February 22, 2010

LUAHAN RASA

Hari ini dah mula kuliah. Sudah seminggu cuti sempena Chinese New Year. Assignment x siap2 lagi. Buat sikit2 lama2 jadi bukit. Betul x? Minggu nie minggu yg agak sibuk. Nak kena submit report assignment Hubungan Etnik (HE), midterm HE & Introduction to business management, meeting kelab & ade tanggungjawab sebagai urusetia utk seminar wanita anggun pada hari sabtu & ahad. Sibuk dengan kuliah lagi drpd pagi sampai malam!!! Pening kepala. Nasib baik softskill dah habis. Tinggal 1 je lagi yang wajib. Tu x perlu pening nak fikir sebab fakulti yang akan uruskan.

Kadang2 rasa macam x boleh buat je semua tu. Rasa nak demam pun ade. Dulu nak sangat masuk universiti. Sekarang dah ALLAH makbulkn, jangan la mengeluh!!! Astaghfirullah..tu la saya nie kadang2 mudah rasa putus asa tapi cepat termotivasi balik. Maybe sebab suka sangat baca buku motivasi… sori x dpt nk upload pic gambar buku tu. Ape jadi ngan server nie pon sy x tahu. Tajuk buku tu Buat Sampai Jadi oleh Dr. HM Tuah Iskandar Al-Haj. Nie bukan nak promote. Tapi nie la satu2nya buku motivasi saya. Mahal la kan. X mampu nak beli. Buku nie pun hadiah daripada sahabat2 saya, Mohd Faiz & Norfarhana. Macam tahu2 je saya teringin nak beli buku motivasi. Memang terharu la. Hadiah persahabatan je tu. Bukan hadiah birthday pun. Mekasih banyak2. Bagus buku tu. Memang termotivasi saya dibuatnya. Ada lagi yang saya suka baca bila stress. Al-Quran. Tenang je hati bila baca. Mekasih kat kak G-rah sebab offer saya untuk beli tafsir Al- Quran. Bukan x ada sebelum nie. Cuma x bawa. Tinggal kat semenanjung. Dulu baca Al-Quran kongsi ngan adik. Bila dapat belajar kt bumi kenyalang nie, x kan nak bawa. Cian pula nanti terpaksa susahkan ayah nak beli Al-Quran yg baru. Kadang2 suka gak call ummi kat kampung bila ada masalah. Entah la x tahu kenapa. Rasa tenang je dengar suara ummi. Ummi nie lain sikit kalau bagi nasihat. Dia kalau bagi nasihat, mesti lemah lembut, siap bagi cadangan lagi ape perlu saya buat. Tu yang seronok. Ummi tu rajin ikut kelas2 agama. Sebab tu nasihat dia mesti berunsurkan ISLAM. Belum minta nasihat lagi sejuk je hati nie dengar suara dia. Terasa semua masalah hilang. Assignment berlambak2 pun rasa macam x de assignment je. Hu3.

Sahabat2 saya pun tempat saya meluah rasa hati. Pernah kami duduk2 sambil bincang macam2 topik. Daripada hal2 semasa sampai la masuk hal2 peribadi. Sambil makan ais krim tu. Best3. Kalau yang jauh pulak, sms kana ade. X pun, guna facebook ke..friendster ke..YM pun boleh. Sekarang dah maju bah. Saya pun x faham macam mana ade orang boleh hidup tanpa kawan. Saya bukan cakap kosong. Saya pernah jumpa orang camtu. Dengan adanya sahabat, saya rasa hidup saya lebih ceria.

Saya pun x tahu ape post kali nie berkaitan ngn apa. Saya rasa nak menulis. So, saya tulis la. Hu3. Tapi saya memang tengah cuba biar tulisan2 saya x nampak “skema”. Cakap pasal skema, semalam ade sorang member saya nie tanya saya “anis..anis..masih skema ke?”. Skema ke saya nie? Hu3. Macam lawak je. Terpulang la pd pandangan masing2. Saya x kisah pon orang nak cakap ape. Bila masa saya jadi skema pon saya x tahu. Hu3.
Semalam saya dapat satu mesej lepas saya solat maghrib. YA ALLAH, terkedu saya dibuatnya. Memang menangis la sebab terharu. X boleh la nak citer kat sini apa kandungan mesej tu & siapa penghantarnye. Rahsia nie. X leh bagitahu. Hu3. Tapi sangat2 hepi rasa macam nak terbang je kt udara. Ha3. Smoga apa yang terkandung dalam mesej tu menjadi kenyataan. Amin~~

Walau apa pon, smua insan yg berada dalam kamus hidup saya & yang ada di sisi saya dalam suka dan duka amat saya hargai. Kehadiran mereka buat saya bahagia. Hari2 yang saya lalui bersinar bak mentari (bole ke wt perumpamaan cmnie? Hu3). Memang x cukup page nie kalau saya nak senaraikn. So, jangan la terasa hati kalau nama dia saya x mention kt sini. Kamu semua ada dalam hati saya. Dan kamu semua juga ada dalam doa2 saya.

p/s: kpd semua, doakn saya sihat. Suhu badan dah naik sebab sabtu lepas masuk sukaneka. Time tu hujan.

No comments: