March 8, 2011

Bercakap dengan jin-Part Two

Assalamualaikum dan salam ukhwah..

Sambung lagi citer pasal jin.

Masuk sesi kedua iaitu sesi amali. Peserta yang memberi nama untuk proses scan (mengesan jin dalam badan) diminta duduk di barisan paling hadapan. Cuak btol time ni. Time nie aku rasa menyesal pulak sebab dah hantar nama kat Ustaz. Hu3.. Kami diminta memejamkan mata sepanjang proses tersebut. Time scan tu ustaz2 membaca ayat2 suci AL-QURAN dari surah2 tertentu. Ade gak aku kena renjis ngan air zam zam. Tetiba ade pulak aku dengar orang terjerit2. Sah2 dah ade peserta kena rasuk. Aduh, nak bukak mata tapi aku tak berani.

“Ok buka mata” ..bila ustaz cakap camtu je, aku pon bukak la mata and then nampak sorang peserta pempuan dah terbaring dah. Rupa2nya dia yang kena rasuk tadi.

Lepas dah scan, ustaz suruh pulak duduk dalam group. Ade 8 orang tiap2 group. Aku ingatkan dah abis dah proses scan jin tu. Rupa2nya ade banyak prosedur. Time duduk dalam group nie masing2 kena pegang tangan antara satu sama lain termasuk la ustaz yang nak scan tu (of coz la ustaz tu pakai sarung tangan). Time nie pon kena pejam mata gak. Aduhh,,berdebar2 lagi. Bila selesai je, memang aku rasa lega sangat2 sebab aku “bersih”, tak ada jin duk dalam badan. Alhamdulillah..syukur.

Eh, lupa nak bagitahu..sebelum proses scan tu, semua peserta yang ade menyimpan tangkal dan yang sewaktu dengannya diminta diserahkan kepada ustaz.

Memang ramai yang kena rasuk time tu. Oh, okey nak citer pasal aku bercakap ngan jin tu ek..okey nak story mory la nie. Sabar ek..heeeeee

Ade la sorg peserta pempuan nie dimasuki jin..mula2 aku perhati je dari jauh..tapi tetiba ustaz tu cakap “siapa kata tadi nak jadi pengamal (pengamal ruqyah syar’eyyah)? Sini, Tanya dia (sambil tunjuk kat pesakit tu)”

Alamak, aku dah nervous tahap cipan nak beranak dah nie. Bila tak de siapa nak pergi, Ustaz pon panggil sorang peserta yang beliau kenal (sebab peserta tu penah jadi pesakit Ustaz).

Ish, bila dia selamba je, tak kan aku tak boleh kot? Tetiba rasa tercabar lak. Nak jadi pengamal takkan takut kan? So, aku pon pergi la pegang tangan pesakit tu. Kuat btol dia meronta. Berpeluh2 aku.

Yang aku geram, jin dalam badan peserta tu asyik jawab “tak tahulah!!!”..asyik tu je jawapan dia..

So, aku tanye la dia “kenapa kau datang sini? Kau ingat aku takut ngan kau?!” aku pon tak tahu la nape ayat tu yang terkeluar dari mulut aku. Nervous sangat kot. Pastu jin tu tengking aku “seboklah!!!” waaaaaaaaaaa…………..terkejut eh. Rasa nak pengsan lak. Dah la tu degil tak nak keluar. Pastu aku tak tahu camne dia keluar dari badan pesakit tu coz jam dah menunjukkan waktu asar dah hampir 1 jam berlalu. Pas aku abis solat, aku tengok pesakit tu dah okey,,tengah bual2 ngan ustaz. Alhamdulillah..

Sampai entry nie aku tulis, still ade rasa takut gak tapi Ustaz dah pesan tak boleh terlampau takut nanti jin leh masuk dalam badan..

Ade 4 sebab jin boleh masuk dalam badan:

1) marah melampau

2) takut melampau

3) tekanan (stress) melampau

4) bernafsu melampau (so, banyakkan puasa sunat bagi sesiapa yang susah nak kawal nafsu okey..)

Entry seterusnya aku akan kongsi sedikit sebanyak tentang ape yang aku dapat time seminar Ruqyah Syar’eyyah tu ye..INSYA ALLAH..sharing is caring, caring is loving..

wassalam..

No comments: