Macam dah terlambat je nak ucap selamat hari gawai kat kawan2 yang menyambutnya. Patutnya ucap time 1 Jun kan. X pe, x pe. Sebab sekarang nie pon orang still cuti lagi. Kalau kat semenanjung memang tak cuti la kan? Sebab dah cuti wesak. Okey, selamat hari gawai kawan2. Gayu guru gerai nyamai~~
Tak tahu nak mula camne nie. Rasa nak tercabut nyawa melayan masalah seorang hamba ALLAH yang tak faham bahasa ni. Aku dah “lari” jauh ke Bumi Kenyalang ni pon dia masih nak mengacau hidup aku. Salah aku juga kot yang tak tukar nombor phone. Bukan tak nak tukar tapi sayang la nombor nie. Unik. Tapi kalau dah camnie jadinya, sayang tu tolak tepi la jawabnya. Nak kena tukar nombor la pasnie.
Aku bukan apa, masalah nie rumit sangat. Kalau aku cerita pon, takut orang tak faham. Berbelit2 sampai orang yang sebelum ni tak ada kaitan pon boleh terbelit sama. Aku kesian kat orang2 yang tak bersalah. Nie masalah peribadi aku. Sebenarnya masalah ni dah selesai lama dah. Dah hampir 3 tahun camtu. Tetiba je sejak akhir2 ni dia muncul balik. Aku tak faham apa yang dia nak sebenarnya dari hidup aku.
Umur dah lanjut. Rumah dah kata pergi, kubur dah kata mari. Aku ingatkan dia dah berubah. Atau kata yang paling tepat, bertaubat. Rupa2nya masih macam dulu. Ingat2 lah sikit kat anak isteri tu. Kalau kena soal kat mahkamah ALLAH nanti camne nak jawab? Tak kan nak guna talian hayat pulak? Aku tak nak la dikatakan penyebab kepada kehancuran rumah tangga orang. Nasib baik isteri & anak2 dia memahami aku. Tak marah aku. Malah jam tangan yang aku pakai sekarang nie adalah pemberian isteri dia before aku “bawak diri” ke bumi kenyalang ni. Apa yang paling mengejutkan, aku bukanlah “mangsa” yang pertama!!! YA RABBI, pancarkanlah hidayah-MU pada dia..
Opss, aku tulis ni bukan nak aibkan dia. Bukan aku nak letak maruah siapa2 kat bawah tapak kaki aku. Aku cuma nakkita semua pandang dari sisi yang berbeza. Ambik iktibar dan fikir positif.
First, perkahwinan bukan perkara main2. Banyak tanggungjwab yang perlu dilaksanakan. Nak bagi anak isteri makan mesti sumbernya HALAL.Sebab ia akan menjadi darah daging. Kalau dah hari2 melepak kat kedai kopi sambil bincang pasal nombor ekor, apa nak jadi? Orang macam tu ke nak diharapkan memimpin bahtera rumah tangga? Memang tenggelam di lautan dunia sebelum sempat tiba ke destinasi akhirat. Tu belum soal lain2 lagi. Solat, puasa, zakat..
Second, tak rasa malu ke dengan keluarga, dengan aku. Tak pon, tak kan tak rasa malu dengan ALLAH yang sentiasa perhatikan hamba2-NYA tanpa lepas walau sesaat? Apa lagi nak tunggu? Nak tunggu sampai nyawa dah tiba kat kerongkong baru nak ucap kata taubat? Nak tunggu sang mentari muncul kat barat baru nak menangis sampai kering air mata?
Aku tak kata aku baik. Aku cuma kecewa dengan apa yang berlaku. Dia yang datang dalam hidup aku. Dan bila kebenaran dah terbukti depan mata, aku buang dia jauh2. Dan aku lakukan semua itu untuk kebaikan semua pihak dan pastinya untuk dapatkan redha ILAHI. Aku cuma kasihankan isteri dan anak2 dia. Aku dapat rasakan mereka ketandusan kasih seorang bapa dan suami.
Di kesempatan ini, aku cuma nak ucap:
Untuk isteri dan anak2nya: Terima kasih banyak2 kerana memahamidan semoga ALLAH merahmati kalian. Biarlah dunia ini bagaikan neraka bagi kamu tapi pastinya akhirat sana syurga lebih layak untuk insan2 yang sabar. Insya ALLAH.
Untuk dia: Bertaubatlah. Kasihanlah isteri dan anak2mu. Dan please jangan ganggu hidupku lagi.
Untuk ummiku sayang: Terima kasih sebab memahami anakmu ini. Terima kasih kerana berada di sisiku saat aku “hampir tak bernyawa” .
Untuk my future husband & my bro in-law: Maaf kerana menyusahkan. Hanya ALLAH dapat membalas segalanya.
Untuk sahabat2ku: Aku berterima kasih kerana korang sentiasa sudi mendengar luahan hatiku.
Untuk-MU YA RAHMAN: YA ALLAH, aku bersyukur atas ujian-MU ini. KAU jadikan aku seorang yang tabah. Alhamdulillah. Maka, kau limpahkanlah cahaya taufiq-MU kepada mereka. Aku memohon dengan segenap ragaku, jangan KAU tolak permintaanku, YA ALLAH. Amin…syukur kerana KAU menyelamatkan harga diriku.
Aku tak faham dengan sesetengah orang yang begitu bangga dengan bf/gf masing2. Nak tunjuk2 kat orang kononnye dia tu laku sangat. Tak tahu ke apa yang dia wat tu salah? Jalan berpimpin tangan, bergelak ketawa, bertepuk tampar, dating sana, dating sini mengalahkan orang dah kawen je. Yang lagi aku hairan tu,mak bapak diorg pon wt tak kesah je. Siap bagi green light lagi. Takut sangat anak dara/ teruna dia tak laku. Hai, dah tak percaya dengan jodoh ketentuan TUHAN ke?
“ala,,,kte kena la usaha gak”
“eh, biarlah,,,diorang bukan wat ape2 pon,, ”
“ala..kitorang g jalan2 kat tempat org ramai la”
Aku rasa macam nak bagi penampar je kat orang yang cakap camtu. Kalau rasa nak masuk wad ICU kat hospital tu, jawab la camtu kat aku. Murah sangat harga diri tu kenape? Aku paling benci alasan ketiga tu. Sejak bila pulak ISLAM menghalalkan keluar dating kat tempat2 orang ramai. Kalau dah namanye dating tu, kat mane2 pon tak boleh. Mana hadith @ ayat quran yang cakap boleh? Tunjuk sikit kat aku. Kalau dah tahu diri tu jahil pasal agama, belajar la. Sekarang dunia hujung jari je. Cakap jangan main hentam je. Silap2 boleh tergugat aqidah, tercabut IMAN!!!
Kalau bf/gf call atau bagi mesej, cepat2 je nak jawab. Kalau time ALLAH memanggil untuk solat tu, boleh pulak lambat2. Dah nak hujung2 waktu baru nak solat. Pelik sungguh. Manusia lagi penting daripada ALLAH ke? Siapa yang bagi kita rezeki setiap hari? Siapa bagi kesembuhan bila ditimpa penyakit? Siapa? Siapa? Siapa? Bf/gf ke?
Bila suruh kawen, banyak pulak alasan. Belum cukup duit la, tak sedia la, belum abis belajar la. Macam mana nak cukup duit kalau dah asyik keluar dating je. Bergayut kat phone berjam2. Bila masa pulak ISLAM ajar kalau dah abis study baru leh kawen? Oh, takut banyak komitmen ke? Okey, aku nak tanya sket. Mana lebih baik, banyak komitmen atau banyak dosa? Tak rasa apa2 bila buat dosa tu tandanya hati dah gelap. Bila dah gelap, susah la nak terima kebenaran.Insya Allah bila kita buat sesuatu untuk dapatkan reda ALLAH, ALLAH akan permudahkan urusan kita.
Memang susah nak tinggalkan maksiat dan dosa yang memang dah sebati dalam diri. Tapi bak kata pepatah, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Berubah sedikit demi sedikit. Mula2 memang susah. Hilang kawan, rasa down sangat2 pon ada. Tapi kena sentiasa ingat lah, ALLAH itu ada. Jangan buat diri rasa macam tak berTUHAN pulak.
Hari nie aku emo sket. Tu yang lepas geram kat blog ni. Hope kita semua bole ambik iktibar ape yang aku sampaikan kat atas tu.