October 2, 2010

Date line = death line?


Assalamualaikum & salam ukhwah..

Bulan oktober nie bulan yang benar2 sibuk. Date line untuk semua assignment, presentation dan juga exam. Date line = death line? Aktiviti senggang, kolej & universiti..semua nak kena attend. Tapi aku sempat2kan gak update blog ni. Sekurang2nya ada sesuatu untuk dikongsi bersama.

Pengurusan masa paling penting. Tak kira sama ada kita sibuk @ tak. Yang penting kita tahu ape nak buat untuk hari ini, esok & seterusnya. Jadual tak semestinya kena tampal besar2 hingga dari jarak 100 km dah nampak. Yang penting perancangan tu dah ade dalam kepala. Tampal jadual sebesar alam kalau tak ikut pon tak memberi manfaat jugak kan.

Fikir + rancang – malas + bertindak = kehidupan teratur.

Aku tak tahu sangat nak develop formula camne. Hu3 :)

Bagi yang muslim, solat WAJIB buat walau sesibuk mana pon. Kadang kita lupa bahawa ALLAH S.W.T yang mengizinkan kita mampu menyiapkan semua kerja2 kita. Kadang2 ada sesetengah orang sanggup bersengkang mata tak tido semata2 nak menyiapkan assignment @ kerja. Sanggup tak makan & kurang tido semata2 nak study dan dapat result bagus. Tapi kita selalu lupa bahawa DIA yang mengizinkan untuk kita Berjaya. Tanpa izin-NYA, kita nak angkat kelopak mata pun tak mampu. Tanpa rahmat-NYA, tak mungkin kita berjaya sampai dapat result exam bagus. Dean list lagi..

Bukan susah nak solat. Solat itu sebagai tanda kita bersyukur. Tak solat bermakna kita sombong dengan TUHAN. Sebab solat itu sendiri memupuk sifat kehambaan dalam diri kita.

Smoga kita beroleh manfaat atas ape yang aku kongsikan di sini.

Jom solat !!!

Wassalam & jumpa lagi. Insya allah~~

August 30, 2010

Misi Ramadhan~~


Assalamualaikum...

Dah lama tak update blog nie..

Selamat menyambut bulan yang penuh keberkatan, Ramadhan..datangnya hanya setahun sekali..semoga kita semua beroleh keampunan, kerahmatan dan bertambah keimanan...insya allah..

Kepada yang bukan muslim, hormatilah sahabat2 kita yang berpuasa...kita kan 1 Malaysia... :)

Sedar tak sedar, dah masuk 10 hari terakhir kita berpuasa..wah, nie yang aku suka nie..lailatul qadar!!!

Misi ramadhan: mengejar lailatul qadar.. aku penah post status camtu kat FB masa awal2 ramadhan..ramai yang "like"..emm..jangan sekadar "like" je..marilah kia sama2 mengejarnya...kita pon tak pasti sempat @ tak untuk bertemu ramadhan tahun depan..

Ape pon, nie tahun ketiga aku menyambut ramadhan di negeri orang...suasana yang berbeza..juadah berbuka yang agak "pelik" pon ade..uniknya Malaysia..

Akhir kalam, selamat beribadah !!!

August 15, 2010

ape nak jadi???




assalamualaikum..

masa: 8 ogos 2010

tempat: anywhere in land of the hornbills..

tak tahu nak cakap ape..tak tahu nak salahkan siapa..
selamba je budak nie main mercun..mak dia lagi la wt tak kesah..dia tak perasan aku snap pic nie..