July 4, 2011

tarikh lahir awak bila?

Assalamualaikum dan salam ukhwah..

Sabtu lepas parents Cik Anis ngan adik2 pegi Terengganu sebab adik Cik Anis dapat further study kt Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin..kalau nak tahu, adik Cik Anis tu hensem.. Ape? X de kaitan ngan tajuk entry pon.

Pastu kat umah tinggal Cik Anis ngan dua orang adik lelaki. Malam2 solat maghrib ngan isyak diorg pegi solat kat masjid..time tu la misi Cik Anis bermula..jeng jeng jeng..buat ala2 detective conan sket..kadang2 kena gak menyiasat bilik anak2 ni (anak2???). Budak2 sekarang pelik2 kan? Advance semacam.

Misi menyelongkar a.k.a menyiasat bilik adik2 terchenta nih. Kot2 ade barang larangan. Bukan sangka buruk, tapi berhati2. Mencegah kan lebih baik dari mengubati?

Hah, kan dah jumpa.

Pertama: Majalah kereta. Dah sure la ade gambar gadis2 litar..ye tak? Cun woo..seksi..tapi gambar tu dah dikoyakkan. Cuma tak dibuang.. Cik Anis terus ambik dan renyukkan..BUANG!!! Ok done.

Kedua: Surat cinta. Erk, adik bongsu Cik Anis tu baru darjah 6 okey..dulu2 Cik Anis pon tak reti nak bercintan cintun nih. Advance sungguh budak2 zaman sekarang.. surat siap lipat jadi bentuk love lagi. Disebabkan Cik Anis pernah blaja buat bentuk love gune kertas, Cik Anis bukak tanpe ade perasaan. Bukan susah pon nak lipat balik (eleh, padahal dah ade kesan lipat kan? Padahal Cik Anis dah lupe cara2 nak buat love tu, cover line je lebih) ...

“tarikh lahir awak bila?”

Hah, tu je yang dia tulis? Ha3, Cik Anis rasa macam nak pitam gelak sakan..setakat nak tanye tu je ke? Surat cinta jenis ape la tu ek? Adess..tanye face to face je tak bole ke? Membazir kertas je.

Ketiga: Kad pengenalan. Amboi, pegi jauh2 sampai Terengganu tapi tak bawak kad pengenalan? Saba je la..dia ingat dia budak2 lagi?

Wassalam..

CikAnisPunyeKomen: jangan bagitahu adik yang Cik Anis ceroboh harta benda dia okey?

July 1, 2011

Teka teki semalam

Assalamualaikum dan salam ukhwah…

Ini teka teki semalam. Semalam blog merajuk tak nak diupdate.

adik: abg tahu tak bila perempuan yang tak tutup aurat akan mula menutup aurat?

abg: pergi haji la dik, masa kahwin, kn?

adik: salah, teka la lagi.

abg: (berfikir) masa dah dapat hidayah Allah kn?

adik: salah, nak tahu jawapanya tak? senang je.

abg: apa dia dik?

adik: tadi ustazah cakap kat sekolah, perempuan akan menutup auratnya apabila dia dikafankan, akan tutup buat selamanya.


abg: (hebat kata2 ustazah yang mendalam maksudnya) .....=)
“MENUTUP DAN MEMBUNGKUS AURAT ADALAH DUA PERKARA YANG BERBEZA”

Wassalam…

CikAnisPunyeKomen: spontaneous Thursday tu ape ek?