July 6, 2010

Jangan banyak makan !!!


mee kolok..sedap!!!


Makan apabila lapar, berhenti sebelum kenyang. Pernah dengar kan ungkapan camtu? Sebenarnye itulah yang diajar dalam ISLAM. ISLAM itu indah. Setiap suruhan dan tegahan pasti ade hikmah yang telah ALLAH aturkan.

Semalam aku dan sahabatku, Sue berpuasa Rejab. Alhamdulillah. Mungkin kerana itu rezeki berlimpah ruah. Kawan2 banyak hantar makanan. Itu pon ade yang terpaksa kami tolak. Takut tak termakan. Dah tanya kawan2 juga. Tapi masing2 dah makan. Jadi tak ada siapa2 nak abiskan makanan tu. Aku dan Sue dah cuba habiskan tapi tak mampu.

Macam2 aku makan semalam. Nasi, mee kolok, kek span dan coklat. Aku memang tak boleh makan bercampur2 macam tu. Syukur Sue tak cirit birit. Risau gak aku pagi tadi sebab dia ade exam Bahasa Jepun petang nie.

"Kesimpulannya, makan kerna Allah bukan makan kerna nafsu or makan kerna nak idop..elakkan pembaziran kerana itu sifat syaitan..tp ble da dapat rezeki rimau, itu x dpt nak wat pape..yg boleh,tnye kwan2 lain klu ad sape yg nak..klu x de sape nak, niatkan je sedekah kat haiwan..sbb bukan de niat pon nak bazir.." Itu kata2 sahabat aku, Hazimi. Thanks sebab bagi pendapat. Semoga ALLAH merahmati kamu.

Jadi, peringatan untuk diriku dan semua, jangan terlebih makan. Sebab ALLAH pon tak suka. Banyak makan akan membuatkan badan jadi lesu dan terasa malas untuk beribadah. Sama2lah kita menjadi hamba-NYA yang bertaqwa.


July 4, 2010

di bahumu aku menangis

assalamualaikum dan salam ukhwah...

Kali nie post special sket. Ucapan terima kasih sebab dia sudi meminjamkan bahunya untuk aku menangis dan melepaskan segala kedukaan yang bersawang di kepala nie. Bukan tak pernah berkongsi masalah ngan member2, cuma aku tak pernah menangis bersungguh2 di bahu seorang sahabat. Sampai kecoh satu rumah gara2 aku menangis di tengah malam. Hu3..

Aku tahu dia rajin baca blog aku. Berbanyak2 terima kasih aku ucapkan. Sahabat yang aku maksudkan ialah Sue. Tak leh nak mention nama sebenar. Nanti kena saman lak sebab tak mintak izin..hu3...Sue, nanti aku masakkan telur rebus ye..he3..Nak wt camne, Sue je yang ade semalam. Cian dia jadi mangsa..hu3..

Ketuk pintu bilik dia semata2 sebab aku dah tak sanggup nak menangis sorang2. Terima kasih wahai sahabat. Semoga ALLAH memudahkan jalan kamu ke syurga nanti. Dan untuk exam Jepun hari selasa nanti, semoga dipermudahkan. Amin..





time jadi urusetia Karnival Silat Cekak Hanafi



kat CAIS..wat assignment..




kat The Spring...bershopping la konon2..ehehe..




lawatan ke rumah panjang di Sibu, Sarawak..

July 1, 2010

aku, dia dan cinta



1 Julai 2010 bersamaan 18 Rejab 1431H…

Sedih.

Aku bersyukur kerana DIA sudi mendengar rintihan dan doaku saban hari. Walaupon aku hamba yang banyak membuat khilaf dan dosa, aku rasa bersyukur kerana permintaanku yang satu itu ditunaikan. Alhamdulillah, tiada apa yang mampu aku lafazkan melainkan rasa syukur yang tak berbelah bagi.

Tapi terselit gak rasa sedih dan pilu. Sebenarnya ALLAH makbulkan doaku saat aku benar2 dah berputus asa. Mula2 dulu tak nak perkara tu terjadi. Takut lah, nervous lah, macam2 la. Sekarang apa dah jadi? Padan muka aku.

Okey2 pejam mata, tarik nafas dalam2 dan hembus!!! Lega sikit. Istighfar banyak2. Mengingati ALLAH hati akan jadi tenang. Bukan senang nak terima takdir TUHAN. Apa pon mesti kena terima. Percaya pada qada’ dan qadar itu kan termasuk dalam Rukun Iman.

Fikir positif, pandang kehadapan. Aku sudah nampak hikmahnya. Alhamdulillah…semoga aku tabah meniti hari2 mendatang. YA RABBI, semoga aku dapat harungi segala badai tanpa secalit rasa sesal.

Sabarlah wahai hati. Aku serahkan pada-NYA atas segala sesuatu.

Bukan senang nak redha kan?

“Akanku genggam bara cinta ini sampai syurga. Biar berjuta panah dunia datang menerjah, akanku tepis dengan perisai sabar dan tabahku..”