March 31, 2012

Hikmah orang dah kawen ^_^

Assalamualaikum dan salam ukhwah…

Nie nk citer sket tentang hikmah berkahwin..(konon2 berdasarkan pengalamanlah nie). Boleh baca bagi sesiapa yang bakal berkahwin, nak kawen, dan yang rasa ragu2 nak kawen pon boleh baca.

1) Berat badan otomatik bertambah. Dulu Cik Anis tak caye pasal fakta nie. Sebelum kawen berat badan Cik Anis 36kg je. Makan tido berbulan2 pon still kurus melidi. Pas kawen, naik jadik 42kg. Terus dapat berat ideal. Sebelum nie asyik kena marah ngan doktor je sebab risiko tinggi if Cik Anis pregnant time berat badan tak seimbang.

2) Rasa lebih tenang. Kawen kan fitrah manusia. Semua dah halal. Even rasa sedih pilu sebab berpisah ngan keluarga, sekurang2nya tak de lagi dah jiwa kacau. Hehe..

3) Dapat elak timbunan dosa. Kaum hawa nie bila time “kawan merah tiap2 bulan” tu datang, mesti nafsu dia membuak2. Kalau tak ditepis sugguh2, memang terlompat2 lah syaitan kat sekeliling. Kadang2 Cik Anis pelik gak. Mungkin sebab perubahan hormon. Tak pon sebab tak solat waktu tu. (Sebab tu kena banyakkan berzikir ye).

4) Rasa tanggungjawab tu lebih. Sebelum kawen rasa diri nak enjoy je. Bila lagi nak rasa diri matang, ye tak?

5) Hubungan kekeluargaan semakin luas. Keluarga sebelah suami dah jadi keluarga sendiri. Seronok dapat kumpul ramai2. Kongsi2 cerita, pengalaman..erk, jangan bergosip sudah. Nauzubillah.

6) Kita rasa hubungan kita ngan keluarga sendiri dah makin erat. Ye la kan,lepas berpisah ikot suami, nak balik kampung jumpa family kena tunggu suami free. Bila dah jauh2, rindu makin hebat. Hubungan makin erat. Paling syahdu bila teringin nak makan masakan ummi tercinta!

7) Hikmah yang ketujuh nie lak depend pada pasangan masing2. Macam Cik Anis dapat suami yang agak cerewet pada makanan. Cik Anis lak tak suka memasak walaupun pandai memasak (terima kasih bebanyak kat ummi tercinta sebab ajar Cik Anis memasak sejak kecik). Tapi disebabkan suami suka makan, Cik Anis memaksa diri ke dapur, kadang2 cari resepi2 kat internet. Lagipun selepas diserang gastrik, Cik Anis kena makan setiap 2 jam. So, nak atau tak, Cik Anis dah rajin ke dapur.


8) Semakin rajin nak perbaiki diri. Kita akan rasa malu bila suami tegur kesilapan kita. Malu sangat2, macam nak sorok je muka nie kat bawah meja.

Okey, camne? Agak2 nak kawen tak pasnie? ^_^

Wassalam..




March 14, 2012

1 kekasih 1 laman muka buku


Assalamualaikum dan salam ukhwah.

Lately Cik Anis rasa pelik kat sesetengah pengguna2 laman muka buku. Bila bercouple, mula lah nak berkongsi laman muka buku yang sama. Kalau tak berkongsi pon, si lelaki akan beri password kt si perempuan. Camtu lah sebaliknye.


Bila dah bergaduh/clash kan dah jadi masalah. Bila si lelaki/perempuan tadi dah dapat pasangan lain, pasangan barunya akan marah sebab laman muka buku kekasihnye itu ada gambar kekasih lama. Yang lagi teruk, kadang2 si lelaki/perempuan tu tak tahu menahu pasal password tu. So, nak delete akaun/gambar2 lama pon tak boleh.

Cik Anis pelik sungguh ngan diorang nih. Jangan kata nikah, tunang pon belum. Dah sibuk2 nak berkongsi password bagai. Cik Anis yang dah kawen nie pon tak tahu password laman muka buku suami terchenta tau (tp last2 tahu gak setelah tercuba2..hik3 ) Last2 bila dah jadi gaduh, masing2 tak nak mengalah. Mengutuk maki hamun sumpah seranah kat wall. Terpaksa la Cik Anis tekan butang “hide story” tu. Eeeee,,,geram sungguh. Mengotorkan "news feed" Cik Anis je.

Kesimpulannya…selagi belom ada ikatan sah, tak perlu la nak kongsi2 password tu. Dah banyak kes jadi camnie. Time bercinta semua indah sampaikan semua perkara nak dikongsi. Naik loya (loya???? erkkkk) tekak Cik Anis dengan benda2 camnie. Rasanya orang yang berfikiran matang dan terpelajar di zaman moden lagi canggih takkan bertindak “kurang cerdik” camtu. Sekian.

Wassalam.






November 28, 2011

blog bersarang buaya

Assalamualaikum dan salam ukhwah.

Eh, bersarang2 buaya dah blog nih. Header pon baru je tukar. Budak lelaki sebelah pintu sila jangan kecik ati ye.

Ujian ALLAH datang dan pergi. Cik Anis tak berapa sihat sebenarnye. Hari2 kenyang makan ubat je. So, Cik Anis mintak maaf sangat2 sebab tak sempat nak merepek kat blog nih. Lagipun, sekarang dah last semester. Sangat2 stress nak grad ngan pointer terbaik. IJAZAH KELAS PERTAMA. Itu impian. Last sem sangat stress. Sapa setuju sila belanja Cik Anis makan spageti. Eh, tak de kaitan pon.

Yang wish Selamat Pengantin Baru, Cik Anis ucapkan terima kasih byk2.
Yang wt icon sedih kt shoutbox, Cik Anis mtk ampun kerana hak kamu sebagai pelawat Sejernih Salju tak tertunai selalu.
Yang sudi datang menyinggah, may ALLAH bless you.

Wassalam...