April 11, 2011

PENGUMUMAN !!!! ~

Assalamualaikum dan salam ukhwah..Sejernih Salju akan mula bersawang (memang dah bersawang pon..hu3)..tak tahu sampai bila..bukan Cik Anis sengaja, tapi ade sebab..baca kat bawah ek..

1) Line internet yang slow..tak tahu la ape problem..asyik2 "connection is time out"..adui la..
2) Final Year Project yang tak sampai2 final draf lagi nak dihantar..
3) Assignment yang berlambak tunggu nak diedit..
4) Presentation yang tak abis2..

So, bila semua dah ok, Cik Anis akan mula aktif...INSYA ALLAH..

"waktu umpama pedang"

wassalam..

April 5, 2011

Kendi, Pencuri dan Rabiatul Adawiyah

Assalamualaikum dan salam ukhwah..


Entri nie agak panjang,,tapi Cik Anis harap kita sama2 dapat iktibar dari citer ni..syukran, thanks, terima kasih & kansamnida to sahabat Cik Anis yang izinkan Cik Anis share kat sini..

Kisah Rabiatul Adawiyah..


Rabi'atul Adawiyah merupakan salah seorang serikandi agung dalam Islam. Beliau terkenal dengan sifat wara' dan sentiasa menjadi rujukan golongan cerdik pandai kerana beliau tidak pernah kehabisan hujah. Ikutilah antara kisah-kisah teladan tentang beliau...

Suatu malam yang sunyi sepi, semasa masyarakat sedang khusyuk tidur, seorang pencuri ...telah menceroboh masuk ke dalam pondok Rabi'atul Adawiyah. Namun setelah menyelongkar sekeliling berkali-kali, dia tidak menemui sebarang barang berharga kecuali sebuah kendi untuk kegunaan berwuduk, itupun telah buruk. Lantas si pencuri tergesa-gesa untuk keluar dari pondok tersebut.

Tiba-tiba Rabi'atul Adawiyah menegur si pencuri tersebut, "Hei, jangan keluar sebelum kamu mengambil sesuatu dari rumahku ini."

Si pencuri tersebut terperanjat kerana dia menyangka tiada penghuni di pondok tersebut. Dia juga berasa hairan kerana baru kini dia menemui tuan rumah yang begitu baik hati seperti Rabi'tul Adawiyah. Kebiasaannya tuan rumah pasti akan menjerit meminta tolong apabila ada pencuri memasuki rumahnya, namun lain pula yang berlaku.

"Sila ambil sesuatu." Kata Rabiatul Adawiyah lagi kepada pencuri tersebut.

"Tiada apa-apa yang boleh aku ambil daripada rumah kamu ini." Kata si pencuri berterus-terang.

"Ambillah itu! " Kata Rabi'atul Adawiyah sambil menunjuk pada kendi yang buruk tadi.

"Ini hanyalah sebuah kendi buruk yang tidak berharga." Jawab si pencuri.

"Ambil kendi itu dan bawa ke bilik air. Kemudian kamu ambil wudhu' menggunakan kendi itu. Selepas itu solatlah 2 rakaat. Dengan demikian, engkau telah mengambil sesuatu yang sangat berharga daripada pondok burukku ini." Balas Rabi'tul Adawiyah.


Mendengar kata-kata itu, si pencuri tadi berasa gementar. Hatinya yang selama ini keras, menjadi lembut seperti terpukau dengan kata-kata Rabi'tul Adawiyah itu. Lantas si pencuri mencapai kendi buruk itu dan dibawa ke bilik air, lalu berwudhu' menggunakannya.. Kemudian dia menunaikan solat 2 rakaat. Ternyata dia merasakan suatu kemanisan dan kelazatan dalam jiwanya yang tidak pernah dirasakan sebelum ini.

Rabi'atul Adawiyah lantas berdoa:
"Ya Allah, pencuri ini telah menceroboh masuk ke rumahku. Akan tetapi dia tidak menemui sebarang benda berharga untuk dicuri. Kemudian aku suruh dia berdiri dihadapan-Mu. Oleh itu janganlah Engkau halang dia daripada memperolehi nikmat dan rahmat-Mu."


P/S: Cik Anis nak cari la wanita solehah macam Rabiatul Adawiyah tu..kalau ade, Cik Anis nak jadikan adik ipar.. :)

April 3, 2011

"Our women are Queens"

Assalamualaikum and salam ukhwah..

A British man came to Sheikh and asked, "Why is not permissible in Islam for women to shake hands with a man?"
The Sheikh said, "Can you shake hands with Queen Elizabeth?"
British man replied, "Of course not, there are only certain people who can shake hands with Queen Elizabeth".
...Sheikh replied with a smile on his face, "Our Women are Queens and Queens do not shake hands with strange men.."

Selalu Cik Anis perhati, kebanyakan orang yang mengaku ISLAM anggap remeh soal bersalam nih. Kebanyakan kita akan rasa serba salah bila ada orang dah hulur tangan untuk bersalam. Tak salam nanti dia kecik ati pulak. Nak salam nanti dosa pulak.

Eh, yang haram tetap haram. Biar dia kecik ati atau nak marah tapi jangan sampai ALLAH marah. Carilah redha ALLAH biarpon dengan kemarahan manusia. Yang kita kejar adalah syurga ALLAH.

wassalam..