June 11, 2010

aku dalam dilema


Beberapa hari kebelakangan ni aku agak tertekan. Atau dalam kata lainnye, aku dalam dilema yang membuat aku agak stress. Banyak benda yang perlu difikirkan sebelum apa2 keputusan diambil. Rasa macam nak pitam je ni. Kalau diikutkan hati, aku malas nak fikir. Tapi bila keadaan dah jadi agak menekan, aku rasa aku perlu fikir tentang perkara tu dalam2.

Apa yang sering terlintas kat fikiran bila dalam dilema cuma satu solution je. Solat Istikharah. Tu memang betul. Setiap masalah dan ujian adalah dari ALLAH. So, kepada DIA lah sebaik2 tempat untuk memohon petunjuk. Tapi aku tak mahu jump to the conclusion before aku usaha. Dalam Kitab Suci-NYA pon ALLAH slalu tekankan pasal itu. Kena fikir. Mana boleh terus serah je bulat2 camtu.

Hal antum tufaqqirun?

Aku bukan jenis manusia yang hanya berserah pada takdir. Aku ade akal yang TUHAN kurniakan. Membazir je kalau tak guna. Kan seronok bila time2 stress macam nie dapat pergi pantai. Dapat keluar dari “penjara simen” yang menyesakkan ni. Menghirup udara laut yang nyaman.

Dah beberapa hari aku fikir perkara ni. Eh, dah hampir setahun kot. Cuma kali ni aku ambik serius sebab keadaan dah semakin “kritikal”. Arghhhh,,,,nak tercabut nyawa bila memikirkan risiko yang bakal aku tanggung.

Tiap alternative ade pro and contra tersendiri. Tersilap langkah boleh mengundang derita pada aku sendiri akhirnya nanti. Takut2 yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran. Susah juga ye jadi dewasa. Jadi budak2 lagi best. Tak payah nak fikir hal yang rumit2. Makan, tido, main,,,,tu je keje budak2.

Hope aku dapat settlekan hal ni secepat yang mungkin. Bakal buat istikharah juga nanti. Doa2kanlah.

No comments: