February 19, 2010

SECEBIS KASIH ILAHI

Assalamualaikum & salam penuh barakah.

Sy tak tahu nak mula macam mana. Ini lah kelemahan sy. Asal nk menulis je, mesti x tahu macam mana nak mula. Emmm…

Nak kongsi sesuatu yang terjadi pada diri sy semalam. Sy harap perkongsian yg tak seberapa nie kita semua boleh ambil iktibar. Insya Allah.

Semalam, sy banyak habiskn masa layari internet. Dari berfacebook hinggalah mencari resepi masakan. Sy sekadar menghabiskan masa depan laptop kesayangan nie dr pagi hingga ke malam tanpa membuat assignment yg bertimbun tu. Semalam sy puasa sunat (Alhamdulillah..). maka, nak wt assignment pon rasa cam x de mood je. Idea pon seolah2 x nk muncul. Cuaca yg sangat sejuk membuat otak nie macam gagal berfungsi. Entah lah. Sy x menyalahkan sesiapa. Cuma memang btol2 x mahu buat assignment semalam.

Malam td, rupa2nya ALLAH nk beri sy hidayah-NYA. Sy ada terbaca satu cerpen dalam laman web iluvislam.com tentang seorang gadis bernama Iffah yg berkahwin dengan suaminya. Apa yang buat sy tersentak ialah, dia x pernah melihat wajah bakal suaminya itu sehinggalah diijabkabulkn. Iffah hanya melihat wajah bakal suaminya itu dalam gambar. Memang x pernah bersua. Mereka dijodohkn melalui guru Iffah. Lagi membuat sy sebak ialah, perjalanan kehidupan mereka sebelum sah menjadi suami isteri begitu indah. Diceritakn bahawa klu mereka berYM pon, sekadar membicarakn hal2 urusan perkahwinan mereka sahaja. Kita klu berYM, kluar smua emoticon. Love la, mcm2. Sy juga x terkecuali. Tp dalam cerpen tu dinyatakn bahawa perkara seperti itu tidak baik. Ye la, belum sah jadi suami isteri, untuk apa jiwang2? Nak bercintan cintun, tunggu selepas nikah. Iffah juga tak terkecuali. Tapi ALLAH selamatkan dia. Ada insan yg menegur hanya kerana emoticon di YM! Belum habis cerpen itu sy baca, berjurai2 air mata nie. Sedih sangat2. Terasa diri nie penuh dosa. Ternyata selama nie sy silap. Pertunangan bukanlah tiket sy nk bermanja2 @ merindui si dia. Selagi dia belum sah dimiliki, selagi itu sy berdosa jika melakukn perkara2 yg boleh mengundang kemurkaan ALLAH. Astaghfirullah hal’azim. Ada banyak lg cerita tentang Iffah yg sy x ceritakan. Susah nk diceritakan kerana sy bukanlah org yg hebat dalam hal2 mengulas cerpen @ sesuatu cerita.

Selesai cerpen itu sy baca, sy bergegas mengambil wudhuk. Laptop sy padamkn. Sy perlu solat sunat taubat. Sy menangis menyesali dosa2 yg sy lakukan. Mungkin pada pandangan manusia, apa lah sangat klu sekadar emoticon2 tu. Tu pon nak sedih ke?

“dia kan tunang kau. Ape lah salahnye kau nak rindu kat dia. Bakal suami kau jugak nanti”

“ala, emoticon tu biasa la. Hal kecik je tu. Aku faham kau dah bertunang. ”

Tu ayat dh biasa dengar. Biasa lah, bila nak buat baik pasti ade halangan. Semua tu ujian. Allah nk uji iman kita. Sejauh mana kita tahan dgn ujian yg semakin mencabar. Sejauh mana keimanan kita. Sejauh mana kekuatan kita nk berubah kearah kebaikn. Apa yg lebih penting, sy x mahu perjalanan kehidupan sy sebelum kahwin disemai dengan baja yang tak baik. Logik ke klu kita tanam benih yang x elok tp kita mengharapkn buah yang elok? Jika sebelum nikah sudah disemai dengan baja kemaksiatan, apakah anak2 yang bakal lahir hasil drpd pernikahan itu soleh & solehah?

Sy bersyukur pd Yang Maha Pengasih kerana memberi sy pengajaran yg cukup bermakna semalam. Semoga air mata yg tertumpah saat menghadap-NYA dapat memadamkn api neraka. Memang bukan mudah meraih redha-NYA. Juga bukan mudah mendapat syurga-NYA. Semua itu menuntut pengorbanan yg banyak. Bukan mudah melawan hawa nafsu yg seringkali mengajak kita kearah yg negatif.

Apa yang lebih penting, sy mahu berubah. Rasanya sy sudah terlajak begitu jauh. Syukur Allah itu Maha Penyayang. DIA masih beri sy peluang untuk bertaubat & berubah. Memberi sy peluang membina kehidupan yang lebih baik, memberi sy kesempatan melihat & memperbaiki kesilapan2 sy. Syukur pada-Mu, Ya Allah. Semoga Allah membimbing perjalanan hidup kami sebelum bergelar suami isteri yg sah di sisi agama. Amin.

4 comments:

mohad said...

citer yang menarik...

anis seri said...

terima kasih..

azim_3110 said...

sama2..~lalalaaa...
ermm..bgus la klu da sedar...agaggaaa..
alhamdulillah,..

anis seri said...

alhamdulillah..bukan senang nk dpt hidayah ALLAH kn..