ye la kalau dah keluar pon berdua2an, dekat ngan ALLAH ke tu? Kalau dah sampai masuk rumah, dekat ngan ALLAH ke tu? Kalau betul2 si lelaki tu serius, x payah la bawak ke sana ke mari. Tu menempah neraka namanya. Kalau x tahan sangat, puasa sunat la banyak2. Kalau dah berkenan sangat, masuk meminang terus. Mana ada dalam ISLAM kena tunggu sampai abis study baru bole nikah. X ada kan? Kalau dah asyik keluar sama2, bergayut kat telefon berjam2, bila nak cukup kumpul duit. Kan3? So, fikir la secara matang.



One more thing. Saya teringat dia kata si lelaki tu nak datang rumah dia. Nak berkenal2 la katakan ngan family bakal mertua. Tapi mereka nak pergi sama2 naik flight. Mak si perempuan tu kata nak biar si lelaki tu tidur rumah dia. Berkenal2an camtu. Hah? Terkejut betul saya. Mak dia x marah pulak anak dia nak balik sama2 naik flight. Pelik2 mak bapak zaman sekarang. So, nak cakap macam mana lagi?



Kucing kalau ade ikan terdedah depan mata, lama2 dia akan terkam jugak. Macam tu gak dengan manusia. Kalau dah asyik tengok perempuan depan mata, agak2 boleh tahan ke? Nafsu tu oii..kalau x dikawal, agak2 macam mane ek? Jawab la sendiri. Sedangkan pak haji pon boleh goyah, apa lagi manusia yang biasa2 nie. Tu la perempuan sekarang. Berani x bertempat. Tu bukan setakat berani, memang menempah bahaya ada la. Maruah tu bukan bole dijual beli la cik akak..ingat2 lah. Kalau nasi dah jadi bubur, nangis sampai kering air mata pon x boleh nak kembalikan apa yang hilang. Sebab tu la ada orang cakap, mencegah lebih baik drpd mengubati.



Kalau kucing tu kita x bole la marah if dia ambik ikan yang kita dah goreng. Sapa suruh x simpan. Memang la dia rembat terus. Maksudnya mudah. Manusia kalau x simpan maruah diri tu betul2, siapa2 je boleh ambik dengan mudah. Itu kucing, haiwan. Kita nie manusia..so?



Maka beringatlah.



No comments: